Td kena gi check up kat HPAN. Mcm 2 minggu lps, kitaorg bertolak turun dekat2 pkl 2 ptg. Malangnya, kali ni aku teringgal buku rekod kesihatan aku dalam keta Hubs yg tgh berkursus kat Residence Hotel, so terpaksa la wat detour ke sana. Then gi mkn plak. Kat Secret Recipe plak tu, sbb aku berselera besar n terasa nak mkn Tom Yum Koong. Why aaa... rasa dia dah x sepedas / sesedap dulu? Ke aku punya pregnancy palate yg dah altered?
By the time sampai HPAN tu, dah pon pkl 3.35 pm. Wah.. dapat no 15 aku, lambat giler tu. X pe la, dah nasib. Kesian kat Mak aku la yg tepaksa menunggu lama, tp dia mmg nak ikut. Mungkin dia lebih puas ati kalo dpt berinteraksi sendiri ngan doktor drpd dgr ckp aku je. Plus dia kesian tu kalo aku tunggu sorg, Hubs mmg x leh ikut la sbb kursus dia tuh.
Seperti biasa, ambik sampel urine. X de masalah. Timbangan berat, 75.2 kg. Expected la tu in the span of 2 weeks. Bab BP ni agak mencemaskan sket, sbb 134/91. Haish... borderline tinggi tuh. Tp x plak dia repeat BP tu. Hmmm... harap2 la anomaly je tuh... sbb aku tensen menunggu. X pon sbb aku tgh berdebar2 mencari kekuatan utk menegur seseorg dlm klinik tu yg nmpk iras2 muka member aku masa blaja dulu.
OK la, lps dpt galakan dari mak aku, aku pon approach la kawan ni. Mmg sah kawan aku. Berborak2 la kitaorg buat seketika lamanya juga. Catching up with stories masing2. Best gitu.
Dekat 5.30 ptg tu baru la giliran aku masuk. Alhamdulillah, berita yg disampaikan Dr selepas dia scan aku tuh mmg best. Placenta aku yg dulunya di bwh, dah migrated up north hingga tahap x kelihatan dah dekat2 pintu exit tuh. Suka nya aku, Allah sahaja la yg tahu. Cuma concern nya skang adalah air ketuban yg masih lg quite byk n the slightly high BP. Pulok doh... bilo maso BP ni tiba2 jd risk ntah...
Tapi the 2 hour wait tu mmg berbaloi la, sbb masa scan tu baby mmg berpaling ngadap kitaorg. So I got to see my baby face-to-face la kiranya. Maha Suci Allah sungguh... Manjanya dia, siap buat jelir2 lidah lg. Dr pon perasan, Dr suh tgk, katanya, baby tgh minum air ketuban la tu. Baby siap buat aksi tu 3,4 kali lak tu. Geram aku... rasa mcm x sabar nak jumpa baby, tp mesti kena sabar sbb baru 34 weeks. Berat baby dah 2.7 kg. Dr still suspect aku akan give birth awal, at most 38 weeks. X pe la, asal selamat n sihat sudah la.
So the day ended with a really high note. Mlm nya tu mak aku tepon K Nah bgtau berita best ni. Dia pon bkn main happy lg utk aku. Alhamdulillah, ya Allah... at this late in the pregnancy masih ada waktu utk placenta tu Engkau dinaikkan ke atas.... Moga2 engkau jauhkan komplikasi2 lain spjg baki kehamilan ini... Amin
No comments:
Post a Comment