Sunday, August 3, 2014

Raya 2014

So we survived our first raya without Umi with us.

Alhamdulillah... raya berjalan lancar, cuma pada skala yg lebih kecil. Aku bersyukur kerana mempunyai adik2 ipar yg banyak membantu kerja2 dapur dan mengemas rumah ayah saat ketiadaan Umi pada musim perayaan ni.Nak harap aku sorg, mmg rendang ke mana, lodeh ke mana la jawabnya, huhu...

Nak share a few pics of Raya. Kot2 lah boleh buat kenang2an utk anak2 nesok. they were none the woser, mmg happy je lah dgn celebration seadanya kali ni.

Ni malam raya. Wah... kemain bergumpal berguling sesama cousins ye. FYI, depa semua ni adalah adik beradik susuan dah, aku dan adik2 iparku pakat2 menyusukan babies masa kecil, Alhamdulillah, harap2nya sampai ke besar pun boleh maintain akrab mcm ni la diorg, tak perlu risau nak cari tudung ke apa bila bersua.

Malam ni pakat2 layan main bunga api. Sayangnya, Ahmad Zayd Alhadi dah ngantuk, so takde chance la nengok. Ni gambar2 adik aku yg snap. Kakak Aisyah paling seronok, tp hujung2 the asap got too much for her, terus pekup hidung. First time tgk org main bunga api tutup hidung, hmmm....





Hari raya pertama, celebrate kat rumah Ayah. Selepas makan2, yg lelaki pegi surau utk Solat Sunat Aidilfitri. Dah selesai tu, mula lah adegan nak bergambar dan bermaafan sesama ahli keluarga. 





















And this is this year's cover pic. Semua ada, kecuali Umi :(

Lps dah selesai bergambar, bergerak pegi Kubur pula. Ayah led bacaan doa dan surah2 lazim utk disedeqahkan pada arwah Umi. The sun was high already, tp perkuburan masih penuh lg dgn ahli keluarga melawat ahli keluarga yg telah pergi.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.


Balik drpd kubur, adik beradik my SIL pun ada yg dah start beraya. Halfway through, kami pegi rumah jiran depan rumah plak. I guess this was the best time lah nak bertanyakan khabar kawan2 arwah Umi. To be honest, mmg kalau hari kerja tak sempat nak nyinggah2 dan berbual, so gunakan peluang ini sebaiknya.


Lps Zuhur kitaorg balik rumah. Dah rehat kjp, start packing utk balik Muar sambung beraya di belah Hubs plak. Jalan ok la, tak jem tp byk kereta dan slow. Start jalan pkl 6 ptg, sampai Muar pkl 9.15 mlm. Tp family Hubs sekeluarga dah kuar beraya la plak, maka kami pun beraya la rumah sebelah, nasib baik sedara Hubs juga huhu...Pkl 10.30 mlm baru dapat masuk rumah mak Hubs. Badan memang melekitlah, sbb Hubs insisted suh balik Muar pakai baju Raya jugak. OK....

So officially raya di Muar started on the second day. Tapi disebabkan org dtg tak putus2, maka spjg hari tak gi mana. In fact sampai Zuhur pun aku tak mandi pagi, kah kah, konon duk dapur je la kan. 


Lps pkl 4 ptg tu la baru dapat gerak. Gi Bukit Gambir rumah Pak Long nya Hubs. Zayd dan Aisyah mcm kenal mesra je dgn dua pupu diorg ni, walhal first time jumpa. 'Ramah mcm maknya', kata Mak Long Hubs. Hehe... mana tumpah kuah kalo tak ke nasik kan?



Lps berMaghrib di situ, kami bergerak pula ke Pagoh, ke rumah bakal besan parents Hubs ni. Kat sini, Aisyah seronok layan bunga api skali lg. Agak dasat koleksinya sbb sekotak besar ok stash dia. So, mmg kaw2 lah dia and budak2 lain main. Hmmm... Sayangaku plak x amik gmbr. Sibuk layan si Zayd yg berkejaran ke sana ke mari, adoi.... Malam tu balik dah almost midnight, tp boleh lg si Zayd ni layan Upin Ipin di tab. Lari habis jadual tido budak2 ni spjg raya hoho...

Hari raya ke-3 menyaksikan aku sekeluarga berpakaian serba merah, chewah. Masa ni nak gi open house rumah pakcik Hubs, Cik Epen. menunya mcm2, from carbonara, tu Ikan bakar, to Kupang Bakar, to Nasi Lemak, to Sambal Paru, to Bubur Jagung, ehhh mcm2 lah sampai tak termakanlah basically. Alhamdulillah kenyanggggg sgt2....





Lps tu gi dua buah rumah lg, tp orgnya non-hado. Nasib baik rumah lps tu (Wak Yas, pakcik Hubs), ado org nya, so lepak la kejap mkn2kuih dan berbual2. Huhu... Ingat nak sambung malam tu berjalan rayo, tp adik Hubs sekeluarga pun sampai, so kira borak2 kat rumah je lah. The boys (Hubs dan adiknya) boleh plak decided nak gi merendek meninggalkan kami yg pompuan2 ni berserta anak2 kecil, adeh... Balik2 depa bawak balik daging kambing minta marinadekan sbb nak bakar kambing esok. Nasib baik aku peminat kambing, so cool sket lah. And also diorg beli aiskrim. So kurg sket marah haha.

Pagi esok (raya ke-4) takde sapa bgn awal. Dah nak pkl 11 mcm tu, aku pun bakar kambing nya. Alang2 dah nmpk aku kat dapur tu, MIL requested nak makan Masak Lemak Labu, Sambal Belacan, Sotong goreng tepung, ikan bawal goreng kunyit. Alamak, dalam ketidak berapa pastian itu termasaklah jua item2 tersebut huhu, tapi  sedap ke tak tak tahu lah...

Lps lunch gerak gi rumah mak sedara Hubs lagi (Achik), where we ate Bihun Sup Tulang (sayang takde gambar plak masa ni). Then gi rumah sorg lg makcik (Cik Ana) dkt Parit Samsu. Masa ni mkn keropok lekor, yums!

Balik kjp utk solat Asar. Lps dah maghrib, keluar lg gi rumah Cik Katik (sorg lg makcik Hubs). Ni lah final rumah kami beraya. Zayd sungguh2 makan kerepek bwg sambil hadap TV cerita Kungfu. Pergh...


On Friday (raya ke-5), kitaorg bertolak balik ke rumah kami semula. Pkl 11 pagi bertolak, sampai2 sempat Hubs gi solat Jumaat Alhamdulillah. Masuk rumah, aku masak ala kadar, makan tghari yg lewat, then start basuh2 baju dan ngemas apa yg patut.

Hari Sabtu nya gi beli brg dapur. Secara impromptu dtg ilham nak ajak adik2 dan Ayah makan kat rumah so, terus je jemput dan2 tu jugak. Walhal nak gi beraya rumah makcik Hubs kat Hulu Langat nih (Cik Wuok). Beraya2 sampai maghrib, pastu balik masak mcm lipas kudung haha. Around 9.20 mlm diorg sampai, tgh menumis sambal kih kih kih... Ni adalah amalan biasa aku di waktu raya. Masa kat UK pun cam ni gak. bangun2 tido, terus decide, jom wat open house. Sungguh tak insaf. Baca entry di sini.

So menunya mlm tu adalah nasi lemak je. But they all stayed sampai 12.30 mlm huhu. Gamat dgn budak2. Sungguh ke laut pattern tido anak2 aku sejak raya hari tu. Tapi takpe lah, nama pun raya kan.

















Hari ni dah Ahad, Alhamdulillah, budak2 bole adjust balik tido pada waktu nya sbb dah explain kat diorg esok sekolah dan kerja mcm biasa. Kakak confused mulanya, dia kata, 'Mummy, kata, Syawal ada 22 hari lg'. Betul tu Aisyah, tp CUTI RAYA seminggu je. Tggu weekend plak ye kita ke jemputan open house. Meanwhile it's back to the same business. Heheh...

Hope you guys had a good raya too.


No comments: