Monday, September 5, 2011

Chronicles of Raya Aidilfitri 2011/1432H

Harap masih x terlambat nak ucap, 'Selamat Hari Raya' buat readers semua. Maaf zahir btn atas segala salah silap ye. Sakan jg beraya, sampai lama x update blog ni. Lagipon, dah agak dah, by mlm raya onwards, readers pon ramai yg dah x online, so dgn tuan2 blog ni skali terus x online jgk hehe.


This is my attempt to recall chronicles of Raya Aidilfitri 2011 tahun ni. Tahun ni, Azri, member satu opis yg tgh buat PhD di Switz dtg beraya di Plymouth bersama kitaorg. Lama jg dah x jumpa dia, last dia dtg Spring of 2009 dulu. Entry masa dia dtg first time tu bole dibaca di sini. Kitaorg start PhD lebih kurg tarikh yg sama btw. Oh, and kalo nmpk gmbr yg diamik tu cantik sket kualiti dan seni nya, tu aku cilok drpd kamera Azri, kalo yg so-so je quality hok aku la tu.


Ok, sbb lama x update, kita backtrack to a few days before raya lah ye. Senang sket.


Sabtu, 27 Ramadhan

Hubs jemput Azri di stesen keretapi Plymouth. Woh, dia sudah potong rambut style org balik Haji lah. Ingatkan masih berambut pjg ala rockers mcm itu hari hehe. Sempat lg mengirim bag idaman hati buat bag raya dkt Azri yg masuk Harrods on the way nak dtg Plymouth. Nak tggu aku gi sendiri, entah bile sbb jauh bebenor nak travel ko London tu. So tocheh2 aaa bro...


Malamnya, Shafie ajak jiran2 terdekat buka posa kat umah dia, so dgn Azri2 skali aku hangkut hehe... Sedap lauk nasik ayamnya, fuh... teringat2. Aisyah makan tambah 2 mangkuk, aku korg x sah tanya la kan hehe. Sbg buah tgn, aku sempat la goreng keledek dgn buat desert puding caramel. Tp budak2 ni lebih excited makan ice cream dlm cone, sporting betul menu ayah Irshad ni hehe..








Ahad, 28 Ramadhan

Mula2 ingatkan nak gi jalan2 bawa Azri ke beach, tp sbb posa, rasa mcm x patut plak, kang anorexic je pahala posa sbb tgk org berbikini serata alam kan. So kita pegi town aje la, cari last minute item utk berhari raya. Lg pon Azri x concerned sgt psl berjalan2, dia mmg dtg dgn niat nak amik feel beraya sbb di Lugano tempat dia x de Melayu. Lgpon, setakat tgk historical buildings, serata Europe dia dah jejak so x heran lg. Wokeh, so meh follow kami shopping raya di Plymouth hehe.


Btw anak dara aku sempat naik kapal terbang lg (yg ala2 funfair tu). Huih, berani dah la dia. Ingatkan x cukup ketinggian or keberanian. Risau betul kot2 naik kjp pastu meraung nak turun ke, naya plak. Rupanya dia macho aje naik sorg2! Oh, and bcoz shopping hari Ahad, kedai2 tutup awal so dlm 4.30 ptg dah balik umah. Org laki semua suke aje, sbb ada game bola penting pkl 5 ptg tu (eh ni yg Arsenal kena belasah 8-2 tu ke?). Aku masak nasi briyani ayam dgn kuah kari kambing siap goreng papadom bagai. Ada tetamu kan, hehe... sbnarnya 2,3 mlm sblm tu asyik masak maggie dgn pasta aje, mmg mood malas bertimpa2..






Mood raya pon x masyuk lg time ni. Mungkin sbb hujung2 tu posa aku dah rompong hehe... Sian Azri, dtg nak raya tp aku mcm x nak beraya plak. Tp ku gagahkan jua time2 diorg tgk bola tu buat kuih raya, buat Biskut Cornflakes bersalut coklah tp resepi coklat cam x betul je, terlalu byk coklat and cair, sudahnya x keras2. Apa daaaa... terus kalo divert buat cornflakes madu. Yg ni resepi turun temurun konfem x salah punya. Cuma sket sentap sbb ku sangkakan ada bekas cupcakes nya, rupanya yg ada dlm simpanan bkn yg comel2 tu, tp yg gedebak saiz muffin. Muffin pon muffin lah, kedai dah tutup....


Isnin, 29 Ramadhan

Masa rumah tgh sunyi sepi diulit mimpi (pagi) dan sblm bergerak ke mana, aku sempat la buat sejenis lg biskut raya - biskut oatmeal yg pakai minyak sapi. Baguslah, aku pon lebihan masak nasi briyani ada lg ghee nya tu, molek2... Sempat la siap sebekas sblm ahlul rumah bgn.


Mula ingat nak bawak Azri keluar jalan2 hari ni, tp masa ni Msia dah umum kat sana raya esoknya. Plak ada desas desus UK pon sama, raya Selasa. So amik kata sepakat, x pe lah, gi prepare bahan2 basah utk raya aje lah, x jd naik boat gi Cawsand Bay. Cuma sempat gi The Hoe je, atas Azri nya request. Rindu agaknya dia dgn tempat tu.





Bila dah gi The Hoe tu, sah2 la cik Aisyah ajak naik tren choo-choo dia. Bcoz it was a Bank Holiday di UK, mmg sesak giler ngan budak2. Nak naik tren pon queue dkt 10 minit. Ice cream pon habis! Terpaksa mencari van ice cream yg lain. Nah queue dia...





Balik umah, the guys and Aisyah melepet tido. Aku jd agak agitated and nervous. Kata hati aku kuat mengatakan esok raya, so mmg x leh nak tido dah, nak start bersilat kat dapur. Azri pon yakin jgk esok raya, dia kata, 'kalo langit mcm ni cerah kat The Hoe, mana mungkin x nampak anak bulan'. Mmg The Hoe (Plymouth Sound) kawasan tgk anak bulan pon. Even ptg sblm start Ramadhan hari tu pon kitaorg gi the Hoe jgk, dah jadi ala2 trend plak eh lps ni, asal nak tgk anak bulan, kita sama pegi sibuk2 dkt The Hoe hehe...


Dlm pkl 6 ptg mcm tu, terbaca status kawan2 kat FB, 'East London Mosque dah umum esok raya!!!'. Apa lg, terus la kelempung kelempang kat dapur dah. Time tu jgk rebus air panas dan rebus nasi himpit. Dan2 kacau kek batik sebekas ko, biar berseri sket meja raya aku nanti. Excited terlebih terus pi kejutkan org2 yg tido sekelian, suh bgn solat Asar dan get ready lah, last posa dah ni. Lps Maghrib leh bertakbir terus. Punya khusyuk prepare nak raya, terus order kebab je juadah berbuka. Mantap.


Lps berbuka, sambung masak lg. Kaum Adam sempat la bertakbir bbrp round, then sambung pasang kat iPad je kasi loop. Lps tu sambung plak ngan lagu2 raya, baru la feel betul2 dtg lps tu. X sangka anak dara I minat giler ngan Siti Nurhaliza, suruh play berkali2 lagu 'Sesuci... ' tu... Lagu lain dia x minat. Biar benar...



Siap masak semua dlm pkl 1.45 pagi.


Selasa, 1 Syawal
Alhamdulillah.

Masa Hubs and Azri kuar Solat Raya, aku siap2kan diri dan Aisyah di rumah. Pastu siap settingkan juadah plak, sbb lps solat Raya, jiran2 di lorong umah aku ni dah berpakat nak kumpul di sini dulu sblm sama2 berangkat ke open2 house lainnya.



Menu pg tu, aku buat Nasi Himpit, Kuah Lodeh, Rendang Daging, Sambal Udang, serta biskut raya dan kerepek pisang drpd Msia, and not forgetting kek batik aku. Shafie bawa semangkuk Pyrex besar nasi minyak berserta lauk, Bard plak bawak rendang ayam. Makan sama2. Tema famili aku kaler biru muda tahun ni. Aisyah aku pakaikan tudung, yg bagusnya, lekat plak dia pakai, x mintak cabut, sampai naik takut Irshad nak ajak main, dia x cam Aisyah kot bila pakai tudung.



Punya la payah nak amik gmbr potrait family di pagi raya sbb Aisyah sket bad mood.


Tp tgk Irshad pon 2x5, so x tau la pakatan apa budak2 ni di pagi raya ni. Kes x cukup tido kot :p


One for those in Cam*** Street. Hok ni je yg bole pakai.


Yg x bole pakai ada byk, spt ini, terjegil2 bijik mata aku:


One for the honoured guest, Azri in his baju raya. Tgk gmbr ni kitaorg bersetuju bahawasanya this PhD journey has cruelly aged us exponentially robbed us of our youth. Ye kami tidak kelihatan semuda 2 thn dulu lg huhu T_T


Lps solat Zohor, kami beramai2 attacked rumah Zafi pula. Ahli tetangga di Lorong Cempaka telah buat open house secara joint venture. Menu dia byk sgt, x berapa nak ingat, tp nasi himpit ada, rendang ada, kuah kacang ada, nasi minyak (or was it biryani?) ada, dalca ada, ayam goreng merah ada... huih, makan melaju x tgk kiri kanan, nasib sempat snapped gmbr:


Tell me yg korg x rasa meleleh2 air liur tgk kek seceria ini:


To be honest aku x sempat nak snapped byk sgt, sbb nak serbu mknan, plus nak mingle2 kan. Terima kasih tuan2 rumah for the gorgeous food!


Oh, sempat amik gmbr ramai2 kat luar. Ni je lah postgrad/working family  of Malay Msians yg ada (lebih kurg) di Plymouth.




Dari rumah Zafi, terus sambung gi umah Kak Mazni. Kali ni Kak Mazni masak nasi dagang, OMG jgn korg tanya la brp kali aku tambah kan, sbb aku ni berahi pulut, tp Hubs kalo raya dia lebih nak kan menu jawa, slalu aku ikut aje, tp bila dpt yg pure Klate nya menu, hah, habis ku bedal, mak mertua lalu pon x nampak ni gini gaya. Sedapppp sgt... lagi2 kalo lawan ngan satay ayam goreng Kak Mazni tu, alahai terkenang2. Nak buat malas, apa la nasib.. Thanks kak Mazni, hilang kejap rindu pada makanan Klate..




Balik umah dah dkt nak Maghrib. Lps solat semua KO. Oh moleknya perangai kami, tp ni sifat yg expected pada hari raya la kan hehe. Lps dah bgn tido, masing2 keruk perut cuba sedaya upaya menghabiskan juadah raya, kononnya x mau kasi basi la kan, x elok membazir. Lps dah mkn baru mata segar bugar dan kepala bole berfungsi semula. Hubs tiba2 ajak, 'Jom la buat open house esok'. Aku sket was2, kok tiba2 aje, apa bahan pon x de nih. Sempat ke. Mana nak bawak Azri pusing2 Plymouth lg. Aku tanya Azri, sama ada dia prefer nak gi jalan or nak kitaorg wat open house aje esoknya nih. Jawapan berlapik beliau adalah, 'Aku x kisah, tp aku dtg Plymouth nak raya.....'. Heh, faham sudah aku maksudmu wahai teman. Terus SMS semua org, ckp jemput la dtg esok. Masa SMS dihantar: 15 minit nak pkl 12 tgh mlm.... Ya ampuunnnnnnn!



Rabu, 2 Syawal

Sbb penat beraya, bgn pon x de la nak pg mana kan. Dlm pkl 9.30 pg, Hubs kuar beli ayam 2 ekor whole, konon nak wat ayam panggang. Bole plak ayam habis, tinggal 1 fresh tp x de kulit, 1 lg frozen. Xpe amik. Yg fresh x de kulit kulit kita disguise dgn breadcrumb byk2 ateh dia. Cuma mulut aku pot pet pot pet kepanikan, mana x nya, kok ayam nya ada seekor beku lg. Then Hubs gi market plak, nak beli ikan pari. Ni nak buat ikan pari masak ala asam pedas Portugis (x pakai belacan and halba, and kurg pedas). Then dia gi Sainsbury's beli sayur dan disposable cups and plates. Korg tahu pkl brp dia and Azri sampai rumah? 11.30 pg. Jemputan is at 1.30 ptg. Mana aku x jd mcm ayam hilang kepala. Nasib la sempat bakar ayam dan masak nasi tu awal2 (and syukur x jelantah). By the time org dtg tu masakan aku masih lg mereneh, tp dah bole hidang la. Biasa lah, spontaneous me. Mmg kerja giler, adrenaline sky high jgn ckp la, tp fun ooo. Baru la rasa raya. Btw, mmg aku buat nasi berlauk, sungguh x tema raya, tp in the end I think quite a lot of people said they appreciated it, sbb dah muak mkn menu raya yg bersantan2 sakan.






By dkt2 Asar, tggal family aku ngan jiran terdekat si Shafie sekeluarga aje. Budak2 ni berpesta sakan, menjerit2 dan melompat terlebih mkn kek agaknya. Cute plak tgk kekreatifan diorg memakai tempat sangkut langsir aku tu, di kepala. Diorg wat topi agaknya. Yg kelakarnya, pakat2 set diorg ni sebut, 'Christmas party'. Aiyooo... kekeliruan identiti nih... Oh btw, baju Aisyah ni lah yg dlm entry aku yg lps ckp ala2 Bollywood tu. Galak betul labuchi dia...








Mlm tu mkn lebih2an lauk yg masih byk lg tu. Siap habis dah basuh mangkuk2 besar yg buat hidang makanan2 td and kemas2 dapur apa semua dlm pukul 10.30 mlm. Tiba2 Hubs tanya, dgn penuh pengharapan, bole x kalo aku masak rendang sket mlm ni? Dia nak bwk gi tempat kerja dia esok.


Huih... naik terjojol bijik mata aku dgr. Baru lps marathon masak from sehari sblm raya, sambung sprint plak dah hari ke-2 raya sbb prepare open house on the 11th hour, brp lama aku berdiri non-stop tu korg kira lah... skali dapur dah bersih nak masak rendang lg? Nasib baik aku ni bini yg muslimah solehah, dlm penat2 tu aku layankan jgk. Altho aku dah x feel nak wat rendang2.0, so aku pon guna kuasa veto buat roti jala dgn kuah kari (ye, kari ni masak from scratch, bkn kata re-con reheat yg sedia ada). Wah tersenyum2 cik abe aku. Azri apatah lg.  Bila dia last mkn roti jala pon dia x ingat. Pucuk dicita ulam mendatang la katakan.


Maka malam tu menjala roti lah aku. Nasib baik menjadi lawa, kemas dan lembut. Bkn apa, ni first time aku buat after 2 years ago kot last buat? So siapa lg nak puji kalo bkn diri sendiri. Buktinya? Xde sapa amik gmbr. Laju berdesup hilang dimakan (tinggal yg nak bg org je la simpan sket, tp tu pon letih x termik dah gmbr nya). Ada chance buat lg dlm masa terdekat ni heheh, naik sheikh plak aku ni, over.

Serious, setiap raya yg berlalu, aku rasa aku makin menghampiri imej makcik2 overweight yg take charge of the kitchen malam2 raya or pada waktu2 kenduri. Masak tanpa mengira penat lelah. Steady je masak sampai the wee hours of morning. Selesai menjala and mengkari: 12.30 mlm.


Khamis, 3 Syawal

Hari ni x buat apa2. Xde sapa buat open house dah pon di Plymouth ni. Si Azri plak mmg dah kena berlepas balik hari ni. After dah mkn pagi bersarapan kan roti jala lg, maka kitaorg pon hntr beliau ke stesen keretapi. Sedey anak dara aku. Sepagi gak dia monyok after 'uncle' dah bertolak. Tiap2 kali dia dgr pintu terbukak aje, mesti dia akan tanya, 'Uncle?'. Mesti dia teringat uncle yg slalu kuar masuk pintu nak pegi berasap. Apapon Azri, terima kasih di atas kunjungan ko. Jgn serik dtg lg! Ni Aisyah terbaring mcm org putus cinta after hantar Azri pegi stesen keretapi.


After Azri dah belayar pergi tu, aku bantai tido dari pkl 1 - 4 ptg... Zzzzz....



Jumaat, 4 Syawal

Sebetulnya hari Jumaat ni x de apa2 event yg menarik pon. Aku dah start pegi lab, masa tu sibukkan diri dgn urusan mencukupkan dokumen visa extension. Balik umah tu kemas2, sebakul baju x dibasuh hah... Tp aku tulis jgk, sbb chronicle kan, mana leh main miss2 plak entry dia.


Sabtu, 5 Syawal

Hari ni Kak Rose and Dr Azli wat open house. So kitaorg pon ke Plymstock lah naik teksi. Aisyah mmg mabuk kereta, nyaris dah nak termuntah atas baju gaun dia yg Nek Mummy dia belikan mahal2 dari Lovely Lace kat Msia, tp Alhamdulillah x sempat.


Sesampai di rumah Kak Rose, wah mcm2 adooo... Nasi Impit, Rendang, Lodeh, Lemang (aku lom rasa until then, and semestinya happy giler, aku kan gila pulut), kari ayam, kuah kacang and Laksa. Yum2... Puas aku mkn. Aisyah plak senang aje raya2 ni, sbb dia mkn penggemar setia nasi himpit (square rice - actually, aku patut betulkan kpd cube rice, tp xpe, sbb dia 3 thn, kita fokus 2D dulu).Asal ada mmg dia mkn, x payah paksa2.




Lps dah mkn, Kak Rose bawak keluar bouncy castle, hah mmg seronot la budak2 nih. X padan dgn pakai baju gown tu, dia lah yg paling x mau kalah sekali melompat. Risau aku kot rabak jgk baju dia nih karang, tp syukurlah x. Jenuh aku nak kena explain kat Nek Mummy dia karang naper leh koyak kalo x huhu... Dah la mahal2 org belikan, tercungap2 org tu nak poskan kasi sampai ontime, mujurlah sampai dua hari sblm raya phewww...








Ahad, 6 Syawal

Hari ni Shafie sekeluarga plak buat open house. Hah, memandangkan diorg ni jiran terdekat aku, sungguh la aku x segan silu makan bertambah2 di rumah mereka ini. Byk plak tu diorg ni masak, sakan ooo - ada pulut kuning (ini aku terjah dulu, aku kan Ratu Pulut kalah org Siam), kuah kacang, nasi himpit, nasi minyak, ayam masak merah, kuah dalca, mee kuah udang besar2. Utk budak2 diorg gorengkan ayam and sosej suku.




SubhanAllah, mmg lupa dunia aku kjp. Dah la masakan diorg ni x de yg x sedap. Semuaaaaaaa kena dgn selera tekak aku - pedasnya, rasanya, lemak nya. Weih, kalo ingat2 balik ni mmg ngences gila2 dpn laptop ni. Bukti sedap, gmbr aku x de sbb terlalu lah fokus mkn. Lepak agak lama di rumah diorg, sbb hujan. Cheh... mcm la kuyup pon kalo balik, rumah betul2 sebelah pintu, ngada2 nak mkn byk la tu.



Aisyah kali ni pakai baju kurung hadiah drpd Aunty Sue. Cantik bunga dia, English cotton kot, lembut je. Ni aku susun 3 dara pingitan yg manis berbaju kurung pd hari tuh.


Ni plak anak daro dgn anak teruno. Gmbr hero-heroin kena la ada jgk, ye x. Sayang, posing sweet dah, x tau apa kes, jd red eye plus blur plak kamera aku time nih.


Dgn itu, tamat lah liputan hari raya aku di Plymouth thn 2011M/1432H ini. Seronok tu, mmg seronok, siap dah planning2 utk raya haji plak memasing smlm hik hik. Tp yg x seronot nya, dah kena kembali ke alam nyata balik, fokus balik kat study yg mana tergendala, haih. No more excuses huhu. Aisyah pon naik sekolah dah Isnin 5 Sept ni, officially dah start Autumn term.


Btw, puasa enam skang adalah not bad, kerana subuh skang pkl 5 pg, maghrib pkl 7.50 mlm, sila banding kan dgn awal Ramadhan tempohari, Subuh pkl 3 pg, Maghrib pkl 9.15 mlm. Cpt betul masa berlalu. Summer kian mengundurkan diri, memberi laluan kpd Autumn yg dalam diam menyusup malu. Sedar lah Oyis, masa dah xde ni! Fokus, fokus, fokus!





Dgn tertera semua ini, aku rasa kepala ringan sket nak study, kalo x rasa masih ada hutang something x selesai, and mood raya x de closure (yo lah tu, apa saja utk procrastinate! Busukk sungguh lah ko Oyis)..





10 comments:

Az Azrinudin Alidin said...

heh..

aku rindu kat roti jala..haha

tapi aku lagi rindu kat aisyah..ada gak org teman bila aku buat kerja

errr bukan teman tapi kacau..haha

gambar aku dengan aisyah tu aku cilok yer..nak tunjuk kat family aku

MRM said...

Such a lovely and ejoyable raya 'report'! Rasa macam ikut beraya kat sana plak :P Cooking skill awak memang dah power tu. Macam2 dah boleh masak, in a short time plak tu. Nanti balik boleh la menjala roti kat sini pula. Teringin nak rasa since Azri pun macam can't get enough of it jek, hehe.

yatie chomeyl said...

tu diooooooooo, rayo sakan jugop ore2 plymouth ni deh.

tp meme la bilo dh terpakso mace lo ni, tibo2 ado kuasa superwoman leh masok banyok2 mace mokcik2 di kampong hihihi

isabelle said...

mak aiii..meriahnye raya sana.

u pun ada cornflakes gergasi mcm yatie chomeyl ekk?hihi

oyis, tetiba i takut nnt beraya kat tempat org, i mls nak masak mcm2. err.camna ye?

Oyis said...

azri: cilok la, cilok. aku ni ha dah pakai byk gmbr drpd camera ko, tp dah mintak izin eh hari tu, and bubuh disclaimer dah siap2. x pe ke?

MRM: hehe, mmg report pon, sbb family mmg berkobar nak tgk/dgr cerita, sbb raya hari tu agak hectic dan kalut x sempat nak chat dgn diorg. roti jala tu insya Allah, bole aje buat. Nak kata pandai masak tu x la, tp masih giat belajar hehe.. bkn apa, masa kat msia kita kan mmg pemalas x buat apa, sbb beraya asyik kat klate, so sokmo lah jd tetamu aje di rumah sedara2,x pandai nak masuk dapur diorg. kalo balik muar lps kawen pon sama, habis kuat potong sayur potong bawang je, sbb konon x reti masak masakan jawa ni. skang terpaksa la reti kan diri jgk, if not mmg melopong je lah tgk gmbr2 food kat internet waaa....!

yatie: ho lah, kohor tuo beraso weih. doh la kito hok meme pesen x wat gesatu nak dkt raya, mari tmpt ore keno la belaja wat serba serbi sendiri. jgn balik msia jd malas hangit semula sudah la dih, hok molek2 rajin doh ni. hehe..

isabelle: mesti u akan jd rajin punya.... sbb nya, kalo x rajin, nnt rumah u sorg x de mknan raya huhu, kesian kat anak & laki. org bujang pon jd super-rajin super-terror masak utau, bole buat rendang apa semua kalah org family kdg tu, penangan duk jauh. sbnarnya, memasak ni therapy, utk ubat rindu and create feel yg akan2 sama mcm kat msia... tanda rindu la sbnarnya tu... :)

Anis Rosli said...

aiyokkk tabik spring la noris..kalah doh kak anis..kak anis pun tak reti nak menjala bagai..apa ntah lagi nak buat nasi beriani ..nasi impit....nasi tersepit tahu la hehe...aii nok keno belajar dengan noris nih...kak anis tok reti la nok masok utk ramai2...runsing ni kalau kwn abe syed suh buat open house...huwaaaaa

iezma said...

caiyok aa noris...raya sakan gitu... tp xpe.. bukan selalu.. Alhamdulillah kite pon raya sakan tahun nie.. makan x ingat... hari isnin terus pose sebab seremmm mengenangkan ape yg dimakan.. tp lepas bace entry awak terus berkobar semangat nk g open house weekend nih nk mkn byk2 lg!!! hehehehe

3yearshousewife said...

Oyis, K.As enjoyed your raya chronicles. best.

Oyis said...

k anis: noris buat bole, tp rasa tu x tau la kan. k anis kena rasa dulu la baru bole berguru, kot x sedap ke sia2 aje hehe... alah, buat huduh2 bole la kak anis, think postive hehe!

iezma: bestnya open house tiap mggu sampai abis syawal... sini kan, habis aje ahad lps, dah x de open house lg. mmg chroniles raya kita dah tamat la huhu

K As: thanks. saya baca K As punya raya prep hari tu pon best jg, siap mengecat rumah, basuk beranda (budak2) dan buat biskut hoho.. mmg feel kan..

Mama Zharfan said...

heheh panjangnya entry ni :)
nampak meriah nya raya even jauh dari Msia :) :)