Punya susah nak dpt update lately ni kan? Alahai... mcm2 in my to do list, berselirat meminta attention, kdg2 work pon ter-pushed back shhhh!
Tp nak letak pic of the little missie yg tgh potty train skang ni. Kdg2 hit, kdg2 missed, mostly missed haha. Tp so far dah berjaya wee wee atas toilet for 2 or 3 times I think, and once in the shower. Lain2 tu, atas karpet, atas kerusi... you name it, we've had it.
Ada tips x mummy2 yg dah berjaya graduatkan anak2 mereka drpd nappy? Aisyah kept requesting to have her nappies on again, maybe nak kena sorok kot the stash. Nak buang terus x leh sbb mlm2 or time keluar still pakai kan lg. But siang2 hari dah pakaikan sepentot kanak2 tu la. Itu hari gi beli lebih sedozen kat primark, hamikkk... tp dlm sehari bole habis pakai 7 helai, walah, siapa sangka ek? Kerja basuh sepender aje la skang ni hehhe
Dia jenis yg tau nak wee wee, tu psl kept saying, 'I wanna wee, I wanna wee...'. Tp dah naik atas throne tu x nak go plak. Takut kot. Walaupon dah tunggu sambil pegang tgn lg. Kdg2 sampai 7,8 kali bawak ke toilet, tp x de apa2. X sampai 5 minit nanti kang dia ckp dia nak wee lg. Angkut lg ke toilet. Gitu la sampai either berjaya wee wee atas toilet or kalo x bernasib baik tu, tau2 je dah basah. Pernah jg dia terbuang air besar dlm panties, God, that was funny. Siap tergolek seketul, nasib baik dlm shower dah hehehe...
Ke nak kena beli portable potty yg bole letak dlm living room tu? I am trying to avoid this sbb malas nak er... transport kan bahan kumuhan ke dalam tandas selepas selesai qadha hajat. Tp my biggest alasan is nanti dia dah pandai pakai portable potty, one day kena jgk train the real toilet. So ingat nya nak langkau step ni la, direct aje buat ke tandas. Camno tuh?
Dah cuba jgk pakai yg pull up pants from Huggies tu. Humang aih, mahalnya, 6 pound tu dpt 14 kpg ajo. Nyesal gak gi introduce option ni kat dia, sbb sudahnya Aisyah suka pakai yg tu sbb ada gmbr Disney's Princesses, pastu wee wee dlm tu aje x ckp nak gi toilet dah pon. Selamba... Kena sorok nih.
Aku mmg agak kurg sabar la bab2 training ni, Hubs lebih flexible. Aku kalo dah berkali2 sgt ke toilet tu, mula la rasa nak marah sbb we were so close to getting it right (sbb dia dah tahu signal and cue), tp refuse plak nak membuang bila di atas takhta. Tau2 dah slmt kat merata alam. Takut tinggi agaknya atas toilet tu. Ntah la... Memandangkan ini anak pertama dan aku plak x pernah mengasuh anak2 sedara or budak2 kecik ni, I am quite clueless of what to do. Tips anyone?
Apparently, Aisyah ni dah agak 'veteran' utk potty training. Di UK diorg slalu train from 18 months lg, tu yg carer kat nursery hint2 dah tu suh start training. Menjadi requirement utk nursery di sini supaya x memakai nappy lg bila dah masuk kelas utk umur 3 tahun. Okay people, we have exactly 2 and a half months to get this right. Can we make it? Let's hope so!
Bukan senang yang oii, nak train toilet ni rupanya ye. Berapa hari dah menuang lab, tunggu and train. Sbb kalo kita sibuk atau x ready, baik x payah train lg. Buat kacau jiwa aje, nnt sama2 frustrated.
Makin lama jd mak, makin insaf dan sedar besarnya jasa ibu dan bapa. Walaupon selama mmg dah menjadi doa wajib mendoakan mereka, tp bila lalui cabaran2 begini, time baca doa 'Rabbigh fir li waliwa li dayya...' tu kan, terasa lebih bersungguh2 la sket. Byk cabaran yg x pernah ter-imagine pon rupanya, diorg dah lalui dulu nak membesarkan kita... Nak kasi ko pandai kencing bertempat aje dah berminggu ye diorg invest time kat kita, belom lg nak train ko kasi pandai cebok berak sendiri! Tu 'besar' punye cabaran tu...
Sama2 la berdoa Aisyah cpt2 dpt tangkap konsep toilet-training and lulus praktikal nya ye? Say no to kebabasan!
Monday, March 28, 2011
Potty Wotty
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
ada budak cepat graduate, ada yg lmbt. cam kak wani 4-5 bulan gak la mcm2 cara buat. siap letak laptop depan dia masa dia dok atas toilet supaya tak boring tunggu wee or poo keluar. ni yg antara k wani buat
1. beli potty train panties dr mothercare, jd kalo terkucil x la basah sgt karpet tu tp still ada rasa basah supaya budak geli.
2. letak bloo yg kaler biru @ pewarna biru kat air dlm toilet n bila dia wee air akan bertukar kaler hijo. tunjuk kat dia magic air tu bertukar warna supaya dia excited.
3. tunjuk kartun pasal toilet training. boleh cari kat youtube.
4. jgn on off
5. sabar walau kadang2 boleh hilang sabar.
gudluck!
good ideas lah wanni. i dulu main taram bwk diya pi toilet every 15 minits, regardless nak kencing or not. mmg penat kan, but it will all be worth it soon :)
k wanni:
oo kiranya ni beli potty yg dlm living room tu la yeh? ke angkut laptop masuk bilik air? psl kartun, bloo dgn potty panties tu good idea, nnt cuba dgn aisyah. wah k wanni siap spent 4,5 bulan ye? nanges baca T_T
psl on off ni kurg paham sket. makna nya mlm2 pon on jgk ke? tido x bernappy gitu?
emma:
kalo bawak tu mmg dia nak kencing x pe emma. every 15 mins i rasa i sanggup lg. ini dia mmg dah ada rasa2, tp dia tahankan biar x kencing dlm toilet. bila dah keluar toilet kang dia minta nak masuk lg, tp berkali2 dudukkan dia, x jg keluarnya sampai la dia dah x leh tahan sgt, tgk la masa tu kat mana. kalo toilet, toilet lah. kalo karpet, karpet lah heheh. belom pandai nak let go lagi kot. this is more like a training for me than for her - training to be more patient! :P
oghe dulu pun pakai portable potty tu ko SN. tp lo ni dh angkut pasang kat toilet jah.
klu dio tkut tinggi, try letok stool/bench untuk dia pijak kat tepi toilet bowl tu. it might helps ;)
good luck oyis!!
i dulu frequently ask dani if he wants to pee. Oh...and we started potty training him by telling him that we were out of diapers. hehe. Pastu, we told him that if he pees or poo merata, tak bleh tengok dvd. hihi..And, masa dia nak tido mamai2 tu, i pesan2 if rasa nak weewee to wake up.
Now, nak kena brace myself to potty train Andi plak. haih. it never ends!!!!
saya start potty train kt anak teruna saya ms dia umo dlm 2 tahun 4 bulan gitu...kira lmbt jgk la..hihih.
mula2 belikan dia potty utk ddlm toilet tu tapi dia excited awal2 je
saya train dia ms weekend je sbb saya keje kan, dia duk ngan pengasuh..pengasuh pon ada gak train dia sket2..
tp mmg sejam sekali saya remind n bwk dia pi toilet utk shi2...so far ok la masa tu...kdg2 terlepas jgk tak smpt nak ke toilet, hihih
so far dlm sebulan gitu dah boleh diharap la nak ke toilet.kecuali malam mmg sy pkikan diapers lg smpi skrg (skrg dah 3T 6B)..
tapiii...tang poo2 dia baru je boleh poo2 kat toilet dlm 3-4 bulan ni.sbb dia takut nak cangkung ms poo2 tu, hahahaha
Masa Kak Nida dulu, kena rajin aturkan anak ke toilet. Setiap satu jam bawa mereka ke toilet, walaupun mereka takde rasa nak terkencing tapi aturkan juga.. lama-lama mereka akan pandai sendir.. tapi ibubapa kena rajin. malam pun Kak Nida set masa utk bangun aturkan anak ke toilet
kalau saya mula2 bagitau anak saya tu dia dah besar so tak boleh pakai pampers lagi kena wee kat toilet,mula2 terlepas jugak,tapi sebagai ibu kita yang kena kuat,keep on saying "kalau nak wee pergi toilet",tanya dan tanya lagi,kalau berjaya wee kat toilet puji melangit la bagi dia semangat skit nak wee kat toilet.hehe.mula2 mmg susah,tapi once dia dah wee kat toilet akan graduate la.kalau aishah ni mesti boleh dalam masa sebulan.gud luck!
letak laptop dlm toilet :) jgn on off tu maksudnya kena continuous, jgn train seminggu tp tak berjaya then off (or give up). lepas tu sambung balik..nnt lg lambat dpt. mlm boleh pakaikan pull up pant as a reward bila dah berjaya wee or poo siangnya. bila dah ok potty siang baru train utk mlm.
nak share banyak pun tak reti oyis, tapi mulut memang kena rajin bertanya la.. pastu babab sikit bila dia poopoo dalam pants.. masa potty train memang kena bersabar banyak sebab kerja mencuci jadi 2x ganda dari biasa
hehehe..sabar je lah kak..nak wat macam mana an..hehehe..da nama pun kanak2..
hehe
IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik
Pendedahan Exclusive : Penyanyi Islam Membidas Mufti
Tutorial : How To Pay Using Maybank2U
train kita dulu senang la noris.
well, i dont know about u, tp aku generasi yg nak kencing, masuk toilet, lepas atas lantai. I mean yg squatting punya lobang tu la. So tak gayat sgt.
Bile besar skit, pandai2la pakai bowl.
Tp i remember feeling somewhat cuak gak la nak trust lobang bowl yg gedabak tu. Takot terpolos masuk terus tenggelam dlm urine, taik bagai, dah la zaman tu mana ada toilet seat kecik utk kanak2 (ke mak aku x penah beli).... so yeah, i can understand aisyah's fears, sabar je la yer...
seingat kak anis...dulu dulu ayah n umi kak anis kalau bawak masuk toilet diaorang akan buat bunyi syyy..syyy...syyy sampai la terkencing....mgkin bleh try kaedah ni kot kalau aisyah tak nak kencing bila masuk toilet...pastu ajar aisyah kencing sebelum tidur..
Post a Comment