Sunday, December 2, 2012

Circus Club

Every Friday skang Aisyah dah kami enrolled kan dlm aktiviti baru - Circus Club. Asal nya masa a few weeks back, masa aku consistently hantar Aisyah pegi 'After School Club' (mcm kelas transit extra hours kat school sbb aku sibuk nak siapkan tesis), hari2 pon amik Aisyah lewat from school, around 5 pm. So masa lalu hall sekolah dia, dgr riuh pikuk suara budak2 and aktiviti dlm tu. Aisyah pon ckp la, dia teringin nak join Circus Club tu. 


Kesian jg, sbb nya from kelas transit dia tu, dia duk terjingkit2 mengendap aktiviti kat dlm hall, teringin la tu nak melompat2 dan join.Tp sbb kelab ni byr extra from After School Club, x bole la dia nak suka2 join. Plus kena ada parents teman pon masa sesi dia, so melopong la dia kat luar. Mendengar luahan hatinya, aku pon diskas2 dgn Hubs, ok lah, kita masukkan Aisyah dlm kelab ni. Bagus jg utk interaction and also skills utk balance, agility and flexibility. Kelab nya dah start from September lg, tp kitaorg je x tau kewujudan nya. Dah stay back kat sekolah baru tahu ada kelab ni. 


Anyway, last Friday merupakan the third week dah Aisyah joined. Tu la, dah kali ke-3 pergi baru teringat nak amik gmbr, my mind is just sooo pre-occupied these days with the thesis. Aisyah punya suka kelab ni, even hari Isnin lg dah ingatkan dia ada Circus Club on Friday, risau sgt emaknya lupa hehe.


Tiap2 minggu ada aje aktiviti lain2 yg diorg ajar / buat, so far dah ada main spinning wheel, diablo, stilts, dressing up, etc, but terkini tu diorg trained berjalan atas circus ball, and also on a tight rope, as you can see in the pics below (ayat skema mcm tulis tesis dah jadi nya blog aku ni)... Yg berjalan atas ball tu, merah2 muka Aisyah lps dia buat, dia mmg agak takut2 sket sbb tinggi dan kena balance, tp nasib la dia mahu jgk buat. Puas pujuk tu. Yg tight rope tu, ntah brp kali siaran ulangan. Dia suka sgt2....










And here are some videos. Aktiviti guling2 tu dia panggil 'Sausage Roll'. Also dia ajar buat 'Rolley-Polley', ala mcm gymnast buat sket2 tu bergolek2, aku nak describe pon x reti. The last 20 minutes of the class usually diorg duduk dlm bulatan, and main games. The only downside is parents kena tunggu, bkn jenis drop-and-go punya kelas. Lama tu, sejam setengah. X pe lah, yg penting dia happy sgt2, dan tertunggu2 next session.. Sekali seminggu je pon...




Pikir balik, sayang jgk, sbb dah nak balik Msia ni kan. Tp elok dia ada pengalaman dan kenangan drpd x de langsung. Mungkin balik nnt nak kena cari la aktiviti yg lebih kurg mcm ni utk dia. Cuma isunya, kat Msia ni serba serbi mahal. Kelab yg dia join skang ni, from 4 - 5.30 ptg (1 jam 1/2) hanyalah £3 ok? Mana nak dpt even after dah convert ke RM pon huhu...



3 comments:

ayunidati said...

bagus macam tu pendedahan..... tapi memang berbaloi dengan harga macam tu... belajar mengaji pun dah mahal sekarang... huhuhuhu....

isabelle frankly said...

3 pounds jer?
tu la hujan batu di negara sendiri. muehehehe

Oyis said...

ayuni dati: klo harga mcm £3 mmg xpyh pikir pjg nk join kan? masalahnya mcm dati ckp la, yg asas (mengaji) pon dah mahal, mcm mana la nk cari duit utk pengisian lain

isabelle: skang kt UK pon hujan batu je sbb winter, tp belom salji je lg hehe