Monday, February 16, 2009

Aisyah Ada Helmet Baru




Comel x helmet baru Aisyah?

Aisyah skang sgt aktif. Utk mengelakkan kecederaan di kepala ketika belajar memanjat dan bertatih nih, aku n Hubs telah membeli Thudguard. Ye, helmet kecil utk protect skull dia. Hehehe...

Harganya dalam 20 pound sahaja. Ok la tu. Very lightweight but looks durable. So far, bila Aisyah tgh main panjat2 aku pakaikan, and x plak dia melawan, cuma kdg dia boring dia sudah pandai tanggalkan sendiri. Tp tu kdg2 je la. Most of the time dia pakai.

Tp x de la pakai 24 jam. 3,4 jam je dlm sehari pakai kan, abis kuat pon. Waktu dia nak main n explore baru pakai. Waktu tido, mandi, makan, sah2 la x pakai.

Sebelum beli tu, aku dah baca la sket2 pro n cons pakaikan helmet ni. Tp aku rasa pro dia lebih and sbb nmpk cam kiut giler aku gave in. Heheh... Below adalah argument2 nya...

Adakah aku over protective? Aku rasa x, sbb kalo aku over-protective, aku dah letak Aisyah dalam bubble wrap and x kasi dia main apa2. Ni sbb nak bg kebebasan pd dia main la, kasi chance dia belajar explore sendiri, itu psl beli helmet.

Mcm mana la budak yg kecik tu pon x leh kejar? Bkn itu masalah dia. Until you deal with babies 24/7, baru la tahu camne tangkasnya bebudak ni wat 'kerja' diorg. X terkejar! It's not really speed, but it's the unpredictable factor yg membuatkan kita x tersambut kalo2 diorg jatuh. Plus dlm nak menggalakkan budak2 belajar secara independent, x kan la 24/7 nak duduk membontoti diorg. Camne nak independent tuh? Tp kalo dah nak jatuh, jarak semeter dua pon gerenti x kan dpt sambut nya.

Ini tidak bermakna lepas ni x yah lg sgt dah jaga dia masa dia main. Analogy dia sama la mcm org bwk keta pakai seatbelt. Adakah dgn pakai seatbelt itu org akan jd lebih cuai membawa kereta berbanding ngan x pakai seatbelt? Tentu sahaja tidak, bukan? Tp added safety measure la, in case anything inevitable (and falls, are definitely inevitable at her age) happens.

Oh lagi ada argument dia... Ngapa tudung kepala sahaja, x tutup abis satu badan? Sebab kepala yg paling vulnerable.

Kalo kita asyik protect baby kita dari pain, mcm mana depa mau belajar bahawasanya tempat tinggi adalah bahaya dan bole menyakitkan? Oh... believe me, kalo jatuh, cukup la sakit dia punya tangan atau bontot, sure dia nangis punya. X pon sbb terkejut. X perlu la jatuh kat kepala baru nak belajar dari kesilapan. Plus, budak2 ni x serik. Dah jatuh kat kepala/ dagu/ lutut/ bontot, sama je. 2 minit lps tu buat lg. Kental sungguh keazaman.

Argument dia paling best ... Ala... mak bapak kita dulu2 pon jaga x de pakaikan kita helmet ni, tp masuk universiti elok je. Hmm.. itu semua kuasa Allah la, and nature is very, very forgiving psl baby n falls, tp mana lah tahu, kalo x jatuh se-frequent dulu, dah menang nobel prize kot skang? Hihi... Among things to ponder la :P

Semoga dpt la prevent apa2 injuries di masa depan. In the future, x siapa tahu kan. Minta2 dijauhkan la yg x diingini tuh. Kita berusaha membendung, dan bertawakkal, yg mengurniakan tu Allah jua....

Ok sapa nak order sila bg nama. Haha... Xde la, aku x jual, tp nak tolong beli kan bole. Cuma x pasti kalo order dari Spore lagi murah kot. Nmpk cam ada cawangan kat situ. Wallahu A'lam...






2 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Comelll...
hahha, siap ader argument lists yg tak tahan tue... betul spt kater oyis tue, dlm sekelip mata mcm2 leh happen kat budak2 nie... good one!

somehow bila baca posting yg ini, teringat zaman hakim kecil2 dulu, byk kali sungguh dia jatuh... siap ader kesan jahit kekal kat dahi & dagu... sedih biler kenang2 balek..

Oyis said...

mummy h&h:
uiks, sbb kena berjahit ke? alamak, sian nya hakim, mmg malang tidak berbau... syukur la dia ok :)