Thursday, September 22, 2011

Were You In the Queue?

Aku suka beginning of term mcm skang. Rasa refresh gitu, and smgt nak buat keja. Tgk budak2 undergrad yg baru masuk, fuhhh rasa mcm happening sakan UoP ni, berbanding spjg musim summer yg ala2 ghost town gitu. Tapikan, bila dah ramai2 ni, ada jg aku rasa tensi, spt hari ni.


UK ni negara yg mmg sgt polite org nya. Ramai org ingat org putih x pandai ckp berlapik or berbunga2, tp the more aku duduk negara org ni, the more aku rasa UK ni lebih berbunga. Kalo compare ngan negara2 EU la, at least. Org EU lain aku tgk mmg curt and straight to the point yg bole membunuh statement or pertanyaan dia. Org British ni suka beat around the bush jg, cuma kalo salah org dia mmg tegas and x teragak2 akan comment, ni opinion aku la.


Diorg ni, even anak2 muda yg berckp disulami f*ck sana, f*ck sini pon reti nak hormat kalo ada budak2 kecik keliling, diorg akan bg lalu dulu. Begitu jg pemandu kenderaan, rata2 bg pedestrian mcm aku the right of way. Mmg lesen besar lah org2 yg pejalan kaki semata ni. Nak2 aku ada stroller, haih lesen besar terus upgrade naik jd lesen agung. Kalo naik lift disuruh naik dulu, kalo nak masuk mana2 bangunan, dibukakan pintu nya bg aku lalu dulu, even kalo naik bus yg penuh warga emas pon, kdg2 yg tua terketar2 ni punya la gentleman, bgn, suruh aku amik seat dia. Ckp apa2 pon mesti disudahi dgn please, i.e. Yes, please, or No, thank you. Rakyat dia pernah kena label sbg suatu bangsa yg suka queue. Queue toilet, queue supermarket, apa saja yg bole queue dia queue.


So bila tiba2 dtg ramai2 student international yg baru2... adeh... teruji kesabaran kjp. Nak2 yg jenis x reti queue ni kan. Td masa gi scanned passport (tiap2 thn kena scan at the start of new term), bole ada rakyat satu negara ni berbondong2 attack meja scan tu sekaligus. Pening pegawai tu. Dah la tu, dtg kwn2 senegara dia yg lambat, terus main join group tu je, x peduli la org lain yg beratur dkt 5 meter pjg nya dah ni. Ammarah #1


Tgh2 turn aku deal dgn pegawai tu, molek aje salah sorg rakyat negara yg sama tu tumpang duduk kat seat kosong sebelah aku, ckp original passport dia x bwk, fotostat punya ada, bole ke? Nasib pegawai tu x appreciate jgk tingkah laku yg begitu, terus kena sound, “I am with a client now. Please get to the back of the line”. Haih... Ammarah #2


Sempat mencelah gi Sainsbury's kjp beli sayur. Masa ni agak ramai org, so aku pilih utk self-service je la. Biasanya self-service cpt sket. Lg pon 2 item je kat tgn aku. Org kalo trolley penuh akan pegi kaunter checkout yg ada conveyor belt tu. Tgk2 kaunter self-service pon penuh. Salah satu sbb lmbt ialah student2 (aku assume student baru) drpd negara yg sama td bawak trolley sepenuh2nya, nak byr dkt self-service nya kaunter. Fine, mmg la dia x ckp basket only, tp agak2 la kalo trolley ko tu dah melimpah ruah, mcm mana ko nak bungkus brg2 ko tu kalo dah tempat cinonet khas utk express checkout only tu... Ammarah#3


Tp fine la, dia x buat silap pon. Aku rasa budak2 tu share satu rumah kot, sbb beli keperluan rumah sampai satu trolley. Plus ada 3 org lg kwn2 dia ikut sekaki, share satu trolley. Yg bikin panas, menyedari kelembapan kawan dia ni self-checkout (kata la dkt Kaunter A), 2 org lg yg bajet bijak bestari la nih nak jimatkan masa, jd dayang2 penyibuk dan pegi ambik basket kosong. Pastu di off loadkan brg2 dari trolley yg penuh td, masuk sbhgian nya ke dalam 2 ketul basket baru tu. Elok aje kaunter sebelahnya kosong (kata la Kaunter B), dgn moleknya diaorg ni mencelah masuk guna kaunter tu plak. Ewahhhhh.... patutnya next person in the queue la yg punya turn. Ko dah start bakul baru, pegi la beratur kat blkg sana semula or else duduk aje lah tggu kawan ko siap kat kaunter A tuh. Ammarah #4


So duduk la 2 org ini dgn bakul2 mereka meng-checkout di Kaunter B tu tanpa rasa bersalah langsung. Tiba2 kaunter satu lg jd kosong (kaunter C), bole salah satu drpd 2 bakul td tu nak berpecah and nak conquer??? Memandangkan ni dah turn aku in queue, dgn sepantas kilat kalah Ultraman aku potong, and aku sound, “Were you in the queue?”. Terus aku sinsing lengan baju, buat dunno and byr aje 2 ketul item aku. Sorry la babe, dah la ko tu main potong2 queue, brg sebeban plak tu, berjanggut aku nak tggu ko siap. Dgn org British bole la ko pijak2kan kepala and nak bwk perangai kampung ko tu. Dgn aku? Meh aku tunjuk skill kampung aku skali... hebakk x hebakkk.... hehehe...


Tu je... Nak lps geram. Ntah kenapa ammarah berlebihan plak hari ni. Tp dlm seminggu dua lg, aku yakin, budak2 negara mana pon, akan jg se-polite British jgk, beli dah reti gaya bahasa dan tatacara kehidupan org sini. Cuma x pasti balik nnt dpt kekal ke x. Kalo kes mcm ni dah ammarah 4 kali dalam satu hari, balik Msia aku x tahu la, dgn driving lg. Mau botak rambut aku kes kena tarik everytime sakit hati. Silap2 aku pon sama je besok, x pandai nak queue, nak wat camno, if you can't beat them, join them huhuh... Tp hrp2 tidaklah..


2 comments:

Lia Sakinah said...

hahahaha...ketawa sy baca keamarahan Noris...x dpt bygkan noris bt gaya sinsing lengan bagai. Klu ada org boleh amik gmbr noris time tu kan bagus...
Sy now ni tgh memfasihkan lidah utk lebih ringan sebut word mcm 'cool', 'lovely', 'excellent' etc in response to other people's action. Sbb duk perasaan klu sy respons ape pun kt org2 kiwi ni, diorg mesti akan show appreciation through that kind of comforting words. Terasa bersalah bila x bt yg sama bile turn diorg respons s'thing kt kita. Selama ni duk igt org melayu la paling berbudi bahasa klu teringat iklan pelancongan Malaysia...hehe.. tpi rasanya mcm diorg ni lebih jauh berbudi bahasa in term of appreciating other people's effort etc.

Oyis said...

lia: mmg, diorg kalo memuji nombor satu, sampai naik malu kita hehe. tu la, kalo tgk iklan pelancongan msia, mmg habis sopan santun. tp tgk driver2 kat jln raya, huh... x de maknanya..