Hari ni work from home ajo. Sbb musabab, x berapa sihat rasa badan. Alhamdulilah, x la feverish, tp kdg2 dtg srott srettt x selesa nak buat kerja kat lab, and also tiba2 dtg sejuk kaki tgn, mcm dedar2 gitu. So amik keputusan kerja je lah dari rumah, Aisyah pon nursery hari ni.
Sbnarnya feeling2 demam ni from last Friday lg. As usual, start dgn sakit tekak, then panas2 mata, lenguh2 urat saraf. Rasa nya sbb I have overworked myself for the past few days (or weeks, maybe), sejak start buat listening / performance test. Tapi bila aku ckp sbb aku kerja terlalu kuat, kena gelak la plak dgn Hubs. Actually, my mom pon gelak jgk masa GChat dgn dia hari tu. Sah muka aku ini muka x pernah kuat bekerja agaknya, hmmm...
But seriuosly, buat test yg memerlukan human participants adalah sgt renyah dan menyeksakan batin. Sblm ni masa aku coding2 aku selalu terfikir, alangkah bestnya kalo bole buat qualitative research, x yah bersekang mata hadap code2 sampai juling. But bila buat one small part yg involve user test, huih, payah jg ye. From start lg kena isi borg ethics tggu approval, etc, dah leceh, tp paling kurg syok adalah mencari participants. Then mula la stress bila dah kontek sana sini tp x mendapat respon. Nak2 plak projek aku ni x de funding, mmg dasar kena buat muka x malu la, ajak suh wat keja dan berharap org yg berhati mulia kesian kan diri ku ini sob sob. Alhamdulillah dah nak mencapai target pon, syukur sgt2.
Sungguh, aku jd x leh wat keja lain fikir mcm mana nak cukupkan bilangan target user aku tuh fuhhh... Skang bila dah buat dua2 qualitative and quantitative, aku rasa coding2 tu JAUH lg susah, tp hati x de gundah gulana sgt sbb x de rasa membazir masa cari2 org or fikir sama ada org tu sudi participate ke x. Time2 x de solution leh melepak kat forum mana2 cari code or potential jawapan, and it feels like I feel have power over the research destiny, whereas dgn study yg memerlukan org, aku jd jem asyik pikir mcm mana nak dpt kan more participants, and sometimes rasa betul2 powerless bila org x de, or result yg dpt totally unexpected, but that's just me.
Anyway, demam aku ni mungkin la bkn sbb kerja kuat sgt, tp stress kuat sgt hehe. After 3 weeks tercapai la jgk sasaran aku. For the past 2 weeks, everyday mmg aku schedule kan ada at least 3-4 org dtg lab aku buat listening test tu. And last Friday, aku conducted my experiments dkt Student Village di University College Plymouth of St Mark and St John (UCP MARJON), whereby aku mintak tolong adik2 undergrads tolong jd listeners. Setinggi2 terima kasih aku ucapkan buat diorg yg sudi buat test tersebut, especially penghuni House 29. They went well out of their way utk tolong aku, bkn sahaja menjemput sahabat taulan mereka suh jd participants sama, but also siap masak roti jala dan kuah kari tu, alahaii... sweet kan? Ada yg baru balik buat Umrah within Easter Break baru ni (untungnya kamu dik) siap bekalkan kami aku sebotol air zam zam lg, Alhamdulillah... Sapa nak amik diorg buat menantu aku mmg vouch sungguh2. Diorg pon mmg dah suh aku jd Baitul Muslim (matchmaker) utk diorg pon, so sbrg pertanyaan, email aku eh (haha just kidding weh).
Best je tgk diorg duk kat student village, mmg akrab la sbb rumah semua dkt2. Comel2 bilik anak dara, hias2 dinding belajar semua, ye la, kita dah berkeluarga ni, belajar pon x de study corner, kata hikmah terpempang kat dinding lg la x de mcm muda2 dulu kan. Itu yg seronok sesekali join anak2 dara ni, terasa diri bagaikan muda semula. X perasan padahal dah mula start statement dgn, "... sepuluh tahun dulu, masa akak baya2 awak lah..." Like, really? Gap kita sepuluh thn? It was 10 thn dulu when I was still finishing my first degree? Benarkah? Cpt betul masa berlalu, mcm x betul plak, tp itulah hakikatnya huhu...
Ramai lg pada hari tu, tp ni sbhgian je yg dpt aku snapped. Again, coz it was a Friday, aku hangkut Aisyah ke Marjon dgn aku naik teksi. Kemain duk atas riba org eh dia dlm gmbr di atas. Tp dia dah ok tu pon aku lega sgt, sbb it was a 20 minutes drive one way to Marjon, and as usual, Aisyah yg mabuk kenderaan ni muntah on the way there AND back. Nasib baik lah tiap2 kali pon kitaorg travel bwk plastik bag, so managed to catch her puke just in time. Nervous jgk la nak travel dgn dia sorg2 without Hubs (Hubs keja), sbb bab2 muntah ni aku slalu kasi Hubs je urus, tp Alhamdulillah hari tu bole managed.
Kesian sbb terpaksa heret dia once more ikut aku nya pelan kerja tu mmg la ada (last week kat Cog*nitive Institute Research Open Day, minggu ni collect data plak), tp lps baca komen member aku Masz14, aku rasa x bersalah sgt hehe. Plus mmg kita2 masa kecik pon kemain menyengih yek kalo mak pak kita bwk gi opis. So aku harap Aisyah takes it as a positive experience. And nmpk dia pon terhibur sgt ramai yg rajin melayan (kakak2 manis semua asyik nak dukung dia gilir2 padahal dah nak masuk 4 thn dah budaknya, mana dia x happy).
Balik tu Aisyah start selesema sket. Aku rasa sbb dia penat kot. So masukkan dia tido pkl 8.30 mlm. Then before aku nak tido, tekak aku plak rasa perit2. Esok badan mula lenguh2, and tau dah, fever was on its way. Tp x leh nak rehat sgt, sbb pkl 2 pm tu kami menjemput a few neighbours berdekatan for lunch, utk meraikan Afi*z student Master kat UoP dah nak balik Msia. I cooked a really basic Nasi Ayam tp x ingat nak amik gmbr plak hmmm...
Luckily, dedar2 tu mcm come and go, and never fully developed into a full-fledged flu (teruskan berdoa). Maybe sbb byk rehat drpd kerja kot this week, altho rehat kan badan tu x sgt la. On the Sunday plak, Afi*z passed2 kan brg2 dapurnya kat kitaorg, so Alhamdulillah ada sekotak brg2 drpd Msia mostly (very berharga nih!), termasuklah bbrp peket kecik ikan bilis. Huihhh... pucuk dicita ulam mendatang. Dah dkt 4-5 bulan dah x mkn ikan bilis, sbb stok dah habis. Mmg rezeki besar lah ni kiranya.
Also, pg tu Hubs duk berseloroh dgn mak aku through GChat yg dia mengidam nak mkn sup ekor lembu, skali ptg nya si Afi*z ni bwk dtg ekor lembu frozen yg dia beli dah lama tp x termasak2. Allahu Akbar. Apa lg, Hubs suh aku masak sup cpt2 and mlm tu jemput Afi*z skali mkn mlm kat umah kami. Kira last supper lah ni. Dulu masa Bard balik pon begitu jg. Tradisi, hehe...
Utk Afi*z, slmt pulang ke tanah air. All the best doa kami buat kamu. Terima kasih di atas persahabatan dan pertolongan sebelum2 ni (dan ikan bilis serta brg dapur lainnya). Hingga ketemu lg di bumi Malaysia, Insya Allah...