Thursday, March 10, 2011

Winter Break At Roscoff, France - Day 2 Part 3

Huish, lamanya la nak menyudahkan entry Roscoff x habis2 lg, mcm la pegi sebulan hihih. Sorry la, kdg2 ada entry lain yg rasa lebih cocok nak publish hari tu. Plus entry jalan2 ni amik masa nak tulis, sbb kena ala2 re-live balik peristiwa, and byk nak upload gmbrm tu yg kena cari masa sesuai je baru dpt. Kebetulan minggu ni mmg sibuk dgn non-PhD nya kerja, but still very much oriented around it i.e. conference arrangements, extension, etc... paperwork stuff yg leceh.. u get the pic...

Ok, sambung balik lps entry hari tu yg ptg tu semua org dah capek, so kitaorg balik hotel, rehat2. Lps maghrib, mandi2 dan bersiap utk mkn dinner. Kitaorg ada buat reservation nak mkn kat restoran 'Les 3 Crevettes'.

[1] Koridor hotel di waktu malam, bergedix2 ngan Aisyah sesambil tunggu Hubs bersiap



[2] Sementara menunggu ahli jemaah lain nya siap, duk lepak ngan Aisyah kat kiddie corner ni. Every family-friendly hotel should have one la, ada buku mewarna, crayons, pencils, scrabbles, jigsaw puzzles, board game, etc...



Sbnarnya jarak antara hotel ke restaurant tu dlm 10 minit berjalan kaki aje, tp masa nak keluar tu hujan lebat. Kitaorg pon mintak la tuan hotel tu tolong call kan teksi, malangnya x de teksi yg sanggup dtg amik dan hantar utk jarak yg dekat mcm tu. Baik punya tuan hotel, sbb dah x berjaya sgt tu, dan hujan pon x berenti2, dia pon start enjin van dia, ajak semua org naik, dia bawak kan. Sampai hari ni rasa mcm dia lah antara tuan hotel yg terbaik pernah jumpa. Bkn setakat tinggalkan kitaorg kat depan pintu restoran, tp siap masuk, ckp dgn tuan kedai mkn plak, make sure call kan teksi utk kitaorg nnt nak balik jg. So dari segi tu, aku rasa nak stereotype kan org French ni sombong dan bongkak tu adalah tidak tepat. Semua nya terpulang pada individu...

[3] Kat kedai. Mau makan apa ya? Ada faham ka? Sudahnya tuan kedai kena translate dkt 3 kali dkt kitorg, satu per satu list dlm menu dia :P




[4] In the end, kitaorg amik sea platter consisting of crab, linguistines, king prawns, dan oysters utk di share2, dan jg half a kilo of linguistine (udang besar gile dan kulit keras tu), plus side dishes. Ni muka2 menunggu makanan sampai (lama la jugak, sebenarnya). Dapat bip besar lg, cute betul. Tu yg mcm playar cabut gigi tu untuk buat pecahkan kulit keras udang dan ketam. Yg panjang mcm besi korek telinga tu plak utk cungkil isi2 ketam.






[5] Mula2 x nak order oyster sbb tahu doh, mkn oyster ni mana ada masak, makan raw with lemon kan, tp tuan kedai bersungguh2 suruh try. X sah dtg Roscoff x makan oyster katanya. Siap bg sepinggan free lg (ada 6 oysters). Maka terjadi la ala2 Fear Factor kejap, Hubs started, then me, then Shafie and Kam kih kih kih. Rasa dia not bad la, tp x rasa pon mcm mentah or nak muntah. Bole telan la, cuma x kan mkn sekilo sorg2....







[6] Free bread...



[7] I ordered the Pancakes with Pullock, in leek and mushroom sauce. Pancake dia tu sebenarnya mcm popia basah kita, tp sauce dia tu mmg best. Sedappp! Tp rasa mcm x cukup, sbb dua roll je? Dah la Hubs sebat se-roll... huhuuh



[8] Kam had the Seabass with Mango Sauce. Out of byk2, ni paling sedap sekali. (kitoarg x mementingkan etika di kedai makan yg fancy, selamba kodok aje main rasa sana, main rasa sini hahaha).



[9] Budak2 kita kasi diaorg mkn Fish and Chips. Ingatkan mcm yg biasa lihat di UK, tp fish nya pon di masak ala2 gourmet jg, bkn fast food!



[10] Ni seafood platter nya, fresh from the ocean hohoho!



[11] Setengah kilo linguistine. Haih la, kalo di Msia, dah lengkap bersalut sos tiga rasa la, salut sambal la. Kat tempat org ni, rebus with butter aje la, tp tu pon dah cukup sedap!



[12] Enjoying dinner



[13] Bergambar kenang2an dgn tuan kedai...



Malam tu, Alhamdulillah, kenyang. Merasa la jg makan di tempat org, specialty di Roscoff. Ok lah, stop di sini. Sambung esok for activities on the last day before boarding the ship back to the UK :)



3 comments:

MRM said...

My...my...all the food looked so yummy!

[6] Mat salleh ni kuat makan roti, kan. Kalau yang lembut macam gardenia ok la juga, ni lagi keras, lagi diaorg suka, erk.

[7] Confirm kena tambah makan benda lain kalau kita order Pancakes with Pullock tu, sikit sangat :P

afni+hafiz=dani said...

wu wu terliur tgk seafood platter tu.. @~@

smpai skang x bole tgk oyster, apa rasa oyis?.masuk kat tekak..weuu

noris said...

mas; roti kat sini mmg keras2. even yg mcm gardenia pon keras sket berbanding msia. mungkin sbb weather sini dry kan, x humid. roti pon kering. mmg mkn pon benda lain, ratah udang byk2 hehehe. pastu abiskan fish n chips aisyah bila dia dah x nak mkn dah tu :P

afni: oyster tu ok je. rasa dia mcm seafood jg yg mentah hehe, x reti nak explain. pastu overwhelmed dgn rasa perahan lemon pon ye jgk, masam!