My three-day weekend was a busy one.
Hari Sabtu tu, Hubs minta tolong bebudak Kolej 14 yg dia kenal utk tolong cuci umah baru kitaorg, di samping mengupah 2 org cleaner kat opis dia utk tolong sama. Who knew umah standard cam tuh mkn masa dekat sehari nak cuci dari tingkat atas sampai bawah? Aku terasa gak diri ni useless sbb x wat apa2, tp apa bole wat. Duduk tercongok je la aku. Kejap tu balik. Ptg dtg lg bwk minuman ptg. Alhamdulillah, by pkl 4 ptg tu siap la semuanya. Puas la hati sbb umah tu kiranya dah bole diduduki.
Hari Ahad nye plak, aku ke rumah mak sedara aku kat area2 Damansara sana. Ingatkan x nak pergi, tp mengenangkan dia beriya2 ajak, aku tawakkal aje la. Bkn apa, takut apa2 dlm perjalanan. Aku yg x slalu travel ni, Damansara tu pon dah rasa jauh. Nak2 x de hospital govt dekat2 area tu, takut gak aku. Anyway, syukur la x de apa2 yg x best berlaku.
Sehari la jugak aku melepek kat kat sana. Pergi ngan adik aku (Abe) dan mak aku. Hubs pegi opis siapkan keja n also katanya nak cari brg kat Jusco. Suka ati dia la... kesian jugak kat dia, sbb aku tahu dia sbnarnya nak sgt bwk aku, tp aku lak yg x leh berjln jauh2 walau dlm supermarket. Kalo berjln ngan aku pon boring, sbb mcm jln dgn kura2. Slow. So biarlah dia enjoy sket freedom dia.
Actually, mak sedara aku ni terror jahit menjahit, and dia offer nak jahitkan aku kain langsir utk naik umah baru tu. So plan yg asalnya utk drop aje kain tu kat sana dah jadi stay sampai dia siapkan. Aku x kisah, bkn umah sapa, sedara jugak. Plak bagus la mak aku ada chance stay lama2 sket dgn kakak dia, gilir2 jahit langsir utk umah aku heheh. Aku ni manjang la tgk aje, sbb mmg fail la bab2 jahit menjahit ni. X de seni langsung. Nak sentuh mesin jahit pon x tahu, setakat tekan ON bole le...
Dalam pkl 7.45 ptg lps Maghrib tu kitaorg bertolak la pulang. Ada beberapa helai lg yg x siap, tp x pe la, tu utk langsir tingkap atas. At least yg sliding door tu dah siap la kain tebal n kain lace dia. Cantik (kata aku le). Kitaorg balik dgn agak terkejar2 sbb Hubs bersemangat nak bwk aku gi kedai perabot yg dia usha2 tadi. Katanya, ada offer best, tp last promotion until 10 p.m. mlm tu jugak. Apa lagi, pecut la Abe bwk keta.
Kitaorg sempat la sampai kedai yg dimaksudkan itu pd jam 9.15. Tgk punya tgk, runding punya runding, last2 jadi la akad jual beli kitorg pada jam 10.05 pm. Kira dah last customer dah ni yg dpt offer tu. Syok la jugak. Mula2 aku keberatan gak nak beli perabot2 ni, bkn apa, kan ke plannya nak gi luar negara x lama lg? X nak la membazir. Tp Hubs dah beriya tu aku ikutkan aje, sbb pikirkan balik, what the Hell is wrong with me? Pasangan lain bergaduh sbb bini nak beli perabot, laki x nak belikan. Aku ni, x kan la nak gaduh psl laki nak beli perabot2 baru dari duit poket dia sendiri, sikit pon x usik duit aku, aku plak tolak? Kan ke crazy namanya tu. Hehe... Untungnya aku...
Esok nya plak, aku, Hubs ngan mak aku gi umah baru kitaorg, psg langsir. Sedikit demi sedikit dah ter'transform' la umah kitaorg, resembling umah org yg dah bole diduduki la, walau perabot x masuk lg. Syukur sgt... Again aku melepet aje jd penonton setia sbb x bole wat keja apa. Tambah2 sejak dari Subuh tu aku asyik la dok buang air besar. Siap berenti tgh jln lg cari tandas awam on the way nak ke umah baru tu sbb x tahan. Tp semangat punya psl, aku cekalkan hati. Nasib baik umah baru tu dah bersihkan toilet2 dia semua, selesa la aku mengqadha hajat. Tp selesa x selesa pon, kalo dah masuk 6 kali membuang tu, lembik jugak aku jdnya. Alhamdulillah la lps kali ke-6 tu, dah x de rasa sakit perut lg n x de la sampai perlu ke klinik.
Ptg tu sempat lg nyinggah ke kedai perabot murah2 ni, beli la sket lg brg2. Aku dah tahap x de tenaga dah ni, so tunggu aje dlm keta. Penat woo.. tp respek la kat Hubs. Dah la dia masih larat pilih memilih, bila org kedai tu ckp nak hntr mlm tu juga, dia sanggup patah balik gi umah baru kitaorg nak tggu furniture, tu pun lps hntr aku balik umah mak aku. Fuh... respek... respek... ni yg wat aku sayang kat Hubs ni...
Gitu la alkisahnya how I spent my 3-day weekend tempohari. Byk keja yg di'settle'kan, tp byk aku terhutang tenaga kerja manusia lain spt Hubs, Mak aku, Mak Sedara aku, Abe, bebudak kolej, to name a few. Aku dah x terbalas rasanya jasa kalian, moga Allah sahaja la yg membalasnya dgn kebaikan yg berganda2 lg... Amin.
No comments:
Post a Comment