Sunday, July 20, 2014

Ibu Rimau

Skang tgh musim entrance exam utk anak2 yg bakal belajar di Tahun 1 tahun hadapan, aku rasa. Sebabnya, 2 minggu lps Aisyah dah dapat panggilan utk satu sekolah ni, and now, baru je selesai pergi satu lg entrance exam utk lg satu sekolah. 



Actually nya, kalau sekolah kebangsaan mungkin tak ada entrance exam kot, yg mungkin ada probably test nak nilai tahap murid (band). Tapi yg Aisyah has sort of asked to be home schooled (penangan tgk byk sgt video uploaded on YouTube from US kot, channel yg dia tgk tu rata2 being home schooled by parents), and since I can't teach her 100% from home because I work (and bonded for the next 8 years, maybe?), the next best option is to chose a more flexible schooling arrangement for her, hence, the sekolah swasta. Hopefully, she'll get accepted.


Yg aku nak share hari ni is, penyakit tiger mom tak bertempat di kalangan mommies. Ni mmg nmpk apparent dkt Msia (well at least dkt schools yg aku tgk la). Bila mana ramai yg tolong anak2 bg jawapan kat kertas periksa. Ada yg terang2 dpn mata aku, suh anak dia padam jawapan and then tunjukkan jawapan yg betul. Ada lg yg sepjg2 tu duk tunjuk jawapan kat anak (soalan pilih jawapan yg betul). Jenis nak jadi coach ke hapa? Silap tu kak, konsep dia, coaching sebelum exam ok? Yg ni aku pun buat. Mentelaah malam2 dgn anak. Bukan masa tgh exam. Yg jenis tiap2 kali anak jawab and then angguk dan bg thumbs up pun ada, ni not so bad lah, but perlu ke nak bgtau the whole world anak dia jawab betul? 


Yg stock kjp2 panggil cikgu, kjp2 panggil cikgu, suh tolong anak dia yg stuck pun ada (kes anak belum boleh baca arahan). Kesian cikgu tu tak menang tangan nak handle parents yg jenis ni. Yg marah2 kat anak pun ada, sebab anaknya menganga dan mengelamun. Biasa la, budak 6 tahun kan. Attention span pendek. Aisyah pun mmg aku perati td ada gak tgk kiri kanan, pause ntah pikir apa, tp takde la aku nak kejar2kan dia suh buat cpt2 sbb pastu pandai je dia sambung balik. Jenis yg tunjuk2 imaginary wrist watch kat anak pun, dgn mata terjegil2, seolahnya 'jawab cpt, nanti habis masa!'... aiyooo psycho okeh? Aisyah ni kalau aku ngaja, dia dah rasa aku garang gile. Tapi kira gile beruntung dah dia nih, kalau dpt yg stail sesetengah yg aku tgk td, mau mental anak aku ni hehe...


Yg lg best, ramai plak yg bila bergesel2 badan dgn kita td kat muka pintu kelas, sikit pun tak senyum, walhal aku dah senyum habis manis nih. Kot ye pun competition, tak kan lah semua org jd rival? Besok2 kalau anak sesama dapat masuk kang, jd bestfren ke, mana tahu? Masa tu baru nak berbaik2 ke?Kadang2 aku konfius plak dgn parents yg mcm ni. Adoi la...


Bukan aku nak kondem budak2 tu jawab betul ke salah ke, in fact, Aisyah pun aku tgk td dari jauh, pun ada jg salah jawab, tp aku let go je lah. Dah mmg gitu kemampuan dia. Takde lah aku nak kalut2 suh dia betulkan ke apa. Biar fair. Kalau dapat masuk, sbb usaha dia sendiri. Kalau layak, maka layaklah. Hubs suh chill, dia kata biasalah, parents mana tak nak yg terbaik utk anak2 diorg. Yg tu benar, tp dah kalau mcm cheating kekdahnya, apa cerita? Kalau masa masuk sekolah pun dah ala2 menipu, berkat ke? What values plak parents ni nak bg kat anak2? Cheating in exam is accepted? Ke sebab ni sampai ke Uni pun masih ada yg cheating in exam? Semester ni pun aku dapat tangkap satu. Geram!


Ni belum exam betul2 dah mcm poning aku. Poning ajar anak takpe lagi, poning kena fit in dgn parents2 yg overambitious and kiasu, satu hal plak.


Who says primary school is easy in Malaysia?


PS: Aku pun Ibu Rimau jg sebenarnya. Tapi masa sebelum exam lah. Masa tgh exam tu, tawakkaltu ala Allah dah stage tu.


4 comments:

Mama Vogue said...

Patutnya takyah bg parents duk area tu kot kan.. jauh skit. Sian plak budak2 yg makpak lagi over ni..

Oyis said...

betul3. yg sekolah 2 mggu lps tu, dia suruh ibu bapa tunggu kat bwh. calon2 dia bawa naik ke kelas di tingkat 3. TAPIIII tu pun ada jg ibu2 yg naik. mostly sbb anak2 dah meraung2 tak nak ditinggalkan lah. mcm2 ye...

isabelle frankly said...

stressnya sekolah kat Msia!!!!

noris said...

it is!!! poning i!