Ok,pendekkan cerita. Hari Khamis (28/2/13) tiba. Hari ni
adalah hari utk menyerah diri kpd hospital. Diorg nak suh kita berpuasa and
prep kan diri utk operate esoknya. Pagi2 lg dtg. Mcm biasa, amik air kencing,
blood pressure, blah blah. Then cucuk dkt pergelangan tgn in preparation for drip.
Pastu salin uniform pakai baju pink hospital dah. Lps tu dia suh lepak kat
tempat menunggu, tgk TV dsb nya sbb nak tggu katil kosong kat wad baru bole
naik.
Masa kat bilik TV tu la berkenalan. Yg tgh sakit contraction
nak bersalin dah xbersuara and x layan org. Yg ramah tamah nak berbual dgn org,
adalah kes2 mcm aku la, scheduled c-sec esoknya hehe. Jumpa lah enam org yg
dimaksudkan itu. Ada yg kena c-sec sbb dah 2 kali c-sec sebelumnya, ada yg kes
high blood pressure, ada yg sbb baby 4 kg lebih, mcm2 cerita. Dah ala2 bukak
kelab plak. Kelab Bersalin C-sec pada 1/3/13 hehehe… tukar2 cerita, berkongsi
nervousness, to pass the time lah kan.
Dalam pkl 3 ptg, aku dibawa naik sbb dah ada katil kosong tp
kat Wad Kelas 3. Duduk je la. Katil pon x de x kan la nak demand2 kan, ada
katil kelas ke-3 ni pon dah besar rahmat. But aku ckp la jgk dkt nurse kat wad
tu, kalo2 ada kekosongan, aku nak move in. Isu besar dia, privacy la. Kelas
ke-3 terlalu ramai org kuar masuk time melawat. Susah nak jaga aurat. Then
kelas ke-3 mmg share toilet ramai2, whereas kelas ke-2 dlm 4 org je maximum
sebilik tu. Also isu panas la, sbb
kipas. Wad kelas ke-2 aircond, but tu small matter lah sbnarnya.
Dalam pkl 5.30 ptg my mom and Hubs dtg melawat. Bwk food
skali sbb dari pagi x mkn. Start pkl 12 mlm nnt dah x leh mkn minum, so melantak
lah sepuasnya skang, nnt lapar plak. Dlm tgh2 melawat tu, Dr bius panggil.
Diskas2 psl risiko spinal etc..etc.. then suh sign consent form. Walau byk
risikonya,tp x kan x nak sign plak kan dah warded tu kan. Elok je abis sign,
nurse dtg, ckp katil kosong ada satu kat Wad Kelas ke-2 kalo aku nak. So
berpindah la aku, Alhamdulillah…
Katil aku katil no 6. Malam tu cari balik geng2 yg due c-sec
esoknya tu. Jumpa Ema. Kata dia, esok dia kena c-sec giliran yg ke-3, aku lak
giliran yg ke-4. Nak plak dlm blk aku share, ada sorg yg br lps kena scheduled
c-sec, so kitaorg duk interview dia la, apa bakal berlaku esok, sakit ke x etc,
etc. mlm tu jgk sbb xde buat apa, aku layan medical student ni borak. Dia
interested nak tahu psl condition aku, and also system kat UK. Sejam lebih gak
la borak. Dlm pkl 12 mlm aku pon paksa diri utk tido. Tp agak x lena sbb sblm
aku naik katil td aku baru dpt room mate baru kat katil sebelah. Kena emergency
c-sec and spjg mlm asyik bgn muntah aje kesan bius. Bertambah2 la nervous nya.
Mlm tu sbnarnyabrp kali terjaga. Tido dlm nervous, mcm tu
la. Bgn je aku tgk luar tingkap, berdoa x putus2 semoga semua slmt dan
tolonglah jgn sakitnya melampau2 sampai aku x bole tanggung. Mcm2 terbayang, sakit
kena toreh, bius x jln, bleeding ke, koma ke, koma x bgn2 ke (nauzubillah ya
Allah). Hubs duk bagi smgt (kononnya), ‘eh bukan dah tau ke sakit operate tu
camne? Kenapa nak takut lg?’. Wah, cuba suh dia sunat lg skali, mau x
menggigil. Pujukan2 sebegini x jalan ye. Walaupon dah pernah kena operate
before this, siapa yg cool aje bila tahu perut nak kena toreh and robek and
godak2 skali lg?! Kalo ikut pengalaman aku lah, aku rasa, baik kena emergency
c-sec, sbb x tahu apa2, and bcoz it was an emergency, so x sempat nak fikir byk
or psl sakit, it was all a blur. Yg aku tau, cpt Dr cpt, keluarkan anak saya
skang sbb tumpah darah non-stop. Kalo yg dah set date awal2 mcm kali ni, hmm..
seminggu tu la aku duk piker psl tu aje… Nak2 dah bole tau dah part mana yg sakit,
part mana yg azab, lg laa…
Okeh. Dlm pkl 5.45 pg Jumaat (1/3/13) tu, nurse datang
kejut. Actually aku dah bgn pon, bermenung atas katil tgk luar tingkap. Nurse
suh mandi. Aku tau dah apa yg akan berlaku lps ni. Lps mandi salin pakai baju
surgery siap2 (ala baju yang sarung tgn ke dlm, cover dpn je, blkg terbukak sbb
kena org ikatkan). Dah x leh ke mana2 aku lps tu, bed-bound je kalo x org semua
nmpk bontot plak. Aku tocang dua rambut aku siap2, konon nya nak bg kemas, nice
and flat la dlm surgery cap masa baring atas meja dlm OT tu nanti. Then nurse
masukkan drip. After that, nurse lain plak dtg, shave apa yg patut dkt bhg yg
kena operate tu nanti. Lps tu dia masukkan catheter (tiub getah dlm salur
kencing). Part yg x gemar ni dah bermula. Adoiyaii.. Masa operate yg 1st
dulu, dia masukkan catheter tu lps dah bius, so x rasa tiub tu masuk. Yg ni,
sbb hosp gomen kan, kerja2 renyah ni dicampakkan kat nurse. Yg Dr tau, nanti
pegi kat dia, dia nak siap shave, siap insert catheter, siap semua2, just kerat
je. Dah kena masuk tiub tu, mmg lg la x terbgn aku kan. Mmg rasa dia x best
langsung, mcm benda tersekat je. Mcm tampon tersalah angle pon ada, mcm kencing
x lawas pon ada. Nak pusing mengiring atas katil pon dah x bole.
Apa sbb dia masukkan awal2 sgt pon aku xtau, sbb aku punya turn operate hari tu yg
ke-4, so anggaran pkl 11 am baru la turn aku. Maka duduk la aku dlm keadaan
serba x selesa tu. Dlm pkl 11 lebih,
diorg belum dtg2 lg cek aku. Dah agak gelisah dah, sbb perut aku mcm sakit2
sket. Aku bajet Braxton-Hicks la kan. Skali masa sekumpulan Dr pakar and nurses
ni round ward, satu nurse ni perasan muka aku kerut2. Dia Tanya, ‘Puan sakit
sbb ada contraction ke?’ Aku jwb la x tau sbb x pernah bersalin normal. Dia dtg
pegang2 perut, then dia ckp, ‘Eh, ini contraction ni. 15 seconds. Kenapa you x
bgtau kita?’ La… mana le aku tau. Then nurse2 yg kat situ pon kecoh2 cek bila giliran aku sbb takut contraction lg
kuat plak. Siap nak suh langkau turn, tp rupanya dah x perlu sbb nurses from OT
dah dtg bwk trolley nak bwk aku turun. Terus call Hubs, and dia kata dia akan
jumpa aku on the way out. Hosp gomen kan, mana leh tggu dlm ward. Spjg pg laki
aku tu duk tggu lobi, tggu my call. Dia bole naik kejap, tp x leh masuk Dewan
Bedah. Masa nak kena pakai surgery cap tu, nurse tu cek getah rambut aku, ada
besi sket rupanya. Dia pon ckp x bole ni, so kena la tanggal. Dah rambut aku
serabai x ingat sbb x sempat nak ikat or sanggul pon bcoz diaorg ghairah nak
tolak aku cpt2. Dah la kena turun from katil naik katil sorong tu payahnya la.
Perjalanan ke Dewan Bedah tu adalah dirasakan sgt pjg. Dulu
masa operate kat An-Nur kan hospitalnya kecik je, so x sempat rasa pening kea
pa pon. Yg ni, disorong spjg2 koridor, then from tingkat 5 turun tingkat 4,
naik lif apa semua, pastu jln lg kat koridor. Berpeluh2 aku dibuatnya, siap
rasa nak muntah sbb motion sickness kena tolak dlm keadaan berbaring. Nampak
siling je. Spjg perjalanan tu, laki aku teman, aku rasa beliau pon nervous jgk
tu. Sampai dpn pintu Dewan Bedah, dia kena stop. Aku sorg je disorong masuk. So
takat tu je la dia bole mengiringi aku. Lps tu iring dgn doa je la sob sob
(kesyahduan di situ).
Dewan Bedah adalah satu tmpt yg sejuk tp x
sesejuk England hehe, pang penampor skali.
Dalam tu ada jgk org
queue tggu giliran bedah, org2 tua mostly. Masa aku masuk tu, dgr suara baby
menangis2. Aku terpikir, ni mesti anak si Ema ni (geng aku yg smlm tu). Mmg
pon, skali tolak keluar bilik OT5, tu dia Ema, ala2 koma dah aku tgk. X lama
lps tu, aku punya turn pon tiba, tp kena tukar katil lg.
Masuk Bilik OT5 gak. So aku bajet mesti team yg sama nih.
Siap dgr lg perbualan diorg, ‘lps ni ada
2 org lg nih. Pkl 3 baru siap ni’. Aku tgk jam dlm bilik tu, pkl 12
tghari. Hmm… dpt waktu tghari buta la anak aku tsk tsk… Skali lg aku kena alih from
katil sorong tu, but kali ni naik atas operating table kot. Tgh2 kita duk
berselawat tu la, ada nurse ni bertanya, ‘so Puan, dah decide belum nak
dermakan cord blood ke x?’. Aiseh… sbnarnya drpd smlm lg dia suh diskas dgn
suami, isu cord blood donation ni, utk tujuan mengubati or at least for
research purposes utk blood-related sickness spt leukimia, thalassemia dsb nya,
tp aku lupa la nak diskas. Tp dah disoal mcm tu, and as a researcher myself,
aku menyedari kepentingan donation ni utk buat research, so aku sign je la. So
yes, kalo pelan nak bersalin Hosp Serdang, bole decide from now nak derma ke x.
X de kesakitan tambahan pon, dia amik darah yg dah sedia ada kat umbilical cord
baby.
Ok then Dr bius pon start utk wat spinal. Alhamdulillah
skali cucuk je masuk, and sakitnya x terasa sgt pon. Lps tu baring. Kedua2
lengan didepangkan. Lengan kanan diaorg letak cuff utk monitor blood pressure,
jari index kiri dia letak benda alah nak monitor heart beat kot? Dkt hidung and
mulut dia pakaikan mask (ntah ada masukkan gas apa aku x tau, tp mcm x berkesan
je), and tirai pon dipasangkan, betul2 bwh dagu. Claustrophobic aku kjp sbb x
nmpk apa, muka Dr pon x nmpk huhu. Agak2 nampak cam Dr dah nak start tu, aku
gerak2 kan kaki, eh masih bole bergerak, so aku ckp la, ‘Dr, kaki saya bole
bergerak lg ni!’ ‘Oh ye ke. Kita tggu kjp lg la ye’. Nasib baik… Rupa2nya bila
dah balik umah bbrp hari after that and aku chat dgn Ema kat FB, dia ckp, Dr tu
start potong masa kesan bius x masuk abis lg dlm badan dia. Terus dia terjerit2
dlm OT tu, cpt2 Dr bius masukkan ubat melalui drip, then baru ok. Ya Allah,
horror kan? Syukur lah aku tergerak nak ckp kat Dr tu aku leh gerak2kan kaki
lg, kalo x, dgn aku2 skali terpekik terlolong dlm OT tu. Ni sbb tengok citer
‘Awake’ la ni. Horror.. horror..
Saat yg ditakuti itu tiba jua. Lps hilang feeling kat kaki,
bole rasa surgeon tu pegang2 perut and I think the first incision followed lps
tu. Mula2 x sure sgt dia dah start tarah ke belum, but tiba2 terasa sensation
seperti org tetas benang dkt kain dkt perut (tut.. tut.. tut.. kalo biasa
menjahit tahu rasa ni). Ya Allah, horror gile. X sakit, tp konfem la masa tu
surgeon tu dah start bukak balik jahitan/scar lama. Perasaan masa tu Allah aje
tahu. Tp saat paling sakit (I know it’s not supposed to hurt bcoz I was under
anaesthesia, but the PRESSURE tu kita bole rasa, and boy, it was effing
UNCOMFORTABLE like nothing I’ve ever felt before!). Even my 1st
c-section wasn’t this rough. Anyway, bole rasa surgeon tu pulling, tugging, mcm
ada battle going on in my belly, serious x tipu! Masa ni rasanya mcm terkeluar
air mata sket, both my arms pon kejung sbb menahan sakit dan takut, and jujur
aku ckp, ada jgk terfikir mcm dah nak mati ke aku ni (tp berdoa la supaya semua
slmt, cuma mcm biasa la, org bersalin kan, bohong x terlintas benda tu semua).
Then tiba2, surgeon tu menjerit, ‘Banjir! Banjir! Basah kasut saya!!!’ OK, saat
ni I figured that the baby is already out, although x kedengaran pon tangisan
bayi lg. Aku more concerned psl statement surgeon td psl ‘Banjir’ tu. Banjir
apa ni? Air ketuban ke banjir darah? Kalo air ketuban logic la sebab mmg aku
polyhydramnios, tp kalo banjir darah, sudahhhh… will I need blood transfusion?
Where is it coming from? Can they stop it? Will I need hysterectomy? What if I
lose too many blood???!! Macam2 dlm kepala.. Nobody told me anything. Last2 aku
ternampak kelibat Dr bius kat sebelah kepala aku, so aku pon tanya, ‘banjir
darah ke air ketuban?’. Alhamdulillah, banjir air ketuban aje. But mmg BANYAK
gile la air, kalo surgeon t upon x expect kasut dia akan basah. Maybe x pernah
berlaku pon time2 dia bedah org lain hehehe…
And then the next part plak, jahit luka. Hmm.. nak kata aku
rasa exactly apa surgeon tu buat, x juga. Tp rasa mcm dia buat something, then
dia dab (maybe gauze ke?), then campak ke atas perut. Then repeat lg,dab, then
throw away ke atas perut. Lama lg jahit tu drpd proses nak keluarkan baby. Aku
lebih rela aku out aje sbnarnya. Masa 1st c-sec dulu, lps dah kuar
baby, diorg bg aku ubat tido. Sedar2 je dah selesai semua, kan best. Kali ni
kena endure amd wait proses lama ni habis. Stress jgk sbb terasa mcm perut tu
direnggut2 (again, x sakit tp very uncomfortable. Mcm vaginal examination la,
nak kata sakit, x sgt, but sgt la x pleasant and x sapa mau buat VE berkali2.
Lebih kurg cam tu la perasaan masa kena ni).
Lps dah selesai semua, in the background I heard the sound
of a baby crying, so I kinda felt relieved, but cuak jg nape x tunjuk or ckp
apa2 psl anak aku ni. Masa 1st c-sec dulu, kuar je perut, Dr Fatimah
tu bg salam kat baby, and dgn lendir2 and darah, terus tunjuk kat aku, so aku
pon tercari2 la baby aku kali ni. After what felt like an eternity, nurse
datang sebelah aku and ckp, ‘Puan, ni anak Puan. Bole bgtau Puan dpt baby apa?’
Aku pon tgk private part Zayd and jawab, ‘Baby boy’. Alhamdulillah. ‘Ok, cium
baby, Puan,’ kata nurse tu lg. Aku cium lebih kurg sbb bdn keras kejung x leh
nak gerak ni, then just like that Zayd was whisked away again. Mmg procedure
dkt hosp gomen ni x encourage skin-to-skin contact langsung huhu. Tp x leh nak
piker pjg, sbb aku pon x larat and agak trauma. Lps tu diorg moved aku ke atas
katil yg beroda tu, then rolled me pegi Recovery Bay kot. Kat situ diaorg
monitor BP, heart beat, tgk aku tumpah darah ke x, muntah ke x, and generally
nak tgk aku ok ke x lps pembedahan. Masa ni lama gile aku rasa, sbb aku kuar OT
tu pkl 1 lebih rasanya, pkl 2.30 ptg tu masih tersadai kat situ lg. Aku in and
out masa ni, ada time terdoze off sbb kesan ubat (and bosan), tp terjaga balik
sbb sejuk gile (my shoulders were exposed. Blanket tutup chest ke bawah
sahaja). Ada nurse bgtau, baby aku kat Labour Room tingkat bwh sana, receiving
oxygen sbb heartbeat dia laju. That was all I was told. Of course cuak, and
sket ralat sbb sampai berapa jam dah ni bersalin x dpt pegang and breastfeed
baby. Husband apatah lg, still x leh masuk. Kesian baby lambat dpt azankan. Ni
lah dia hosp gomen. Kalo gi private cam ari tu, cpt je Aisyah diazankan. Panas2
lg, the entire family dah bole gi tgk kat nursery sob sob.
Around 3 pm I was pushed back to the ward. Masa keluar Dewan
Bedah tu Hubs greeted me. Dia tggu rupanya, sian dia. Altho dia x dpt azankan
baby lg, dia dpt tgk Zayd secara dkt sbb masa nurse sorong Zayd bwk gi Labour
Room tu, lalu dpn Hubs yg tercangak2 kat situ. He asked kalo bole azan and also
amik gambar on the spot, but was denied both. Oh well. Yg penting he said Zayd
looked so comel hehe..
So I was confined to the bed lah x leh buat apa. Nak bgn x
leh, x mkn lg la x leh. But was told 6 hours after operation, aku mesti paksa
diri duduk, jgn baring2 dah. Oh my! 6 jam je… X lama lps tu, adik ipar aku dtg
and kami berborak2 sket. Pastu aku start itchy2 satu badan, start dgn hidung.
Rupanya tu side effect bius. Around half an hour lps tu, nurse pon bwk masuk
baby cot berisi Zayd. Alhamdulillah he is so perfect. Nurse said he was fine
after the oxygen.
X lama lps tu, dah waktu melawat, so Hubs masuk, followed by
my mom. Aisyah sayangnya x leh masuk (sbb kanak2 under 12), so dia kena tggu
lobi. Marah betul dia x leh tgk adik baru dia. Then another SIL came, and also
my Dad menjengah kjp. Anyway, dalam masa ramai2 ada tu la Hubs
salinkan baju aku, pad dsb nya. Sbb nya, kena buat masa melawat tu je, kang mlm
x de sapa leh jaga, lain la kat private hosp kan. And around 7 pm, aku cuba utk
bgn sementara org masih bole melawat tu. Sbb nya, kalo dah abis waktu melawat
nnt, sapa nak tolong pangku and papah lg? I still remember clearly bersalinkan
c-sec yg 1st. Nak bgn pertama kali drpd katil tu la antara cabaran
paling berat, and paling sakit rasa cukuplah x nak c-sec lg. So, nak x nak,
mesti gagahkan diri jg.
Ntah apa beza kali ni dgn yg sblmnya, mmg aku bgn sket je
terus nak muntah. Tp Hubs pujuk suh bgn jgk, kalo x lg teruk mlm ni. Aku dah
bole mkn, tp camne nak mkn kalo duduk pon x bole. So again and again aku cuba,
and last2 mmg muntah jgk la beberapa kali in order to sit up. Tp lps muntah tu
lega. Mlm tu x lalu nak mkn nasi. Just makan roti and minum air suam. Lps dah
bole duduk I tried breastfeeding Zayd a few times. Zayd latched like a
superhero, tp air susu aku yg zero. Biasalah, c-sec mana nak ada apa lg.
Colustrum pon x de.
Throughout the night bbrp kali aku cuba nurse kan Zayd, and
he became frustrated sbb x de apa yg keluar. Tiap2 kali nak pick up Zayd from
his cot, kena panggil nurse. Tiap2 kali nak letak Zayd semula dlm cot, kena
panggil nurse. Luckily, nurse semua baik2. Aku respek la diorg sbb mlm2 buta
entertain jg buzzer2 drpd pesakit. Cuma by the end of it aku mmg stressed out
sbb when I told them susu x de, I kept being told, bagi je, nnt hisapan baby
akan bg ransangan utk susu tu keluar. THAT, I know. Perkara paling asas utk
BFing, which was my mantra la really spjg 2 thn BFing kan Aisyah dulu. But I
tell you, bila dah dlm situasi tu, mmg rasa nak bg formula aje. But nasib baik
hosp kerajaan. So jawapan dia sama je, ‘bagi je, nnt hisapan baby akan bg
ransangan utk susu tu keluar.’ Arghhh!!
Zayd punya x puas nyusu, dia bergayut dkt breasts sampai
tertido2 aku dlm duduk. Dr dtg round ward around 12 tgh mlm tu plak yg risau
takut baby aku jatuh, and aku ckp, baby bergayut dah dkt 3 jam mcm ni. Mata aku
x leh nak bukak lg, drowsy from bius. So the nurse kindly took away my baby utk
dijaga for a few hours so that I can get some shut eye. This was unexpected,
but was a very nice gesture. Dpt la aku tido kjp.
Pagi besok, (Sabtu 2/3/13) subuh2 lg nurse dtg utk bukak
catheter. Lps tu, dia suruh terus turun katil for the first time sbb lps ni no
more kencing dlm bag, kena gi toilet lah kan. So aku pon cuba la bgn. Not as
bad as smlm, I managed it quite well, even better than 1st time
c-sec dulu, and mind you, x de sapa tolong ye. I guess better bgn cpt2
sementara ubat bius masih berbaki. Kalo kesan bius dah abis, siap la…
Terus masuk bilik air dan mandi wiladah. Again, mcm 1st
time dulu, perut adalah kelihatan sgt keji. Wobbly mcm jelly (sgt la Jelly
Belly) and mcm org pregnant 4 bulan, tp the sight kali ni x la terkejut sgt sbb
dah pernah lihat dulu kan. Masa bersalinkan Aisyah ye la, nangis tgk perut
sendiri post-delivery. The only thing was, still takut2 nak basahkan area
incision tu, so cpt2 lalukan air aje la.
Lps mandi bole terus pakai baju sendiri, and also jalan2 gi
letak baju kotor kat bilik laundry plak tu. I heard that lg cpt kita move
around, lg cpt the healing process, so tu yg teruja tu. Then came breakfast
time, aku pon mkn la roti 2 keping yg dihidangkan pg tu (dlm hati x puas hati,
kenapa tidak nasi lemak? hehe).
Oh, and everyday spjg aku kat sini after delivery, kena
injek skali pagi, skali mlm dkt lengan ubat utk cairkan darah (heparin eh?).
Sakit tu tidak la, tp dia punya bruise, Masya Allah, sampai 3 minggu baru
hilang lebam purple tu, on various parts of my lengan, both left and right.
Also, sbb derma cord blood kan, they came to take my blood everyday jgk dkt
pelipat lengan, nak test cross-compatibility antara darah ibu and umbilical
cord ke apa ntah. Ooo.. masa nak derma dulu x ckp plak kena amik darah twice.
Kalo tau, sure pikir beberapa kali jgk hari tu masa nak agree hehe.. aku ingat
bole balik hari ni (Sabtu, a day after c-sec), tp kena gelak dgn Dr plak hehe…
wishful thinking…
Tghari tu my mom with my Dad and Aisyah came. It was a
Saturday, so Aisyah bole naik melawat. She was soooo excited! Then my neighbour
pon melawat jg, bwk hadiah, so sweet!. In the late afternoon, my parents-in-law
plak dtg from Muar (Hubs pegi amik). They gave mcm2 tips nak byk kan susu
badan, among them sisirkan breasts dgn sikat, letak daun sireh dan mcm2 lg. Mmg
masa ni susu x keluar lg, poor Zayd! Lewat ptg sket just before waktu melawat
habis, my youngest brother and his wife yg still dlm pantang came. We’d
discussed the possibility of asking my also-berstfeeding SIL to just feed Zayd
(jd anak susuan) bcoz susu x keluar2 lg, but Alhamdulillah, not long after tu
the first sight of colostrum menonjolkan diri, and how relieved I was! Note ye,
waktu melawat utk wad maternity hospital Serdang is Mon-Friday (6.30-7.30 pg,
12.30-2.30 ptg, 4.30-7.30 ptg), Sat-Sunday (12.30 – 7.30 ptg).
Malam tu uneventful, except that Zayd x mau tido. I think colostrum
tu x brp nak cukup, and puas dah study poster2 menyusu, and came to the
conclusion that kena sabar je la, the susu will come. Mula2 gi melawat geng
(Ema) and tukar2 cerita, but tgk dia ala2 ngantuk, we left. So bila x leh tido, gi bilik TV dsb nya. Sorong
la cot si Zayd ni ke sana ke mari pkl 1.30 pg tu. Nurse pon heran tp apa bole
buat. Zayd ni dia punya mengamuk, skali jarum yg dkt wrist tempat masuk drip tu
bengkok dikerjakan. Oh Tuhan, sakitnya (bengkok dlm isi lengan ye, nmpk jarum
tu dah bengkok from kulit luar). Lps Zayd dah calmed down, gi station nurse kat
don and mintak tolong la cabutkan, kalo nak cucuk jarum lg satu pon saya rela,
kata aku. But sbb mungkin dah bole discaj soon, nurse just cabut and bubuh
gauze je la kat wrist aku tu.
The next morning, Ahad (3/3/13), Dr dtg cek seawall jam 6
pg. Dia tgk luka, and bgtau, hari ni bole balik, yay! Tp kena tggu nurse tukar
dressing dulu. So dgn pantasnya tukar mandi, tukar baju, mekap bagai, then siapkan
Zayd, x sabar nak tukar pengumuman discaj. Pagi tu 1st experience
kena kencing dgn Zayd. New experience sbb sblm ni anak perempuan kan, haha.
Okay, at least konfem susu dah ada la tu, sbb bole bertukar menjadi kencing yg
memancut hehe. The second Dr came around 10 am tgk dressing, and dia spray some
water-proof stuff tu protect the area, omak kaoo… pedih giler… tp nak balik
punya pasal, x de hal jdnya… Then diskas2 psl contraception plan and what not,
dia konfemkan bole balik, Alhamdulillah…
Tp around 3 pm jgk kot baru setel semua. Tggu itu, ini,
surat discaj, fail baby, buku rekod kesihatan baby dan ibu, surat akuan
bersalin, etc etc… apapon syukur sgt sbb semua slmt. So dgn itu, bermula la
hidup baru kami berempat, Alhamdulillah....