Wednesday, July 10, 2013

Her First Sahur Experience

Ramadhan Kareem buat semua!!!


Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang menyambut Ramadhan di tanah air sendiri setelah 4 tahun berturut2 berpuasa di musim panas semasa di perantauan. Ironi nya, masa kat sana rindu nak sambut posa style Malaysia(teraweh kat masjid, gi pasar ramadhan, etc etc), tp bila dah balik sini, teringat2 plak suasana berposa di tempat org. Even posa dekat 19 jam pun, masih terindu2 gitu. Oh ngada2 nyeee...


Apapon, still teruja. Maklumlah, tahun ni (dan seterusnya Insha Allah) dah lebih dkt dgn keluarga. Ada peluang berbuka beramai2 dan sebagainya, alangkah meriahnya. Cuma, mungkin bab solat teraweh di masjid tu belum dpt kotakan lg, tunggu Zayd besar sket. Tp x pe, sebelum2 ni pon buat kat rumah je, mcm x biasa. Yang penting, kena ikhlas dan istiqomah, kan?


Satu lg yg mengujakan, tahun ni Kakak Aisyah dah start faham psl posa. Pg td she had her first Sahur experience. Alhamdulillah dia dah aware psl ramadhan a few weeks ago, I think cikgu kat tadika dia selalu mention kot. Although fundamentals dia still kena betulkan lg, sbb so far dia duk ulang ckp, 'kalo x posa, x bole raya'. Which lari sket lah from konsep bersyukur, sharing, tidak membazir, bersederhana dan memahami perasaan berlapar dan dahaga, jihad dan sebagainya, tp kira OK lah utk budak2 buat masa ni ye dak. Aku nak terang panjang2 pon, tgh kena laryngitis nih skang, suara langsung xde, tinggal kuar angin serak2 je kalo aku push berckp jgk. Dah 5 hari dah mcm ni even td kena gi Pusat Kesihatan sekali lg minta ubat. Doakan aku cpt baik dan steady je posa ni ye. Dr ckp ubat dia minum air byk2, but what to do, time posa, kena la hold dulu. Dgn menyusu lg, td pg dpt 2 oz je (OMG!), tp malas nak panic. Harap2 la Zayd x reject EBM yg frozen tuh. Dia asyik demand yg freshly pumped je huhu. Oh, and Dr also pesan supaya jgn berckp LANGSUNG. Ok ini bagus posa2 ni especially nya, konfem bab mengumpat mengeji dan mencaci x dapat saham hehehe. 


OK si Aisyah ni masa kat UK aku x expose kan sgt psl Ramadhan, nak ajak join sahur lg la tidak sbb awal sgt (2.45 pg). Tu pasal dia teruja nak join kitaorg sahur tahun ni, and kebetulan mmg ada nasi lauk lebih, ajak je la dia join sama. Tapi bekal still bawak gi tadika dia. Just prektis sahur dulu. Ada jg parents yg push anak2 suh posa, and kalo diorg bole buat bagus lah. Tapi aku fikir, introduce slow2 lah. Rukun Islam yg kedua pon dia baru belajar amali nya, puasa tu will follow after, I believe. Yg penting, minat dan curiosity dah berputik tu, Alhamdulillah.


Ni dia Aisyah pg td. Makan nasik lauk telur lg. 


Adik Zayd pon x nak kalah. Org bgn, dia pon bgn. Org sahur nasi, dia demand susu hihi...
 



PS: Kalau ada tersalah kata terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni, harap maafkan ye. Sama2 kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dgn melipat gandakan amalan kita :)


 

2 comments:

Puteri Satu said...

selamat berpuasa oyis... dah beshar dah anak dara tuh....

Oyis said...

slmt berposa utk akak n family jg. A ah, dah 5 thn dah umur dia. Smgt nak posa, Alhamdulillah dia bgtau dpt half-day hikhik