Friday, July 31, 2009

I Am High...

... sbb baru lps discussion ngan SV.

CAUTION:
Entry ini adalah long-winded and byk tulis psl my (two cents) psl my research. I am writing in nerd mode. Read at your own risk of boredom. Excessive yawning is expected. If you start to suffer dizziness, nausea or strong desire to vomit, please leave this site immediately and look for a sick bag.

Alhmadulillah, puas hati la. Dia puas ati, aku pon puas ati. This time mmg aku bersungguh2 sakan la buat, sbb last time masa nak tunjuk coding tu, bole ter-hang somewhere and kelam kelibut nak betulkan, tp x jumpa kat mana puncanya. Malu I... This time, mmg run berkali2 agar x de masalah, pastu tulis bullet points byk giler bahan yg nak diskas ngan dia, sbb kalo x asyik lupa jek trail of thoughts, slalu terberenti tgh2 bercakap, nampak mcm org miong.

Alhamdulillah, usaha itu membuahkan kejayaan. Selepas bertungkus lumus getting my hands dirty dlm (basic) coding, and baca thesis Gimenes from cover to cover, tiba2 nmpk cahaya. Dah berkali2 baca thesis dia nih, tp x masuk2 gak. Frust dah sampai. Dgn izin Allah, this time masuk jg dlm kepala. Suddenly all the musical terms, the computational approaches, the neuropsychobiological analogies, the sociocultural links tu, are making sense. Betul nasihat Dr Ramlan masa sesi Mentor-Tutor (ke sesi apa yek?), kdg satu2 benda tu kena baca berulang2 kali, visit, re-visit, re-visit x 100, baru la paham. Tu la namanya PhD.

Now I kinda dpt ilham on what to do next, what to improve, and vaguely how to do it. At least target utk Transfer Report nanti la. Btw, di Plymouth U, semua PhD student kena present and submit technical report after one year. Kalo x mengancam, silap2 dikurniakan MPhil sahaja lah, sodoqollahul azim ... So dari awal kena struggle, x bole la layan 1st year mcm honeymoon year (not that anyone should, pon). But not all uni kat UK mcm ni. Sesetengah je. Byk yg terus dari awal offer PhD program. So sapa2 yg bakal meng'apply', sila check dulu la ngan Graduate School university tu, terus start PhD program ke, start off with MPhil and later convert to PhD.

In short, what I presented today: coding and demo yg berjaya include reading music files, audio file conversion, trimming, segmentation, extraction, obtaining mean pitch, tabulation of style matrix and a simple concatenation. (Kudos tu Mat Sake yg continually bg suggestion and guidance in coding, kalo x, me like groping in the dark sahaja). Then I got stuck as to which way nak start concatenation? But towards the end, dah dpt jawapan dari my SV. So my target now until the next meeting are to:

1. to normalize the pitch value according to western tonal scales.

2. to assign weight to each segments

3. to code so that the weight is updated after every 'cycle'

4. to do a comparison between random concatenation and 'intelligent' concatenation that I am aiming

Also, he suggested that I start writing my technical report dah la pelan2. Hehehe.. Shue, you are right la. Aku x sempat tanya lg soalan tu, dia dah sendiri habaq. But nice to know kami pikiaq benda sama naaa.... Ada relationship SV-Student yg kuat gitu, chewah... eventho jumpa sebulan skali je... Lain2 kali yg jumpa bkn utk discussion tu, kalo terserempak, aku malu2 kambing. Sengih2 jo mcm kerang busuk, tp x berborak (sbb takut appear stupid hehe :P).

As I said, meeting nya x lebih sejam, sebulan skali je tuh, tp mcm mana plak bole rasa sgt2 berkesan and membuka pintu of endless possibilities? Pelik tul. Dah la most of the talking aku je buat. Dia hangguk2 approvingly or reject je idea kalo kureng tepat, dan bg dlm seayat dua je feedback, tp mmg kena la. Mungkin kah aku sudah mencapai tahap bole buat independent study? Kalo ye, Alhamdulillah. Berkat doa ibu bapa dan kluarga di kejauhan pon ni. Sbb nya masih lg ingt, masa buat Master tu mmg dependent habis. Sket2 konfius, sket2 hang kepala otak. Pastu kena marah berbakul2 (x kisah, sbb mmg perlu kena hampuk pon). Main2 je wat keja. Took long lunches la, extra long lunches la (ahem *bowling* ahem). Mana geng bowling aku ni yek? hehehe... all pon scattered all over the place dah Geng Black Tutor nih hehe. Malu bila dipikir2 kan balik, but ianya kenangan manis. Sejarah... mengajar kita... menjadi... lebih dewasa .. (nyanyi, jgn x nyanyi, lagu Khadijah Ibrahim tu - evergreen tu lagu nih). But indeed, kepayahan buat Master by research (lama wooo... nak siap) tu la yg sedikit sbyk membantu supaya tidak terbuat lg kesilapan2 lalu.....

Ok la.
Nerd mode end.



Sbb anda dah stay dgn saya sampai la ke hujung rancanagn ni, saya jamu anda dgn pics di bawah (random ye...)


Have a nice weekend all....




Aisyah Grocery Shopping kat Sainsbury's.


Xde anak omputih diri dlm trolley mcm ni. Smeua yg lain skema duduk diam2. Dia aje nak berdiri dlm trolley.


Aisyah dgn laptopnya




Aisyah ikat rambut gaya sepohon pokok kelapak




Aisyah buat kelakar.

Ni Hubs tgh tido yg sungguh2, sampai x sedar Aisyah senyap2 pegi letak kotak atas bantal yg menutup muka beliau. Aku pon x perasan sbnarnya, sbb aku sibuk tgk TV (membelakangkan Hubs). Pusing2, tergelak besar aku tgk 'aktiviti' Aisyah!


Thursday, July 30, 2009

Uncluttered My Mess. I Mean, Desk. Desk.


Do you like my spanking clean and organized desk? Hehehe... amik masa sket hari ni de-clutter meja nan semak. Buang kertas2 yg x patut, paper2 yg konon nak baca tp rupa2nya x berkenaan tp simpan buat pekasam, de-attached myself dgn kertas2 contengan matematik, yg sbnarnya mcm sayang nak buang sbb takut2 one day nak rujuk balik my calculation (padahal dah copy dah pon ke dalam notebook). Apa lah.. I am such a hoarder...

And man, it feels so great. Benar la kata org (ke Feng Shui?), an uncluttered desk unclutters the mind. Jgn sampai jadi meja kosong, otak pon kosong, udah le. My falsafah dulu, meja yg bersepah, tanda tuannya tekun buat kerja. Heh. Malas ckp je malas :P Harap2nya kekal la tahap kekemasan ini.

Lebih menambahkan rasa produktif ini adalah sbb dlm mggu ini, telah berjaya buat kerja lps Subuh x tido. Dan benar lah juga, bgn pagi2 wat kerja byk barakahnya. Murah rezeki. Tp terkadang x buat jg. But the three hours plus buat pg2 lps Subuh tu rasa mcm produktif, efektif and aku pon jd kreatif, inovatif blah blah... So Ayah, if you are reading this, jgn rasa risau lg. The 'holiday effect' masa Ayah n Umi dtg dulu sudah disappear, and rasanya study dah masuk gear 5 balik. Alhamdulillah.....

Rahsia dah adjust balik ke gear 5 tu? SV nak jumpa ujung minggu ni. Pemangkin tu, jgn main2... okay back to work ;P

oh oh jap... On the topic of Feng Shui, Buddha bagai... my lab mate hari ni pki baju-T yg best ayat dia. Tertulis besar di dadanya,



"I HAVE A BODY OF A GOD"




Tergezut guek baca, sbb dia ni alim kristian. X mungkin dia cabar Tuhan dia. Nak kata dia guna ayat tu claim body dia hot, hmm.. dia boroi dan dia sedar dia boroi sbb slalu melawak psl keboroian nya.

Rupanya tertulis penuh cinonet di perut baju beliau adalah,


"Unfortunately it's Buddha".


Hah. Kelakar!

Oh dah mention God2 ni plak, aku tgh baca2 and experimenting psl Artificial Intelligence ni ter'bumped' across a (fun) tool, called 'iGod'. Catchphrase dia, 'Where repenting made easy'. Chewah. Ada jugak org wat benda main2 camni ek? Kalo nak cuba test AI skill dia, go ahead. Jgn sampai terlupa yg Esa udah le!


Walk the Walk, Talk the Talk

Waahhh,... my Baby so big oredi. She can now not only walk the walk (tgk la gaya excited dia berjalan bila perasan Ibu tgh shoot aksi dia), malahan dgn gigih nya memanjat sofa in an attempt to sambar/tgk kamera (dia suka playback video atau gmbr2 dlm kamera). Also, sempat juga rakam words yg kluar dari mouth dia. Susah tu nak capture. Sbb biasa la, budak2 ni, kalo nak rakam video or suruh ckp kat fon dgn org Msia, sonyap jeekkk. Kalo x, menceceh2 (not that I minded. Penghibur suasana #1).

Anyway, kamera busuk aku ni x rakam suara Aisyah dgn kuat. But in translation (and all honesty), first few words tu dia said, "Bu.. bu..bu" (usually dia bole sebut Ibu dgn lebih clear, but this time mcm mumbling plak). Then x tau nape dia sebut "mama.. mama...". Lps tu I said, "mana ayah? mana ayah?" to which she followed and said, "ayah.. " (ayah dia kat dapur, basuh pinggan. I am freaking lucky, I know, sayang Hubs).

Then I said bye bye, and as if on cue, dia memberikan lambaian Queen's Mother nya for all to see. Wokeh. Tu saja hari ni. Kalo x dgr perkataan2 tu, tanda nya anda dot dot dot... hehe acah je. You just gotta trust me la. Sometimes only a mother understand apa anak dia babble kan. Org lain dgr gibberish je kot hehhe. X pe, asal komunikasi tu berkesan dgn those yg terlibat, makanya successful. I am so proud of my Baby oredi!

video



Tuesday, July 28, 2009

Nursing Poncho ku...

Ha... segar dan wangi rasanya...

Baru balik aerobik. Pergh... berpeluh2 mcm bole perah baju aku. Bkn apa, slalunya free hair je aerobik, hari ni ada plak mamat sesat. Huh... sbb kan dia seorg, makanya bertudung and berlengan panjang la aku. Tp tetap best. Hikmahnya, lebih membakar lemak sbb panas. Instructor tu plak yg takut aku overheat. Biasa la omputih ni. X tau kita di hari sukan masa sekolah rendah lg dahsyat. Sampai berkelip kena jemur ngan cikgu. Heh.

Anywayz, lps dah berpeluh tu, ingt nak mandi, tp ada notis gangguan air la plak. Xpe, cuba je nasib. Aku ni pesen x leh sambung wat keja seolah2 xde pape berlaku kalo lps aerobik. Wajib mandi (bkn mandi wajib. Ok lawak sengal, sorry.) Alhamdulillah, ada air, tp mandi kelam kabut la, kot2 tgh enak bersiram tiba2 bekalan air terputus ke, x naya!

So dgn kelajuan yg menggila, aku cpt2 syampoo rambut, only to realize, duh, shower gel la. Patut rasa lain mcm rambut. X pe la.Lps dah mandi tu baru realize xde baju lengan pjg dah la. Baju lengan pjg yg td nya tu dah basah ngan peluh. Niat asal nak salin ke baju baby-T utk exercize. Dah ada org laki tu, x jd la. Sudahnya, aku pki baju baby-T tu, ngan tudung, and tutup la lengan ngan baju yg lencun ngan peluh tu. Ish ish. Tp bila dah sampai lab, semua nya ok, sbb aku cpt cover dgn nursing poncho aku. Uh uh... sungguh byk jasa nursing poncho ni. Bkn saja menutup tang tu semasa mengepam, malahan jd double bila pki baju x cukup kain ni hehhee...

Apapon, sgt exhilarating n cergas lps aerobics. Muka pon berseri2 and flushing blushing gitu, walaupon berat lom tentu turun lg (dah la lps balik aerobik makan biskut 2 kpg... lapar). Dah, dah... Ok sambung keja...

Me & My Poncho
Tgh ngepam. Can't tell, rite?




Monday, July 27, 2009

POEM - FAMILY


Terbaca poem ni di blog BabyIbu. Sungguh menyentuh perasaan, sbb terkadang diri sendiri pon terbuat juga dekat Aisyah, apatah lagi semenjak dua menjak dapat kaki ni, ligat dia keluar masuk, keluar masuk dapur. Risau kita dibuatnya, especially time menggoreng ayam ke, menumis ke, takut terkena kepala si kecik tu. Dah la kita ni balik lewat aje hari2 dari lab, masak pon mcm superwoman, takut2 la terlepas, terbabas, terpercik, terkena puteri nan seorg tuh. Tp tu la, maybe next time kena lebih 'bersopan santun dan berhemah' teguran kpd si kecil yg sudah seharian menunggu penuh sabar utk bermain dgn ibu.

Adui la, bergenang air mata baca poem ni! Inilah pengalaman dan liku2 pembelajaran seorg Ibu....




Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA"




Friday, July 24, 2009

Fenugreek


Still lg nak celoteh psl breastmilk production. Runsing saja x jadi, kena berusaha. Selain mengepam dgn sabarnya walaupon yg dpt hanyalah 5 titik (pagi2 la... di opis masa Aisyah x de, Insya Allah leh dpt dlm 5 oz per session), aku juga telah cuba minum horlick malam, minum air kosong byk2, bubuh halba dlm nasi walaupon bkn masak nasi lemak atau nasi dagang.

Juga aku cuba mencari2 herba atau Milk Maid Tea yg dikatakan bole membantu pengeluaran susu ibu di kedai2 herba dan kesihatan alternatif di sekitar Plymouth. Namun hampanya, sbb setiap kali aku tanya, mesti jawapan standard akan diberi, "We wouldn't recommend any herbs to pregnant or breastfeeding mothers". Kalo tanya psl Milkmaid Tea pon, muka mereka berkerut2 seolah2 x pernah dgr. Aku x pelik sgt, sbb Milkmaid tea tu glamer kat USA, bkn UK. Tp yg peliknya raspberry leaf tea ada plak, utk cptkan labour.

Hari ni, aku tukar strategi sket. Instead of masuk2 kedai terus tanya psl Milkmaid Tea, aku tanya ada x jual Fenugreek capsule, sbb fenugreek tu halba and halba is supposed to bykkan susu. And yes, Alhamdulillah, tactic ku berjaya. Ada fenugreek capsule nya, harga GBP 7.49. Ada siap 2,3 produk lg utk breastfeeding mother selain fenugreek capsule nih. Tp Wallahu a'lam jgk la sbnarnya psl taktik aku kah yg menjadi, atau pon sbb kedai yg ni x masuk lg. Kedai Holland & Barrett. Mungkin kedai ni je kot yg ada.

Apa pon syukur ke hadrat Ilahi, mungkin doa aku makbul juga. I was this close to minum air rebusan halba, tapi x buat2 gak tu sbb takut panas badan, dan aku juga dgr side efek dia ialah nnt baby akan berak cair sket (diarrhoea) sbb masuk ikut susu badan. Tp kejap je efeknya, katanya. Tp cik M (MALAS) je lebih, plus aku dok imagine rasa dia cam air rebusan akar kayu yg lain2 la. Tu yg slow sket tu. Kalo dah kapsul ni, Insya Allah cpt sket.

So harap2 la lps ni susu aku bertambah byk




UPDATED!

OMG! Kapsul dia diperbuat daripada gelatine. Td x perasan sbb excited sgt. Mujur Alhamdulillah aku lom makan and lom bukak container dia. Esok gi tukar la, resit pon elok lg nih. Ada satu brand lg, tp bkn fenugreek based la, and sedikit mahal (dua kali ganda harga yg nih). Tp x pe, kalo yg tu pil dan bukan kapsul, insya Allah selamat dan lebih yakin. Awas ye kengkawan, takut nanti nak bg anak kita yg terbaik, tiba2 terbagi susu yg dah ada unsur2 najis mughalazah la plak kang! Nauzubillahi min zalik...! So tgk gmbr di atas betul2, dan tak usah beli la kalo Muslim. Kalo x de jg esok yg Halal / Vegetarian, nmpknya, kena la tahan kembang2 tekak minum air rebusan halba .....



Thursday, July 23, 2009

Di persimpangan Dilema

I am at a persimpangan dilema.

Begini...

Baru2 ni timbul kesedaran utk eat healthy and resume my exercize regime balik, in the hope that I will be fit and untung2 lose weight la kan. Aisyah pon dah setahun sebulan, xde alasan lg utk stay this bloated.

Masalahnya...

This affects my milk production la. The less calories I consume, the less milk I produce. Adus.. guano nak kurus? Forget puasa sunat Rejab, Syaaban, I'm thinking that I might kena fidyah x ganti posa lepas, and kalo dpt posa this Ramdhan pon, syukur Alhamdulillah dah.... Ada x org lain yg mengalami masalah yg sama?

Also, kena makan ikut time betul2 skang ni. If not, say smlm, mkn lunch dkt pkl 4 ptg sbb x lapar, tau2 masa pumping pkl 5 ptg tu hasilnya 3 oz sahaja. Panas hati betul. Silap sendiri pon ye jgk, sbb lmbt mkn. Tp dah x lapar kan? Watpe nak paksa2.

Sudahnya, dgn gigih pg ni bgn pkl 5 (lps Subuh tu), mengepam. Tp dpt 1 oz aje. Double bengang. Tp sabar, sabar.... proses nak mmperbaykkan semula susu ni takes time. Dah la pump kat rumah ni pump Medela Mini-E, emmm... hampeh. Suction power x kuat mana, bunyi je bising. Memekak pagi2 buta. Nasib la Aisyah tido dlm bilik, aku pam kat living room. Anyway, 1 oz pon, 1 oz la. Tetap simpan dalam peti. Pastu pkl 11 pg pump lg. Dpt 1 oz lg. Haha. Ketawakan diri sendiri. Xpe, campur2 dah dpt 2 oz kan.

Mmg silap aku juga sbb br2 ni berenti terus mengepam, coz masa my parents dtg, aku x gi school, so direct feeding aje. Which is cool. Kalo Aisyah nak feed direct mmg konfem ada milk tuh. Just when pumping, must be suction power dia lain or whatever (machines can never beat human, ni prinsip aku pegang even as a CS student), jadi payah sket. Kalo ngan spectra, dpt lebih la berbanding ngan Medela. Ni observation aku. Kalo ada mommies yg baru nk beli, aku syor kan beli la Spectra3. Pastu kalo ada rasa nak beli dua pump, satu kat umah, satu kat opis ke, (mcm aku), beli la pump yg identical. Sbb nya bila pump tu jenama lain, lain dia punya pumping power, suction rythm dan sbg nya. Buat konfius br3asts ajo. Dah la kena selang seli ngan baby direct feeding yg sememangnya pattern dah lain. Ni speaking from experience, huhu...

Nasib la Hubs memahami. Dia yg ckp, 'Dah x de tu x yah la pump lg. Jgn paksa diri...' or 'Sambung la ptg karang plak...' or 'Xpe, stok tu cukup lg seminggu tu...' or 'Mkn byk sket....' or 'Nanti balik guna la duit tu buat beli lobak putih...' and paling mahal, 'Mana ada gemuk. Dah slim dah ni di mata abang...' Ececeh... ni ayat x nak kasi org risau la ni. So skang mkn dah x lehg sukat2 sgt la. Tido minum Horlicks (konon membyk kan susu), which I hate the idea coz aku x minat pon minum air panas, apatah lg sblm tido. X psl2 dah tmbh kalori minum something yg aku x enjoy pon. Tp demi Aisyah la katakan.... And then this morning, kansel mkn mcm ciput, tp mkn 3 bijik pancake. Amek ko!

Tp apa2 pon tabik spring kat Hubs sbb dia cool aje, dan turut x mahu mengalah utk introduce FM. Aku yg tergila2 rasa nak berhijrah ke susu formula skang, sbb rasa mcm susu dah x de langsung!

Aku dah cuba cheat sket tau, sbb Aisyah kan dah setahun, so health visitor dia ckp, dah bole introduce fresh milk. Thinking that Aisyah is already eating cheese, cottage cheese, ice cream, milk in cereal, (and liking it as well!), aku pon bg la dia minum fresh milk. X nak dia! Agaknya dia pon tahu br3astmilk is better. So how leh?

A friend suggested letak Nesquick dlm fresh milk tu. Budak2 nnt suka. Tp aku x keen sgt la, takut manis sgt ke apa kan. Dah la gigi dia baru2 nak tumbuh and sometimes gosok sometimes x, tgk angin dia. Prefer kalo bole dia minum milk as it is la. Another suggested beli yg susu dalam kotak yg dah pra-bancuh. Aku takut membazir je, sbb Aisyah ni mcm x suka susu. Tu la, masa mengandung x minum susu. Bkn apa, minum je rasa nak muntah n loya2. Minum soya je wat ganti. Eh that's an idea. Nak try susu soya la, kot2 rasi ngan Aisyah.

Anyhoo, the only way now to lose weight without affecting milk production is through exercizing la kot. Minggu ni dah start balik. Hari Selasa itu hari gi Pilates. Pergh terasa core muscles (ecececeh... tiba2 ckp core muscle) tu shaped sket, sbb cramped2 otot perut lps tu. Then smlm gi gym. Hari ni kalo Zafi kata On, nak main skuasy. If not, then ke gym la kot. I have it all worked out dah. Heheh... Monday - Gym, Tuesday - Aerobic, Wednesday - Pilates, Thursday - Squash Or Zumbaa. Yes, Zumbaa...

Ni berjangkit Che Fadh la ni. Gatai2 gi klik kat blog dia psl Zumbaa ni, terus ter-hooked. It is said to be the biggest aerobic craze at the mo. Ingatkan lom sampau Plymouth. Google punya google, eh, it's coming to Plymouth this August! OMG! Count me in already!!!!!! Tp mahal sket la, GBP4 per class. So sebulan kena fork out, like GBP 16. Tgk la camne. Owh, and btw, Jumaat, Sabtu, Ahad aku nak rehat aje la.

Bkn apa citer kat sini, but experts kata, kalo nak lose weight, war2 kan kat org. Supaya org bole mengingatkan kita kembali bila kita gone astray. hehe. Plus nak kasi malu diri sendiri la kot, kata aje nak lose weight tp .... dot .. dot... dot... hehe... Oh, and satu lg pesan experts, nak lose weight ni, sila letak gmbr gemuk anda di tempat yg anda selalu bole tgk, supaya menjadi motivasi utk kurus. Maka ini la gmbr gumuk aku...







Tuesday, July 21, 2009

Update Sket


Smlm hari pertama masuk opis setelah lama bercuti. Makanya, meragam la cik Aisyah, sbb dah lebih 2 minggu Ibu asyik bertempek ngan dia aje. Sejam dia nangis x makan dipujuk, lapor Hubs smlm. It's either that, atau dia nak tumbuh gigi baru. Mmg ada pon gigi baru yg tgh nak kluar tu, dah nmpk pon di balik gusi.

I don't blame her. Aku yg di opis pon, lemau semacam aje. Dah la weather mendung dan hujan kejap gerimis, kejap lebat (tolong la bawak payung kalao kluar, jgn wat bijak mcm aku agak2 hujan dah nak stop kot, jalan x sampai 5 minit terus melebat huhu). Smlm spent most of the day tgk balik script, figured balik kat mana aku stop, why aku stop like that, and what I was going to do next at the time masa aku stop tuh. Fuh... ni belom aku cuti 3,4 bulan balik Msia lagi. baru 2 mggu x masuk opis, (tu pon masuk gak kejap2, bkn la tggal terus), dah terus blank. Makan masa wooo nak get the ball rolling balik.

Tp Alhamdulillah dah okay kot. Cuma diri ini still dalam mode kemalasan. Udah la weather begini, sedap tido, alamatnya bgn pon dah lambat heh. So lg laaaa.... Ptg ni kononnya dah book pilates, so tgk la camne. Nak cergas, lean n fit semula la, despite the weather. I hope it doesn't stay like this sampai winter. I hope the sun will be out again next week and summer stays for a couple more months!

Last week ada group meeting on Friday. Maka kena la brief sket psl progress. Rasa cam dah ok, but I still bengang with myself yg x pandai nak explain kat org what my project is all about. Terpaksa plak my SV butt in here and there utk further explain it to others. Mcm mana nak bercakap dgn baik ye? Dari Master sampai skang, asyik la SV kena tolong... Any tips?

Berbalik psl Aisyah. Lama x update psl dia. But so far dia dah pandai menunjuk, mengangguk bila ditanya soalan dan jawapan dia ialah Nak atau Ye, as in, 'Aisyah nak makan?' or 'Aisyah nak susu tak?' or ' Aisyah tunggu kejap ye?'. Aku rasa dia paham dah apa yg dikata, bkn setakat angguk semata. Plus kalao kita ckp, 'Aisyah ambil buku', (tanpa tunjuk atau tgk dkt buku), dia akan pergi ambik la buku bacaan dia. Paham la tu kan.

Apa lg? Sebutan 'Ayah', 'Ibu', semua dah bole. Pastu rajin mengomel. Dia suka bercerita, mcm Ibu dia jg la. Sweet je dgr hehe. Tp makna x tau apa la.

Berjalan? Dah pro. Berlari pun dah. Alhamdulillah. Kalo ikut mak aku, aku mula berjalan 13 months. Serupa bila tanya mak mertua aku, Hubs berjalan at 13 or 14 months. Aisyah plak 12 months. Ok la tu. She beat her parents to it. Tp tu pon asalnya nmpk mcm segan2 sket. But as parents, aku rasa, x yah force2. When it's time, it's time. Dah pandai berjalan ni siap aku terasa nak beli baby gate plak, nak letak kat dapur, sbb dia asyk nak masuk dapur. Bahaya la, time aku masak kang merecik minyak panas ke. Tu x masuk time dia mengemas lg. Asyik nak buka kabinet n amik pinggan mangkuk, tupperware.

Aku ingat la kan, dia dah ada memory jg la. Sbb bila bukak gmbr parents aku (kat laptop), dia dah kenal, dia kata, 'Eh!' sambil tunjuk2 kat skrin. Pastu tu sebut 'Aya ya ya ya...' (dia panggil Tok Ayah dia pon Ayah jugak, sbb Tok Ayah pnjg sgt kot). Kalo video conferencing pon skang dah ingat n dah lebih interaktif la, sbb dia kenal dah. Harap2 nya dia stay mcm tu.

Itu aje la update terkini. Patut nya hari ni nak gi timbang dia, tp malas la pulok ujan2 begini. Minggu dpn or bulan dpn ajo la. Dah setahun ni, x kronik mcm dulu, every 4 weeks kena gi timbang. Skang kalo gi timbang pon dah x yah tggal baju, yay!


Saturday, July 18, 2009

My Parents Dah Balik Msia :(


Setelah 17 hari bersama, my parents pon balik semula la ke Msia smlm. Sedih mmg sedih, tp lega and happy dgr diorg selamat dah sampai kat rumah, Alhamdulillah...

Xpe la, masa ni la nak channel kan kesedihan itu ke arah yg positif. Bak kata Che Fadh yg mana parents nya pon dtg hari tu bulan April dan balik awal bulan May, 'Jadikan ingatan dan kerinduan tu sbg dorongan dan motivasi utk cpt siap, and cpt dpt PhD tu.' Kena wat PhD ni dgn lebih bersungguh2 lg. Byk yg terpaksa berkorban kerananya. Korban kasih seorg Atuk/Nenek kpd cucunya, korban kasih makcik/pakcik kpd anak saudaranya, korban kerjaya seorg suami terhadap isterinya, tak masuk bab korban duit, masa, tenaga lagi. Pendek kata, a lot is at stake lah.

Apa pon, aku happy parents aku datang. Lebih happy lg bila dpt tahu mereka happy tgk life kami tiga beranak di sini yg boleh dikatakan sudah settled. Tp paling membuatkan aku happy ialah bila mendapat dua remark ini. First one, dari Ayah aku, 'Kak Yih, you are a lot stronger than I think you are'. Kata2 ni diberi semasa kami bersama2 jalan di The Hoe dan aku angkat stroller Aisyah dgn Hubs ke atas tangga. This coming from my Dad, adalah satu pujian yg amat besar. And I think he meant it as overall la, bkn setakat stronger as in physically aje sbb tgh angkat stroller tu. Ye la, aku ni dulu lembik, selalu komplen la, x reti susah. Aircon kereta lambat sejuk pon muncung, x puas ati, sekali dtg sini, usahkan nak ada kereta, siap pikul stroller yg berat lg ke sana ke mari nak tgga, naik bukit bagai. Living life the hard way tanpa byk hal. Kira okay la tu kan?

Another remark came from my Mom, 'Eh cepatnya masak! Tau2 ada tiga lauk dah siap. Dulu, lambat buat apa2'. Hehe... mmg pon. Dulu berjanggut la tggu aku siap mandi, pakai baju, gi sekolah dan sebagainya. Skang, x reti nak slow2. Mungkin sbb dah jadi mak org, mungkin sbb duduk jauh di perantauan, hari2 kena masak after balik school, x leh nak beli lauk cap tunjuk mcm dulu2, so mmg kena masak secara express, kalo x kebulur anak n suami sbb balik lab dah lambat. Tp aku rasa kombinasi keduanya la kot. Apa pon, aku bersyukur la perubahan ni dah ke arah positif, and sedikit proud la parents pon sempat lihat perubahan ni. Almaklum la, aku pon dah tua, xkan nak duduk kat takat lama lg ye dok?

Spjg 2 mggu lbh ni hepi aku d hostess kpd kedua org tua aku. Bkn apa, selama ni x berpeluang, sbb aku asyik duduk dkt ngan diorg, so apa2 usually berkumpul di rumah diorg, bkn kat umah aku n Hubs. Plus aku manja kot, sket2 tumpang mkn kat umah diorg, bkn nya nak pelawa wat makan2 kat umah aku..hehe... So the last two weeks ni sempat la aku merasa adult relationship sket ngan parents aku hehe...

Semoga di masa hadapan ada lagi rezeki lebih utk parents atau adik beradik mahupun sedara mara dari Msia yg lain utk dtg menjengah kami di sini. Kami sekeluarga amat berbesar hati menerima kehadiran mereka. Atau kalo rezeki kami yg berlipat ganda, mana tahu, merasa juga balik Msia skjp utk cuti2 some time before the three year ends? Tiba2 terasa mcm idea yg bernas plak balik Msia itu. Selama ni, rasa mcm x nak (read: ngakk mampu) balik. X pe la, itu semua masa depan punya cerita la kan. Berbalik pada alam realiti, aku skang dah ada keazaman yg lebih kental. Yakni utk terus gigih berusaha hingga berjaya. Doakan aku berjaya yeh. Amin!


Saturday, July 4, 2009

Happiness

Jumaat lps dpt la siapkan 80% drpd yg dihajatkan, so tunjuk aje lah kat SV yg itu. Not bad, but still happy nonetheless.

Tp lebih dan lebih dan lebih lg happy ialah sbb ini ...













My parents are here... Hihi... Alhamdulilah....



Wednesday, July 1, 2009

Aisyah's Update


Lama abandoned my blog. Nak wat camne, busy sket, in the middle of scripting something yg 'supposedly' simple. I've got a dealine not just to meet, but I'm trying to beat. Sokmo nih keja hingga ke saat terakhir, eventho dah x buat keja last minute mcm muda2 dulu, but still, hingga a few minutes before waktu yg sepatutnya jumpa SV pon masih ada kurang sana, kurang sini. So this time konon nak siap a day before la. Hah. Berangan la kot, tp x pe, skali skala challenge diri sendiri.

Challenge x challenge, still nak blog gak. Bkn apa, kalo dah x update kang, lupa plak. Smlm Aisyah gi amik 1st Booster utk Hib/DTaP dan juga Pneumococcal. Kat sini standard dia wat 1st Booster at age 12 months. Aku tgk dlm buku rekod kesihatan Aisyah yg dari Msia, benda ni buat at 18 months. MMR(I) yg patut buat this month tu, di UK wat pada umur 13 months. So pendek kata next month kena dtg lg la. Alhamdulillah, Aisyah nangis kejap je. X sampai seminit. Masa kena cucuk kat peha. Pastu dah sambung berjalan balik, pusing2 bilik nurse tu. Harap2 dia sihat and x de la high temp ke apa2 hari ni.

Oh ya, lupa nak bgtau, officially Aisyah dah bole berjalan. Alhamdulillah.... dia dah start berdiri2 sendiri dan melangkah setapak dua without support tu aku agak dalam sebulan la. Tp aku x officially rasa dia berjalan lg la setakat selangkah tu kan. Now aku classify kan dia berjalan sbb dia lebih prefer berjalan dah nak ke mana2 dlm rumah berbanding merangkak. Even kat supermarket, kat park dsbnya, dah berjalan dah. Suka nya bila dia 'tolak' stroller dia atau just jalan2 sambil dipimpin Ibu Ayah. Come to think of it, hardly merangkak dah pon. Boy, I'm gonna miss that one day. My baby is so grown up!

It feels like just yesterday dia dilahirkan. Aku yg kena cpt2 adjust mental dgn development dia hehe. Ada plak hari tu kan, I left her in the bedroom dalam keadaan tgh duduk and gi dapur jap, pastu masuk bilik balik tgk dia dah bgn berdiri dan jalan2, bole plak my first question was, 'Eh sapa plak budak dalam bilik ngan Aisyah tu?'. Hok aloh, it was Aisyah la weh! Apa la aku nih. Bkn apa, terbiasa tgk dia merangkak, so nmpk rendah je, skali dah bgn berjalan, nmpk tinggi instantly. Mana tak nya, kurg 15 cm lg dah 1 meter dah jgk ketinggiannya!

Kiranya kes dia bkn 'my-baby-woke-up-one-morning-and-just-started-walking' nyer kes la. It's a lot of hard work, determination and effort put in oleh dia. Mmg lama dia nak gather courage utk berjalan tu. So, ni kira motivasi and lesson in life utk Ibu dia juga. Jatuh, bangun balik, jatuh lg, bgn lg. In the end, Insya Allah dpt hasilnya. We can learn a lot from babies :)