Tuesday, July 21, 2009

Update Sket


Smlm hari pertama masuk opis setelah lama bercuti. Makanya, meragam la cik Aisyah, sbb dah lebih 2 minggu Ibu asyik bertempek ngan dia aje. Sejam dia nangis x makan dipujuk, lapor Hubs smlm. It's either that, atau dia nak tumbuh gigi baru. Mmg ada pon gigi baru yg tgh nak kluar tu, dah nmpk pon di balik gusi.

I don't blame her. Aku yg di opis pon, lemau semacam aje. Dah la weather mendung dan hujan kejap gerimis, kejap lebat (tolong la bawak payung kalao kluar, jgn wat bijak mcm aku agak2 hujan dah nak stop kot, jalan x sampai 5 minit terus melebat huhu). Smlm spent most of the day tgk balik script, figured balik kat mana aku stop, why aku stop like that, and what I was going to do next at the time masa aku stop tuh. Fuh... ni belom aku cuti 3,4 bulan balik Msia lagi. baru 2 mggu x masuk opis, (tu pon masuk gak kejap2, bkn la tggal terus), dah terus blank. Makan masa wooo nak get the ball rolling balik.

Tp Alhamdulillah dah okay kot. Cuma diri ini still dalam mode kemalasan. Udah la weather begini, sedap tido, alamatnya bgn pon dah lambat heh. So lg laaaa.... Ptg ni kononnya dah book pilates, so tgk la camne. Nak cergas, lean n fit semula la, despite the weather. I hope it doesn't stay like this sampai winter. I hope the sun will be out again next week and summer stays for a couple more months!

Last week ada group meeting on Friday. Maka kena la brief sket psl progress. Rasa cam dah ok, but I still bengang with myself yg x pandai nak explain kat org what my project is all about. Terpaksa plak my SV butt in here and there utk further explain it to others. Mcm mana nak bercakap dgn baik ye? Dari Master sampai skang, asyik la SV kena tolong... Any tips?

Berbalik psl Aisyah. Lama x update psl dia. But so far dia dah pandai menunjuk, mengangguk bila ditanya soalan dan jawapan dia ialah Nak atau Ye, as in, 'Aisyah nak makan?' or 'Aisyah nak susu tak?' or ' Aisyah tunggu kejap ye?'. Aku rasa dia paham dah apa yg dikata, bkn setakat angguk semata. Plus kalao kita ckp, 'Aisyah ambil buku', (tanpa tunjuk atau tgk dkt buku), dia akan pergi ambik la buku bacaan dia. Paham la tu kan.

Apa lg? Sebutan 'Ayah', 'Ibu', semua dah bole. Pastu rajin mengomel. Dia suka bercerita, mcm Ibu dia jg la. Sweet je dgr hehe. Tp makna x tau apa la.

Berjalan? Dah pro. Berlari pun dah. Alhamdulillah. Kalo ikut mak aku, aku mula berjalan 13 months. Serupa bila tanya mak mertua aku, Hubs berjalan at 13 or 14 months. Aisyah plak 12 months. Ok la tu. She beat her parents to it. Tp tu pon asalnya nmpk mcm segan2 sket. But as parents, aku rasa, x yah force2. When it's time, it's time. Dah pandai berjalan ni siap aku terasa nak beli baby gate plak, nak letak kat dapur, sbb dia asyk nak masuk dapur. Bahaya la, time aku masak kang merecik minyak panas ke. Tu x masuk time dia mengemas lg. Asyik nak buka kabinet n amik pinggan mangkuk, tupperware.

Aku ingat la kan, dia dah ada memory jg la. Sbb bila bukak gmbr parents aku (kat laptop), dia dah kenal, dia kata, 'Eh!' sambil tunjuk2 kat skrin. Pastu tu sebut 'Aya ya ya ya...' (dia panggil Tok Ayah dia pon Ayah jugak, sbb Tok Ayah pnjg sgt kot). Kalo video conferencing pon skang dah ingat n dah lebih interaktif la, sbb dia kenal dah. Harap2 nya dia stay mcm tu.

Itu aje la update terkini. Patut nya hari ni nak gi timbang dia, tp malas la pulok ujan2 begini. Minggu dpn or bulan dpn ajo la. Dah setahun ni, x kronik mcm dulu, every 4 weeks kena gi timbang. Skang kalo gi timbang pon dah x yah tggal baju, yay!


1 comment:

isabelle said...

gila ganaz....
exercise x hengatttt!

i wish i were like u.