Friday, June 24, 2011

Bribe The Fat Lady With Pretzels


Hari tu ada wat post, tp retract plak sbb bila baca2 balik, mcm murung giler entry hehe. Apapon, terima kasih to a few of those yg sempat baca and komen, and please, jgn serik meninggalkan komen lg ye, especially to this first time commentator hari tu eh.

Anyway, ini hari kita fokus kpd benda yg lebih ceria. Nak catat kan benda2 kelakar yg si Aisyah ni ckp.

Case #1

For her bday, her Dad and I had gotten her a set of books. Sememangnya dia suka sgt pada buku2, and every night sebelum tido paling tidak mesti khatam 2 bijik la baru bole tido, so she was extremely happy.

Aisyah: I love BRIBERY!!!
Me: Huh? Oh, library...


Case #2
Aisyah performing a London Bridge Solo on the top of her lungs.

"London Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
London Bridge is falling down,
My FAT lady"

Erk???


Case #3
Kdg2 dia bercakap dlm bahasa Melayu, tp sebutan dia agak kelakar. Comel punya kelakar lah, to me.

Aisyah: Ayah, GUMMAS. Mummy nak WUPPAT.
(translated as, 'Ayah, KEMAS. Mummy nak LIPAT (kain baju)'.

Hehe. I needed the floor space untuk lipat kain. Cpt sungguh dia bab2 sound kan ayah dia on behalf of Mummy, walhal yang bersepahnya tu toys dia jgk.


Case #4
Rutin biasa tido dgn Aisyah malam2 ialah mula2 bacakan buku cerita kat dia, then dah tutup bedside lamp tu, aku akan recite la Doa Tidur, Shahadah, Ayat Qursi, 3 Qul, etc sblm terlelap kan. Selalu nya baca mcm bisik2 la, x kuat dan x perlahan sgt. Tiba2 dgr Aisyah mcm menceceh, terganggu plak konsentrasi aku ni. Baru nak suruh dia diam dan tido lah, tiba2 baru dpt tangkap dia ckp apa...

".... Sin, Shin, Sod, Dhod,....."

OMG, terkedu kjp tau. Spjg aku baca ayat2 tu, dia ikut, tp baca Alif Ba Ta from start, coz that's the only part of the Al-Quran that she knows. Sejuk hati Mummy, nak....

Cuma aku bertambah kagum mcm mana brain budak2 bole proses yg aku ni reciting Al-Quran (Arabic), bukan nya BM or English or jargon. I mean, apakah spectral or timbral quality dlm those sounds yg bole buat dia not only differentiate that it's Arabic, BUT also bila dia dah identify it's arabic siap bole respond dgn a few arabic words/letters that she knows herself. Working on sound classification / identification and sound synthesis myself, I know this is a VERY HARD feat to do for computers, very expensive computationally and costly in terms of time too, due to higher level of processing. Maha Suci Allah!



***

Ok ni x de kena mengena dgn entry di atas, tp smlm aku buat soft pretzel. Dua, tiga hari dah asyik teringatkan pretzel Aunt Anne's je huhu. Nak2 smlm posa (20 jam you, kusss smgt from before 3 pg - 9.30 mlm), tp nafsu punya psl, ada plak tenaga nak menguli nya (dgn tgn dua kerat ni jgk, xde bread kneader). Tricky gak nak putar belit biar jd pretzel ni, org kat kedai buat mcm effortless je. Rupa xde, rasa ok la, aku wat 3 jenis - original with sea salt, cinnamon sugar, dan tabur cheese kat atas. Cuma yg cinnamon sugar tu x manis, kena tambah gula lg. Byk rupanya pakai gula, kalo wat sendiri baru tau takut nak makan, kalo beli kat kedai x bersalah je belasah huhu.. Bila dah malas nak roll pretzel tu, buat mcm tocang je jadilah...



Have a nice weekend, all!


5 comments:

yatie chomeyl said...

wooh tibo2 teringat ko pretzel di germany. mace2 jenis ado..muroh2 dn sedap2 pulop tu.hok plg sedap, hok pistachio perghhhhh...share la recipe mano tahu ore ter-rajin jugop ko nk buat retep hehehe

mast@work said...

comei la aisyah.. hahaha

mujur mas x minat sgt pretzel.. tak terliur.. tp gambar last tu dah rupa roti pintal.. uuuu.. nampak pun tau sedap

Oyis said...

yatie: aah, tgk pics masa google resepi2 pretzel tu, mmg menggiurkan sgt nmpk pretzel2 dari germany huhuh...

mast: itu kes malas nak pulas2 jd pretzel. sengal2 tgn me-roll, so dah tinggal sket tu terus pintal aje lah hehe

cikedidoo said...

rupa x sama sgt pn x pe...
asal rasa sedap...
ehehe...

Oyis said...

cikedidoo: suka statement ni hihihih