Sunday, January 30, 2011

Lafaz Cinta

I love you. Atau Bahasa Melayu nya, aku cinta kamu. Tiga perkataan yg bisa menggoncang dada, menggetar jiwa, hatta menggegar dunia, andai disebut penuh makna oleh si pelafaz kepada si penerima. Pengakuan yg tiada lain dicinta, yg jiwa raga seluruhnya diserahkan kepada insan teristimewa.

Maka mengapakah begitu sukar sekali dikau melafazkannya? Apakah begitu tebal ego mu sehinggakan begitu berat sekali bg mu meluahkan rasa itu? Apakah engkau merasa lucu sekali mempermainkan perasaanku, membiarkan kalimat cinta ku itu sepi tidak berbalas?

Kepingin skali hati ini mendengar ungkapan itu dari bibirmu terukir khas buat ku. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur yg pada masa ini, mungkin kata2 itu masih belum berhak menjadi milikku.

Kerna pada masa dan ketika ini, kata2 itu sememangnya dikau khaskan buat seorg insan yg lain. Aku cemburu... dgn AYAH mu wahai ANAKKU....

Eh, apsal la bole ckp I Love You Ayah tp x mau ckp I Love You Mummy nih Aisyah? Geram betul tau. Lagi diajar lg dia gelak, duk ulang2 ckp I Love You Ayah. Kelakar agaknya tgk aku bertukar jadi hijau neh.



Mungkin kah dikau menuras perangai Ayah mu jua? Sukar utk melafazkan kata2 cinta, kerana pada beliau, cinta x perlu diungkapkan dgn kata2, tp perlu dizahirkan dgn perbuatan dan perlakuan. Mmg x romantik! Tp at least bukan mat boya penuh mulut manis, so ok la tu hehehe...

PS: Aisyah saja2 suka x nak sebut I Love You Mummy, tp kalo suruh kiss laju je bg. Itu namanya cinta bukan pada kata2 tp pada perlakuan :)

PS2: Nyaris muntah buwek2 ok nak menyiapkan karangan di atas. Aku juga bukanlah seorg madah pujangga, so tolong lah, setakat I Love You bole la kot. Lebih2 aku pon kembang tekak nak ckp heheheh....


Friday, January 28, 2011

Start and End

Aku nak merakamkan ucapan tahniah buat saudara Mael yg dah slmt bergelar Dr setelah berjaya mendefend kan thesis beliau pagi td. Tumpang happy!!!! It was inspiring, almost hilang perasaan self-pity yg brewing dlm diri sejak smlm. 2 hari lps gi makan2 ngan beliau kat kedai mkn Nowruz. Ni gmbr Aisyah dgn pernah-satu-ketika-konon2-nak jadi-bapak-mertuanya (Mael ni ayahnya Aqil, bestfren Aisyah kat Plymouth ni dulu hehe).



Dgn itu, tamatlah perjalanan PhD Mael ni di Plymouth dgn sempurna nya. Berbaloilah sudah segala jerit perih beliau dan keluarga, skang masa utk sama2 meraikan saat2 manis begini, yg dah ditunggu2 lebih 4 tahun ini.

Bg suatu family yg lain pula di UK, perjalanan ini baru saja bermula. Memperkenalkan, family saudara Khairul yg baru saja dtg ke Plymouth baru2 ni utk memulakan PhD journey beliau. Wife beliau pon adalah sebaya and diorg ada anak perempuan umur 3 tahun, yg sama2 gi nursery dgn Aisyah. Hopefully, we will all get along together very well and transition beliau sekeluarga ke Plymouth adalah very2 smooth :)



Last Saturday aku ada wat mkn2 sket, ajak seluruh komuniti Melayu Plymouth, so that dpt2 la kenal2 kat sini. Aku sefamily buat mkn2 ni joined dgn another family, Shafie sekeluarga, saja suka2 sbb lama rasanya x berkumpul ramai2. Menunya simple aje: nasi putih, sup daging kambing dan sayur goreng. Co-host aku plak buat ayam bakar dgn ayam goreng KFC serta telur rebus. Sumbangan potluck pon byk, ada yg bwk bihun goreng, karipap, kerepok lekor, pisang goreng, etc... Ptg sket aku plak goreng cucur tepung, best, best makanan tu semua yum!... Spt biasa, pics follow...









So itu la dia, yg starting, yg ending. As for aku, elok la dikategorikan sbg continuing :) Smlm agak down dgn self-pity, lately ni kuat jg merasuk diri sampai Hubs pon malas nak bg advice lg sbb buat2 dgr je kalo aku komplen, klasifikasi membuhsankan sgt dah kot my whining ni hehhe... Last2 bukak buku2 self-help lama2 koleksi aku, and Alhamdulillah, from there dpt la derived a few inspiring words. Ye la, aku ni mudah lupa, so sesekali baca balik tu rasa mcm baru baca 1st time plak, teruk betul. Anyway,nak share kat sini a few of the insipiring words:

"If you have some plan and it doesn'tgo that way, roll with it. There's no way to know if it'sgood or bad until later,if ever." (Evam Williams, co-founder of Blogger and Twitter)

And paling best,

"I have not failed.I just found 10000 ways that won't work." (Thomas Edison, inventor of light bulb).

If he had stopped at the 9999th failed attempt, mungkinkah ada electricity?






Wednesday, January 26, 2011

Self-Declared Holiday

Bcoz I can... :P

Hari ni sendiri declare public holiday. Sejak sakit hari tu, rasa mcm nak slow down sket la, x nak overworked myself lg. So sbb bertungkus lumus dah dlm 4,5 hari mengejar last minute punya deadline utk papers tu, Alhamdulillah, smlm sempat submit ke organizer an hour before waktu tamat. Fuh...lega. Leceh sket la process submission skang ni, yg pakai EasyChair ke hapa benda, yg kena ada account dulu, pastu key in segala mak nenek, termasuk biografi diri (I hadn't really expected on that, so dah kena mengarang cerita psl diri sendiri AND co-authors. Tp co-authors tu aku cilok drpd web diorg je la, masing2 dah established, so plenty of nice things to write about them. Psl diri aku je tarak apa2). So kalo ada yg tgh sama2 nak submit paper somewhere tu, make sure u check what kind of mechanism they use for submission. Lain ulu lain parang, dah x main convert to pdf then submit by email dah huhuhu... Baru itu hari aku submit ke tempat lain masih lg pki style email, so that was quite straight fwd...

Anyways,hari ni nak stay umah buat house chores kot. Pertama skali kena tackle ialah melipat baju. Fuh...2 bakul ada tu. Esok dah start balik keja, so it's bound to be uber hectic as usual. Then some time today kitaorg kuar mkn2 ngan Mael maybe. Then food shopping, ayam, daging, telur semua dah yilek dlm peti. Ptg sket I got gamelan class, tu pon debar jg sbb last week aku missed psl demam, dah la sblm tu kitaorg bercuti lama, from a week before Xmas to a week after new year. X tahu la aku ingat ke x nak tekan note apa ni, dah la cikgu nya garang mcm rimau... huhuhuh....

Kalo ada masa nak kena belikan baju baru utk si anak dara itu. Tgk sahaja la gambar2 di bawah, baju sudah sendat, seluar sudah senteng. She's really shooting up! Yg gmbr 1st ni dia tgh adjust TV (ketuk2), sbb kdg2 TV tu RGB dia x balance, so kalo adjust2 sket baru dpt mixture yg betul semula. Looks like it's more than shirts and trousers Aisyah kena ganti ni. Hands up for flat screen TV, please! :P










Monday, January 24, 2011

Making An 'Appearance'

Muka org masuk keja after 1 week MC

Hari ni first day balik opis. Spt yg aku ckp kat member baik aku, Mas kat FB, belom lah lg nak bounce back, tp bole lah start the ball rolling pelan2. Bergolek la slow2. Tp slow x slow pon, mmg sedari jam awal pagi lg x berenti2 menaip (dah 2,3 hari continuosly, in fact), ye lah deadline dah esok. Dah separuh hari baru perasan, eh x amik toilet break langsung aku hari ni, kusss smgt nak siap kan keja.

Imagine keterperanjatan aku apabila kuar sahaja bilik air terserempak dgn satu Hamba Allah ni kuar daripada lif – “MAEL!!!!” jerit aku. Aku ada dgr2 Mael yg balik dgn family nya tahun lps nak dtg semula dlm masa terdekat ni utk viva, tp sbb aku sakit hari tu social interaction aku ngan org lain pon ter-cut off so aku x tahu tarikh sbnar dia sampai, dsbnya. Tahu2 je dah ada dpn mata, I almost jumped out of my skin. Kalo Mael tu pompuan aku dah pegang2 nak tgk betul ke apa aku yg lihat dgn mata kasar aku tp nasib baik lah dia tu laki,suami org plak tu so x jadi la kan. Nasib baik dah kuar toilet, kalo belom pegi lg mau ada yg kena salin seluar, sudah la seharian x perasan x wee wee langsung sbb ngadap komputer aje dgn penuh khusyu’ dan tawaddhu’ nya.

Anyway, aku mmg gumbira sgt dpt jumpa member lama sama2 sebangunan ngan aku ni dulu. Lab dia lab Communications dpn lab aku. Tu lah satu2 nya Msian yg sama building ngan aku, yg lain2 diorg buat PhD berjemaah kat dlm bgnan lagi satu kat Portland Sq nun. Mmg terlanting jauh la kitaorg kat Smeaton nih. Dulu2 slalu gak la bertegur sapa at least once a day ngan Mael, ye la, dah share korridor sama kan, mana x terserempak nya. Mmg bila dia dah balik terasa kehilangan jap. Dulu2 masa awal2 Mael balik aku ckp la asyik ternmpk2 Mael kat workstation dia (dari pintu bole nmpk kelibat dia). Skali Hubs buat lawak kurg asem ckp, ’Hah tgk2 la slalu, kang ternampak ’Mael’ lg kat situ, baru tahu’. Hoh, dah la aku slalu stay back sampai pkl 8, 9 mlm mcm tu. Hish, sejak tu aku dah kurg jengok2 tempat Mael lg, dasar penakut keh keh…

Seronot dpt borak2 sket ngan Mael, sbb dia dah senior kan. Dulu2 masa aku baru sampai dia dah 3rd year, so aku x byk pon tanya2 psl research, life, etc sbb aku baru je starting, x tercapai pon dek akalku cabaran2 yg menunggu. Skang ni aku sendiri dah 3rd yr macam2 aku tanya dia, mcm2 plak yg bole relate dah dgn dia. Ye la, masa kita belom sampai sesatu peringkat tu, kita x amik port sgt apa yg berlaku. Skali kita dah sampai, baru la terngadah2. Dlm kes aku mmg terasa la, sbb nya selama ni aku perasan mcm, ’ala aku baru je tahun 2, ramai lg senior2’. I took these people for granted la jugak agaknya, x make the most out of their time here, sbb kejap2 ada masalah je tepon2, sembang2 utk menghilangkan kekusutan kepala. Skali tahun ni satu persatu member2 seperjuangan aku dah balik. Tiba2 bila aku reflect balik, baru la sedar bahawasanya aku ni dah masuk kategori ’otai’ kat Plymouth ni. After a few more people, mmg aku la org paling senior dah in terms of pengajian, org2 lain dtg lebih lewat drpd aku okeh? *sila freak out skang!!!!!*

Agak depressing jgk bila pikir2 balik. Dah la masuk2 lab mmg depressed sket pon tgk progress org2 lain. Ada yg dah start recording dia punya installation piece, ada yg buat projek ntah ke brp puluh dah, ada yg tahun satu tu pon mcm mantap gile nota atas meja dia. Ye, aku stalker. Siap snap2 gmbr lg meja org, so beware :P



Meja2 org lain yg bikin aku depressed sket...




Meja aku yg dah berabuk seminggu tinggal...




Tp x de la sedih sgt. Perjuangan harus diteruskan. Bak kata Mael, ‘Jgn give up. Ko rasa ko dah terlambat ke, tercepat ke, terus kan je selagi mampu’. Dan paper tu mmg harus disiapkan pon, so no time to be sad lama2 hari ni. Actually it was very mood lifting jumpa Mael ni, bila teringat balik that he didn’t have it easy pon masa buat PhD itu hari. He had a job, night shifts some more, they were expecting their second child plak masa dkt2 nak balik tu, and 1001 lg cabaran kalo aku recall2 balik mmg put me to shame. So bersabar lah wahai hati, teguh lah wahai diri, kita teruskan perjuangan ini atas nama mencari ilmu milik Rabbul Izzati…

Eh, bila dah lama x dtg keja ni, terbit rindu plak pada si dia yg di bawah ini... ahaks!








Sunday, January 23, 2011

Slow Down


Lama betul aku x update kan? Missed me? Ngeh ngeh...

Sebenarnya aku mengikut nasihat Doktor. Masa sakit hari tu, aku called opis dia, dpt MC seminggu from last Monday. So mmg seminggu la aku rehat betul2 kat rumah, lab x pegi, keja pon ckp ngan boss ada note sick for a week. So dgn blog2 skali aku tutup kedai seminggu haha. Tp mmg kalo bole nak cuti lg je rasanya, walaupon badan dah rasa much, much better than last week and it looks like the worst of it is over, tp takut jg kalo tiba2 pecut kang system short circuit balik. So pelan2 kayuh la esok ni tgk mcm mana sbb deadline pon mmg ada this Tuesday *sigh*

Lupa nak ckp sblm ni, mmg nak jumpa Dr di UK ni susah, tp skali dpt jumpa layanan dia mmg excellent la. So kalo dah ada chance tu, mmg tanya la habis2an dgn Dr, dia x kan marah punya. Actually Dr aku ari tu baik betul, ckp kat phone je, dia diagnose gitu2 sbb common flu aje pon kan. Tp sempat mendabarkan org jgk Dr ni sbb dia kata kalo last year, dgn description yg aku bg tu, dia dah akan prescribe tamiflu. Huish... berderau darah. Tp dia kata selagi temperature x naik sampai 40C mcm tu, tahun ni diorg slowkan sket bg ubat tu (mahal kot). Nak buat test pon x de so mmg x tau la flu apa jenis kena hari tu, wallahu a'lam. Asal saja dah sihat skang ok la.

Dia ckp sakit aku tu mmg la due to virus, tp sbb aku overused badan aku terus jd mcm lambat nak baik. Mula2 aku mintak la MC sbb takut boss tempat keja marah. So Dr dah tau aku dah kerja. Pastu ckp MC yg sama ni leh pakai ke bg kat SV kat Uni? So dia pon tanya la aku belajar ke. Dan2 tu plak Aisyah terjerit2 kat background so Dr pon tanya lg, 'do you a little one with you also?', aku pon mengiyakan la. Tu yg dia terus bg MC seminggu tuh, kerana mengikut katanya, 'I normally tell people that they are burning their both ends of their candles, but to you I'm gonna say it looks like you're burning both ends and the sides of the candle as well'. Maka tu psl la aku berehat sakan ok after that tanpa rasa bersalah pon. Totally deserved it, nasihat Dr lg tu. Aku terus imagine kalo honour system mcm ni diamalkan di Msia, main helo2 je kat Dr terus dpt seminggu MC, perghhhh.... mau nya kosong abis opis....

Dalam pada x sihat ni jgk la terasa macam nak buat keputusan drastik, tp x tau lg jd ke x, sbb nanti efek satu keluarga jgk kalo buat. Tp rasanya x kot, just have to go on and persevere and yakinlah ketentuan ini adalah yg sebaiknya kot. Aku mmg lately ni kadar stress yg menggunung tinggi, siap pening2 kepala selalu pikir psl research yg masih x nmpk lagi garisan penamat ni. X lama lg dah nak pikir psl extension and get all the documents sorted, but I will cross that bridge when I get to it la kot, pikir awal2 semak kepala je.


Anyways, SV aku pon baik jgk. Aku tulis email aku heran kenapa aku flu sampai 2 kali winter ni, so dia pon asalnya org Brazilian pon terus la memujuk. Chewah, manja betul female student dia (yg masih aktif) nan seorg ni.... Tp dlm manja2 pon aku rasa esok bakal panas bontot kot sbb dia mesti nak tgk artikel tu jgk, siap x siap *pengsan*



Ok la, nnt ada masa and entry yg best sket aku write2 some more. Nak fokus on this paper first. Doa2 la siap weh.... Kalo dah siap ni, aku rasa mcm nak gi bercuti soemwhere la. Dkt2 pon jd la, just nak lari drpd pikir benda2 yg membebankan ni, for 2D 1N over the weekend pon dah cukup... Kena lebih beringat yg kita ni bkn nya robot, and some times, we just need to learn how to slow down....




Monday, January 17, 2011

Biasa lah ....

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, masa tu la kita ada byk kerja2 terhutang, sptnya paper yg due date nya lebih pendek drpd masa yg kita perlukan utk finish up the writing, even kalo kita sihat sepenuhnya pon belom tenstu siap, so how?...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, masa tu la kita punya part-time job pon berlonggok2, double-shifts some more, shifts yg bkn kita pegi volunteer nak buat pon, tp sbb x cukup org, boss pon letak la nama staff sesuka hati...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, satu ahli keluarga pon berjangkit2. Lps satu, satu... lps satu, satu... sampai la habis musim winter mungkin la baru x merebak lg winter bug ini...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat dan duduk di UK, nak jumpa Dr bkn nya senang. Next available appointment next Thursday, tu pon dgn nurse aje. Dgn Doctor next Monday ok? Nak suh Dr call kita balik psl nak mintak sick note pon (MC), receptionist ckp call again tomorrow coz the Drs are just jam-packed at the moment...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, especially di UK ni, mkn ubat berbotol2 pon x de kesannya. They just won't sell anything stronger than bloody paracetamol... And yes, sell ye, mana nak dpt ubat free ni...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, mula la meracau, 'this is the last winter we are staying in this country, believe you me.... blah blah blah... x hingin dah haku nak duk lama2 kat negara penjajah ni...', tanpa really menyedari yg research kita tu, jgn kan nak siap thesis writing nya, experiments pon belom ada satu set yg betul2 bole dikatakan siap....

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, mula la teringat kat mak kita, berangan la nak duduk bawah ketiak dia, mintak dia suap sup ke, urut2 badan dan kepala ke, pastu mintak jasa baik adik beradik lain tolong entertainkan Aisyah all day long so that we can get a good rest.... Walhal kalo kita kat Msia, rasa nya x kan lah kot nak buat manja2 lg dgn mak kita, kita sendiri pon dpt pangkat Mak, malu skett.... nak2 menantu mak kita yg sorg lg pon tgh ada kat wad skang ni, so of coz la perhatian lebih ke situ...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, terbayang2 mee maggi perisa ayam dgn air 7-Up yg ayah kita slalu beli and bg minum, taktik nak pujuk anak2 mkn and biar ada fluid and perut x kosong. Kdg2 kalo dia generous lg dia belikan la apa2 jajan or coklat, nak kasi anak2 ceria. Usually x lama lps tu sihat lah, mungkin sbb happy dpt mkn mknan dan minuman yg otherwise 'forbidden' in the house....

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, mula la berangan bestnya kalo dpt balik kat Msia skang ni, x de la sejuk sampai ke tulang... Walhal kalo balik pon mungkin mengomel psl panas x sudah2 plak... haih x bersyukurnya...

Biasa lah tu, kalo kita x sihat, mula la teringat2 kat betapa convenientnya hal ehwal makanan di Msia. Petik jari aje, ok, exaggeration, tekan no fon aje, jap lg motor org McD akan sampai bawak bubur ayam... mmm yummy... x de la rasa mcm membebankan laki aje, dia plak yg kena masak, kena jaga anak sedangkan kita jd ratu TV yg invalid hehe...

Tapi...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk menguji kesabaran kita...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk melupuskan dosa2 kita...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk menguatkan rasa cinta dan berkerja sama antara suami isteri...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk bg kita rehat, setelah sekian lama kita mengabai dan meng-abuse kan kesihatan kita yg diberi-Nya....

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk kita bermuhasabah dan set semula priority kita, what we had done and achieved semasa kita sihat hari tu... mungkin byk masa yg kita terbuang buat perkara2 lagha...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni berserta kesukaran utk bertemu Dr adalah utk mengingatkan kita kembali bahawa hanya Dia lah yg Maha Menyembuh kan... bkn manusia2 bernama Dr dan ubat2yg bersusun di farmasi itu...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni dan jg tiada access kpd ubat2an utk menguatkan immune system kita...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk mengingatkan kita yg kita ini hamba-Nya yg lemah...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk menjadikan hamba-Nya yg lebih bersyukur atas nikmat yg dikurniakan-Nya kpd kita semasa sihat selama ni yg kita alpa...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk menjadikan hamba-Nya bersyukur bahawa sakit ni sedikit aje berbanding org2 lain yg mungkin lebih parah lg, maka bersyukur lah...

Bersabar lah, Allah bg kesakitan ni utk mengingatkan kita Sakaratul Maut tu jauh lg azab drpd sakit ini...


Maka nya...

Bersabar lah wahai Oyis atas ujian ini..

Bersabar lah wahai suami atas ketidakefisienan isteri mu di kala ini...

Bersabar lah wahai anakku Aisyah, kalo kdg2 mummy buat x peduli, sbb nak bgn solat pon berputar2 kepala ni, lg la nak layan kamu berdansa....

Bersabar lah wahai readers semua, sbb dah lama x published entrydan menjengah blog2 anda... dah la tu, berhutang resepi tauhu telur plak tu...


Apapon, doakan aku sekeluarga cpt sembuh dan rutin kitaorg kembali spt biasa hendaknya... Amin ya Rabbal Alamin....

PS: Tulis blog bole, tulis paper, terus nak termuntah....!





Thursday, January 13, 2011

Health Care Ke Health Don't Care?

Busy, busy, busy! Kerja melambak2, esok got part time work some more, lg ptg ada seminar lab, minggu dpn 2 papers are due and Aisyah plak batuk kong kong kong selang 5 minit coughing fits dtg lg, x berhenti sampai merah2 muka nya. Dah la tu, temperature nya panas surut, panas surut, ubat Calpol tu dah buat mcm gula2 after every meal mkn. Dlm tido pon terbgn2, selera mkn pon mcm hilang jgk la, very the fussy one lately ni. Haih... Biasa la, benda2 ni selalunya berlaku all in one go, kerja byk, anak x sihat. Xpe, what doesn't kill you makes you stronger...

Masalahnya bila demam dan sakit di UK ni, bkn bole senang2 terjah klinik mcm kat Msia. Nak kena buat appoitnment dulu. Smlm called GP nak buat appointment, tu diaaaaa.... bersusun. Paling awal Isnin dpn ok, tu pon satu slot aje jam 8.50 pagi. Even nak suh Dr call kita balik bg advise pon, receptionist clp, smlm Dr dah full. Cuba call lg esok pagi utk mintak Dr call kita balik. Jgn kan nak bersemuka, nak mintak advice over the phone pon x dpt, korg tahu? Mana aku x geram!

Malas nak tulis entry pjg2, copy paste drpd FB aje bole ke? hehe... Ni luahan x puas hati aku la ni, and if you read it, you'll get the gist of what I'm talking about and how the NHS system (health system) kat sini adalah one short of what I would refer to as pund*k. Pardon my language.









Apapon, pagi td cuba lg, Alhamdulillah ada slot kosong. Mungkin ada org kansel kot slot tu, so terkocoh2 la pergi utk slot pkl 9.40 pg tu. Masuk jumpa Dr x sampai pon 5 minit tu pon kecoh nak suruh tunggu minggu dpn, Alhamdulillah Dr konfemkan Aisyah kena viral biasa je, and although susah nak bernafas, it's not due to asthma. That's all we want right, just nak suruh sah kan bukan yg larat2 dan pelik2.

Tp spt biasa, for children mmg x de ubat. Semenjak dtg UK ni, Aisyah x pernah dpt ubat prescription ok. Semuaaaaaaa beli sendiri ubat very general punya. Ubat batuk jgn cerita la, mmg x kan dijual melainkan yg glycerol-based, which is basically a fad pon x memberi kesan apa2 kat si pemakan. Diorg ni takut sgt dgn side efek, hok aloh, kat Msia tu budak2 telan ubat batuk kaler hitam tu sejak dlm pantang lg zaman berzaman x de apa2 pon. Penakut x pasal nyusahkan org.

Last2 beli madu Manuka UPF 12+ drpd New Zealand di kedai kesihatan alternatif di sini. Ni salah satu ikhtiar la, moga2 dgn izin Allah mujarab. Doa kan Aisyah cpt sembut ye.



Side Note: Putting aside the coughing fits and up and down temperature, Aisyah is otherwise healthy and very active. Malam je la payah tido. Ni gmbr2 Aisyah sekitar hari ni.

Masa ni aku tgh masak, dia mintak susu.



Tiba2 dia bgtau aku, "Mummy, no more come in". WHAM! (slams bedroom room). Hamboi, umur baru dua tahun, tido pon kena ulit dgn Mummy lg atas katil, tup2 dah ban kita drpd bilik tido. X bole jadi ni.

Heran dan curious nak tgk projek apakah dlm bilik tu, aku masuk jgk. Kelihatan spt Aisyah membongkok2.

Oh mungkin kah dlm kepalanya dia tgh berladang, or menyapu sampah...


Erk? Bkn kah itu spatula aku?


Kantoi. 'What are you doing with my spatula?', tanya aku. 'Spongebob', jawabnya pendek. Oho, she was berangan flipping crabby patty kat Krusty Crab la kot tu td.


Marah sbb Mummy x ikut pesanan.



Aisyah bersama alat perkakas dapur yg berjaya ditawan semasa Mummy tidak melihat. Perasan x ada acuan karipap yg dah lama pencen tu?


X perasan dia memunggah tu sbb aku sibuk buat Projek Tauhu Telur atau jg dikenali dgn nama Tauhu Jepun. Yg mcm ni tu (tp rupa x bulat mcm kat kedai la aku main potong sesedap rasa)...




Yg buat masak dgn kuah pekat with mixed vege tu. Kalo dulu kat kedai makan, 50 sen satu tauhu tu. Mahal tu. Skang x tau la berapa harga. Dah lama x mkn, mmg bahagia la dpt buat sendiri dan menjadi plak tu, rasa dia betul2 mcm kat kedai. Mudah aje rupanya. Banggos gilos sbb menjadi. Resepi Shue yg bagi. Kalo ada yg berminat, nnt aku letak resepi kat sini.