Monday, April 30, 2012

Happy Bee

Hari ni work from home ajo. Sbb musabab, x berapa sihat rasa badan. Alhamdulilah, x la feverish, tp kdg2 dtg srott srettt x selesa nak buat kerja kat lab, and also tiba2 dtg sejuk kaki tgn, mcm dedar2 gitu. So amik keputusan kerja je lah dari rumah, Aisyah pon nursery hari ni.


Sbnarnya feeling2 demam ni from last Friday lg. As usual, start dgn sakit tekak, then panas2 mata, lenguh2 urat saraf. Rasa nya sbb I have overworked myself for the past few days (or weeks, maybe), sejak start buat listening / performance test. Tapi bila aku ckp sbb aku kerja terlalu kuat, kena gelak la plak dgn Hubs. Actually, my mom pon gelak jgk masa GChat dgn dia hari tu. Sah muka aku ini muka x pernah kuat bekerja agaknya, hmmm...


But seriuosly, buat test yg memerlukan human participants adalah sgt renyah dan menyeksakan batin. Sblm ni masa aku coding2 aku selalu terfikir, alangkah bestnya kalo bole buat qualitative research, x yah bersekang mata hadap code2 sampai juling. But bila buat one small part yg involve user test, huih, payah jg ye. From start lg kena isi borg ethics tggu approval, etc, dah leceh, tp paling kurg syok adalah mencari participants. Then mula la stress bila dah kontek sana sini tp x mendapat respon. Nak2 plak projek aku ni x de funding, mmg dasar kena buat muka x malu la, ajak suh wat keja dan berharap org yg berhati mulia kesian kan diri ku ini sob sob. Alhamdulillah dah nak mencapai target pon, syukur sgt2.


Sungguh, aku jd x leh wat keja lain fikir mcm mana nak cukupkan bilangan target user aku tuh fuhhh... Skang bila dah buat dua2 qualitative and quantitative, aku rasa coding2 tu JAUH lg susah, tp hati x de gundah gulana sgt sbb x de rasa membazir masa cari2 org or fikir sama ada org tu sudi participate ke x. Time2 x de solution leh melepak kat forum mana2 cari code or potential jawapan, and it feels like I feel have power over the research destiny, whereas dgn study yg memerlukan org, aku jd jem asyik pikir mcm mana nak dpt kan more participants, and sometimes rasa betul2 powerless bila org x de, or result yg dpt totally unexpected, but that's just me.



Anyway, demam aku ni mungkin la bkn sbb kerja kuat sgt, tp stress kuat sgt hehe. After 3 weeks tercapai la jgk sasaran aku. For the past 2 weeks, everyday mmg aku schedule kan ada at least 3-4 org dtg lab aku buat listening test tu. And last Friday, aku conducted my experiments dkt Student Village di University College Plymouth of St Mark and St John (UCP MARJON), whereby aku mintak tolong adik2 undergrads tolong jd listeners. Setinggi2 terima kasih aku ucapkan buat diorg yg sudi buat test tersebut, especially penghuni House 29. They went well out of their way utk tolong aku, bkn sahaja menjemput sahabat taulan mereka suh jd participants sama, but also siap masak roti jala dan kuah kari tu, alahaii... sweet kan? Ada yg baru balik buat Umrah within Easter Break baru ni (untungnya kamu dik) siap bekalkan kami aku sebotol air zam zam lg, Alhamdulillah... Sapa nak amik diorg buat menantu aku mmg vouch sungguh2. Diorg pon mmg dah suh aku jd Baitul Muslim (matchmaker) utk diorg pon, so sbrg pertanyaan, email aku eh (haha just kidding weh).


Best je tgk diorg duk kat student village, mmg akrab la sbb rumah semua dkt2. Comel2 bilik anak dara, hias2 dinding belajar semua, ye la, kita dah berkeluarga ni, belajar pon x de study corner, kata hikmah terpempang kat dinding lg la x de mcm muda2 dulu kan. Itu yg seronok sesekali join anak2 dara ni, terasa diri bagaikan muda semula. X perasan padahal dah mula start statement dgn, "... sepuluh tahun dulu, masa akak baya2 awak lah..." Like, really? Gap kita sepuluh thn? It was 10 thn dulu when I was still finishing my first degree? Benarkah? Cpt betul masa berlalu, mcm x betul plak, tp itulah hakikatnya huhu...







Ramai lg pada hari tu, tp ni sbhgian je yg dpt aku snapped. Again, coz it was a Friday, aku hangkut Aisyah ke Marjon dgn aku naik teksi. Kemain duk atas riba org eh dia dlm gmbr di atas. Tp dia dah ok tu pon aku lega sgt, sbb it was a 20 minutes drive one way to Marjon, and as usual, Aisyah yg mabuk kenderaan ni muntah on the way there AND back. Nasib baik lah tiap2 kali pon kitaorg travel bwk plastik bag, so managed to catch her puke just in time. Nervous jgk la nak travel dgn dia sorg2 without Hubs (Hubs keja), sbb bab2 muntah ni aku slalu kasi Hubs je urus, tp Alhamdulillah hari tu bole managed.


Kesian sbb terpaksa heret dia once more ikut aku nya pelan kerja tu mmg la ada (last week kat Cog*nitive Institute Research Open Day, minggu ni collect data plak), tp lps baca komen member aku Masz14, aku rasa x bersalah sgt hehe. Plus mmg kita2 masa kecik pon kemain menyengih yek kalo mak pak kita bwk gi opis. So aku harap Aisyah takes it as a positive experience. And nmpk dia pon terhibur sgt ramai yg rajin melayan (kakak2 manis semua asyik nak dukung dia gilir2 padahal dah nak masuk 4 thn dah budaknya, mana dia x happy).




Balik tu Aisyah start selesema sket. Aku rasa sbb dia penat kot. So masukkan dia tido pkl 8.30 mlm. Then before aku nak tido, tekak aku plak rasa perit2. Esok badan mula lenguh2, and tau dah, fever was on its way. Tp x leh nak rehat sgt, sbb pkl 2 pm tu kami menjemput a few neighbours berdekatan for lunch, utk meraikan Afi*z student Master kat UoP dah nak balik Msia. I cooked a really basic Nasi Ayam tp x ingat nak amik gmbr plak hmmm...





Luckily, dedar2 tu mcm come and go, and never fully developed into a full-fledged flu (teruskan berdoa). Maybe sbb byk rehat drpd kerja kot this week, altho rehat kan badan tu x sgt la. On the Sunday plak, Afi*z passed2 kan brg2 dapurnya kat kitaorg, so Alhamdulillah ada sekotak brg2 drpd Msia mostly (very berharga nih!), termasuklah bbrp peket kecik ikan bilis. Huihhh... pucuk dicita ulam mendatang. Dah dkt 4-5 bulan dah x mkn ikan bilis, sbb stok dah habis. Mmg rezeki besar lah ni kiranya.


Also, pg tu Hubs duk berseloroh dgn mak aku through GChat yg dia mengidam nak mkn sup ekor lembu, skali ptg nya si Afi*z ni bwk dtg ekor lembu frozen yg dia beli dah lama tp x termasak2. Allahu Akbar. Apa lg, Hubs suh aku masak sup cpt2 and mlm tu jemput Afi*z skali mkn mlm kat umah kami. Kira last supper lah ni. Dulu masa Bard balik pon begitu jg. Tradisi, hehe...


Utk Afi*z, slmt pulang ke tanah air. All the best doa kami buat kamu. Terima kasih di atas persahabatan dan pertolongan sebelum2 ni (dan ikan bilis serta brg dapur lainnya). Hingga ketemu lg di bumi Malaysia, Insya Allah...







Thursday, April 26, 2012

Hujan Batu

Hujan batu di negeri org... lebat dan besar2 jgk. Nampak x bebola ais tu terlantun2 bila terkena tingkap? Spjg duk UK nak dkt 4 thn ni, bulan April ni paling kerap hujan batu nya berlaku, kdg2 mencurah2 lebih 5 minit plak tu. Tanda kekuasaan Allah, SubhanAllah!



video




Wednesday, April 25, 2012

Poster Presentation


Hari Jumaat yg lps, Cog*nition Institute (CI) di Uni kitaorg ada buat Research Open Day. CI ni adalah suatu institut yg besar, dan bbrp research group lain dijemput sama menyertai gabungan penyelidikan dgn diorg. Salah satu research group yg terlibat adalah lab aku, of coz, music dgn cognition mana bole dipisahkan, so altho x de sesapa pon dlm lab aku yg psychology-based, research kiatorg in sound & music computing adalah still dihargai dan dilihat sbg berpotensi utk buat collaboration (mmg cross-discipline betul diorg ni). Selain group kami, yg sama2 menyertai CI ni adalah Lab Robotik, Lab  Acoustic Scene Analysis, Lab Neuroscience, lab Transtechnology, etc.. 


Anyway, salah satu benda yg SV aku suruh buat ialah membentangkan poster masing2 pada hari berkenaan. SV ckp, present je mana2 poster yg pernah kami present dulu2, sbb x nak bg kerja tambahan lg dah. Tapi bila dpt emel 2 hari sblm event, organizer dia minta poster yg general, sbb broad kan participants dia. 


Aku belek2 poster sendiri, hmmm... mcm terlalu formula-intensive la plak. Dgn marix nya, vector nya, kang takut habis semua org nk dkt (ye la, aku pon kalo tgk poster org penuh cacing2 equation, x masuk dkt dah... surrender). Tambah menguatkan hujah aku betapa perlu nya derhaka sket drpd perintah SV, adalah sbb aku nak recruit participants utk listening test nih. Kalo poster aku tu menghindarkan org drpd mendekati sbb mcm 'heavy', rugi ooo... So dgn itu, aku pon nekad la utk re-vamp poster aku, biar lebih friendly sket. Maka berhempas pulas la aku aku dlm tempoh 24 jam tu nak design a more basic poster, tahap tido pon 4 jam je kot mlm tu huhu...


Kena plak hari present tu Jumaat, of all days, Jumaat la hari Aisyah x gi nursery (aku schedule kan begitu, x larat nak byr semua days). So pagi tu sambung re-design, then pkl 12 tghari siap semua. Cpt2 mandikan Aisyah (sian eh, mcm terabai sket dia hari tu), pakaikan dia kemas2 (pakai blazer you), then janji ngan dia nak beli McDonald's for lunch, mmg jgn harap nak masak la kan dah genting mcm tu.


Tp lunch ke mana, McD ke mana, sangkut kat kedai printer la plak masa nak print kan poster tu ke saiz A1 huhu... Dlm sempat x sempat tu, sempat jgk la print posternya, dgn business card skali aku suh org tu print hehe (kan nak tackle org suh wat test, kena la nmpk professional and bg contact details, ye dok?).


Habis printing berkejar nak naikkan poster. Alhamdulillah sempat, phew... actually antara org2 terawal jgk la, which was a miracle, I thought. Sbb bwk anak mengekor, masa launching speech pkl 2 pm tu x dpt la aku masuk dlm dewan (takut bising), so aku bawak Aisyah cari makan.


Masalah nya, kat UK ni, by 2 pm semua kafe dah habis makanan nya, bkn nya mcm kat Msia sambung a la cart plak. 3 kafe aku turun naik (agak jauh), dan dlm hujan plak tu. Nak ke town, poster session starts at 2.30 pm, so aku dah kena ada kat post aku balik. Last2 kafe ke-4 tu jumpa la yg masih jual mknan, tu pon baguette keras lg sejuk. Aisyah ngan aku mkn share sbb yg tu je last suitable for vegetarian, yg lain chicken lah, ham la haih... 


Ngam2 habis mkn, poster session pon start. Masa ni aku bersyukur sgt sbb Aisyah behaved hihi. Dan jg I patted myself on the head sbb bawak bekal mknan mcm2 utk Aisyah, so although x properly lunch, dia x pernah kekuarngan mknan, from crisps to bananas, to yoghurt, to donuts, mcm2 ada... So she amused herself kat tepi dgn memakan bekal nya itu... Sbb aku occupied nak bg penerangan lg, nak diskas mcm2 lg, nak pujuk diorg bg persetujuan buat test aku lg (eheh). Bkn nya sorg dua kan nak layan, session pon from 2.30 - 5.30 pm. Nasib baik lah ada bekal, sbb makanan yg disediakan plak aku x pasti la kehalalan nya. Diaorg served sushi. Since x pasti hok mana ada sake ke x de sake ke, x berani mkn. Yg wine tu standard la, tp ada orange juice, so bole la minum. 


Glad to report the presentation went well. Calon yg berjaya dipancing utk listening test jg dpt la, although it would've been nicer to have more. I really needed something like this, sbb nak menggalakkan diri bercakap tentang my work. I have also been passive and shy about my research, an indication that I lack confidence. Slowly tgh kikis sifat tu, harap2 nya by the time viva berjaya tampil konfiden. Ok ni gmbr surrounding the event.













Agak2 dah quite sket, aku ajak Aisyah pusing2. Dia paling syok dkt booth robotics la. Uni kami robotics diorg very strong, satu projek ni buat robot yg bole menari tai-chi. Satu lg adalah yg feveret Aisyah, iaitu yg bole main bola (sepak bola) masuk goal. Bkn setakat kejar bola masuk goal, robot tu bole kejar Aisyah lg, apa lg, terjerit2 (kesukaan) la Aisyah. Sbb robot2 ni semua designed for children, wah.. glamer la Aisyah kjp kan. Siap dpt jigsaw puzzle lg. Dia sayang kot, sampai hari ni x bukak2 main.. Yang kelakar nya, robot tu dipakaikan kasut (kasut org, saiz budak la kot). Aisyah siap leh ckp kat aku, 'It's like Jude's (shoes)' - kasut budak laki kat nursery dia keh keh... Perasan plak dia, observant betul budak2 ni...





video


Around 4.30 pm kitaorg pon cabut. Kena la balik awal nnt cik Abe ai terpinga2 tgk rumah mcm ni (tinggal dgn bersepahnya)



Tp hati sayu aaa... tgk Aisyah tertido dlm push chair. Penat betul dia. Mmg hari tu rasa mcm x fokus kat dia. Dgn mandi lambatnya, x masak lunch nya, janji beli McD x beli nya, dragged dia pegi kedai printer, then rushing gi psg poster, then dragged ke hulu ke hilir turun naik tangga bgnan dlm hujan plak cari lunch, pastu bila ada lunch, kena mkn lunch sejuk, pastu melangut kat tempat Mummy dia sementara tggu poster session habis nya... hii... sedih dikenang2 kan kembali. Tp adat la ek. Tu belom kena mak pak penoreh getah ye x, pkl 4 pg dah bgn, berhimpit2 naik motor, then ditinggalkan kat wakaf dlm kebun tu dlm gelap sementara mak pak habis menoreh, nyamuk menggigit x henti2, sejuk lg, potensi nak terserempak dgn cik rimau lg... hiii... tiba2 hati sayu berlebih plak... T_T




PS: Katil ni pon x dikemas pagi tu. Balik2 outing Aisyah terus sambung tido je huhuh... dasat betul kalo Mummy dia dah fokus kat kerja semata2...



Tuesday, April 24, 2012

Did You Get In?

Hari ni aku dpt rasa sedikit suasana ala2 collect result SPM anak. This is a first experience la for me. Mcm mana lak leh rasa cam collect result SPM anak? 


Sbb over the weekend hari tu SEMUA ibubapa di Plymouth yg anak2 diaorg akan masuk ke Reception (kelas slps nursery) utk sesi 2012/13 dah dpt surat tawaran. Ada yg berjaya, ada yg x berjaya. Sekolah x tahu lg result penuh, but from parents coming in the class this morning, diorg dpt tahu la sapa dpt tempat dan sapa x dpt. Keputusan ni city council yg buat, usually based on catchment area. Lg dkt dgn school, lg cerah peluang tu dpt.


Alhamdulillah, Aisyah dapat tempat. Aku pon x ingat sgt hal ni pg td, sbb kalut2 nak siapkan Aisyah apa semua. Tp rupanya, ada ibubapa tunjuk perasaan td. Ramai jg yg x dpt tempat, walhal anak2 diorg dah attend nursery kat sini (sama kelas dgn Aisyah). Aku rasa punca yg jd x dpt tempat tu, sbb mungkin budak2 yg sekolah nursery kat tempat lain (private) apply masuk school sini jg, tp diorg rumah lebih closer than yg dah selama ni attend nursery, so over ride lah.


Tp cikgu kelas Aisyah yg borak dgn aku td berckp dgn nada sedih, sbb dia x leh nak tolong apa2 bukan keputusan dia (ni hikmah aku hntr Aisyah lambat td, ibubapa yg marah2 dah balik, aku sorg je masih dlm kelas Aisyah tu hehe). Cikgu tu ckp, kalo bole dia nak semua anak2 ni masuk kelas Reception kat sini, dah setahun tgk diorg grow, tp dia x leh buat apa. Antara nama2 yg cikgu dia sebut td, ada lah dlm 5-6 org jg.


Lebih menyedihkan, kawan2 baik Aisyah semua x dpt tempat. Kawan yg asyik la dia sebut2 kalo bercerita, yg dia lukis sebelah dia siap pegang2 tgn dlm lukisan nya, 2 org so far aku tahu x dpt tempat kalo ikut cikgu td. Siap ibu bapa dia pesan lg, jgn bgtau anak dia, yg anak dia x dpt tempat, nnt budak tu sedih. Diorg nak cuba appeal dulu bg dpt tempat jgk.


Part tu aku mmg dah hiba. Dan lebih buat aku nangis di dalam hati ialah the fact that Aisyah dpt tempat, tp aku TAHU, habis lama dia dpt bersekolah kat sini ialah 2 bulan je, lps tu sohih kami kena balik ke tanahair. Rasa sedih mengenangkan nasib Aisyah yg akan hilang bestfriend, naik2 sekolah in September tgk kawan2 dia dah x de kena sekolah kat tempat lain, so kena buat kawan baru. Then x sampai 2 bulan dia bersekolah dah nak kena move balik Msia jumpa kawan lain plak yg berckp dlm bahasa asing buat dia (dia x brp faham BM buat masa ni). Rasa sedih jg buat parents dan anak2 yg akan bersekolah di sini sampai tamat Year 6, tp x dpt tempat, tp Aisyah yg dah nak balik ni dpt tempat. Sedih lah...


Kalo dihimpun2, mmg hari2 dah nangis dlm hati, tp letak fikiran tu jauh2 nak concentrate study. Ye lah, countdown dah bermula sbanrnya, i.e. last winter, last snow, last spring, last etc etc... I guess in the within  this last 6 months, I will encounter many more heart breaks... Tempat jatuh lg dikenang.... Better get used to it I suppose T_T


Kalo nak pujuk hati, mmg lah. Adat hidup, yg bertemu kan berpisah, yg hidup kan mati. Patah tumbuh hilang berganti. Ye betul. Nak tggu anak2 membesar, byk lg result2 mcm ni akan kita collect along the way. Pun betul.


But at the mean time, hiba nyaaaaaaaa!



Gmbr Aisyah on 1st day of school utk Summer term Monday lps (16/4/2012), slps 3 minggu lama nya bercuti


Monday, April 23, 2012

Wanted: People With Ears?

Lama plak rasa nya x update blog....


Tapi dah peringkat pengajian mcm aku ni, dah x de alasan lain dah, mmg sbb betul2 sibuk, berganda2 sibuknya drpd sblm ini. Mmg patut pon, sbb dah dikira masa kecederaan la pon kan kalo main bola, betul x? Alhamdulillah, Allah masih pjg kan rezeki aku anak beranak kat sini. Kalo extension cuti belajar aku dan cuti tanpa gaji Hubs x diluluskan hari tu, er... dah berada di tanah air dah kami ni since last week hehe.. Syukur lah dikurniakan jua sedikit lg ruang masa utk menghabiskan amanah, so dgn masa yg ada ni, aku teruskan sisa2 perjuangan2 (nama je sisa, tp mmg workload ni, ya hampunnnnn, I don't know where to start kalo nak cerita....)


Walaupon busy, tp aku agak suka dgn peringkat skang. The last part (before writing 100%) involves me doing a small performance test, which includes a listening experiment with human participants. Mmg agak giler kerja dia, dgn nak mohon kelulusan ethical committee bagai utk buat test involving human participants, mana nak design the test lg, then develop a working interface utk user guna lg, pas tu download audio and do some editing (giler lama), tp aku rasa sbb aku happy giler dah x yah coding2 like experiments yg sblm2 ni, aku rasa sanggup and hadap je buat this last part of the test. The actual test is taking place dah pon, just need to find enough participants to validate the whole thing. Doa2kan lah agar dipermudahkan urusan, especially since byk involving musicians with trained ears, aku kena gagahkan diri cari user tersebut hmm.. 


I know it's a bit crazy, but SV aku rasa it would be a really nice wrap for my thesis, Insya Allah... Aku pon rasa antara benefit lain nya, dpt la aku tahu kebergunaan sebenar sistem / algorithm yg aku implemen kan kat sistem aku nih, bila actual musicians use it. So far, menarik jg perbnincangan post-test tu dgn diorg secara perseorangan, benda2 yg kita x terfikir nak buat / prepare diorg akan bg feedback. Contoh, test aku sblm ni pakai polyphonic music, and this one candicate asked, kenapa x cuba monophonic? Well, to be honest, sbb semua org lain yg aku rujuk methodology depa pakai poly, aku pon pakai la poly, so x terlintas langsung nak test dgn basic. Walhal sbnarnya bole je aku run kan kjp tgk apa jd dgn mono. So that's what I mean by tweaking sket2 lg, kalo2 ada tambahan drpd discussion sebegini.


Another striking benefit yg aku rasa dpt bila buat performance study is pemahaman dan apreasiasi tentang kerja kita bertambah. Sbb nya, tiap2 kali nak buat test, akan kena bg briefing, and afterwards, de-briefing pada participants. So dlm sehari je dah brp kali ulang objektif kerja kan. It gets you talking, and when you try to make people understand your work, hopefully, you'll understand more too. 


One other good thing that I managed to gather out of this extra work is, early last week, SV aku suh aku rujuk satu pakar in Sound Cognition ni, nak diskas methodology aku, and beliau byk jgk tolong clearkan jalan masa diskas tu. Walau pon bidang kitaorg berlainan (I am more sound computing, and dia more on sound cognition), tp task kitaorg sama aje which is trying to find the sound similarity, so that was a big help. 


Tu je la point yg aku kumpul utk diri sendiri memujuk hati supaya bermotivasi meneruskan study. It is an additional work, but if it brings additional benefits, persevere saja lah kan.Cuma time is ticking tick tock tick tock tu yg buat stress and resah all the time. But you can only do so much, and the rest kena berdoa dan bertawakkal pada Allah sahaja lah...


I've got to go now. I really hope I get more response from people interested to participate in the test, sbb so far, I only have half. I have a few people lined up for this week's test, but it would be a big help if Director of Music tu reply aje mesej aku and suh semua student2 dia jd participant. Ok inilah masa nya utk think positive. Sending positive vibes out now.... Rabii Yassir Wa la Tu'assir... Rabbi Tammim Bilkhair.... Amin








Wednesday, April 18, 2012

London Day 2 and Day 3

Hi.. pjg plak cerita London ni ek. Aku kalo tulis suka la catit semua, x syok la upload pics saje x ulas. Tp masa mmg jeles sgt dgn aku skang ni. Tu yg kdg2 ada entry, kdg x de. Tp aku punya habit lak, selagi x abis cerita yg satu tema ni, malas nak bukak cerita baru, walhal bersusun ni nak tulis. Aduhai.. trademark org final year PhD, begini lah...


Ok, sambung, last part of Day 2 di London...


Lps dah habis tour Stamford Bridge punya stadium, kitaorg  berjumpa kembali dgn Khairol sefamily and jalan2 area Bayswater cari souvenirs murah2. 



Then diorg bwk kitaorg jln2 gi Oxford Street. Oxford Street ni adalah tempat hot utk high street shopping. Kitaorg x de la nak shopping apa pon, tp nak memenuhi curiosity nak kenal tempat tu, so pergi lah. Sampai2 dah pkl 4 ptg, so mmg rush hour la kan. Jam giler2 bandarnya, dan umat manusia bersusuh mcm tin sardin di kaki2 lima kedai, sungguh x sesuai bawak pushchair, tp tolak je lah, jalan pelan2. Bus2 double decker merah yg unik di London tu, sebenarnya berjalan lg slow drpd kitaorg yg berjalan kaki ni hehe. Anyway, suka sgt architecture bgnan kat area ni, tgk je lah, walau kedai nya mmg branded and modern giler, bgnan dia mmg klasik abis!








Nak masuk semua kedai mmg x dpt la kan, tp antara gedung2 yg kitaorg masuk adalah Hamleys ni. Mmg heaven lah utk budak2, ala2 Toys R Us, tp versi posh. (Read: x beli apa2). Ada patung toy unta tu, sampai harga GBP1500! Anak raja mana la yg main toy mcm tu mahal. Cuma yg best nya, staff dia x halang malah galakkan budak2 usik dan main2 toys yg dia display tu. Mungkin dia tahu kot, kalo budak betul2 nak, mak bapak akan kena beli punya, so dia umpan budak bg chance main konon, hohoh... Aisyah dan Amelie suka la, try mcm. Skali masuk kedai ni mmg susah nak keluar dah. Brp kali hilang jumpa, hilang jumpa dgn member kitaorg kat dalam tu, sbb kedai besar, dan sesak dgn org.








Then jalan2 lg. Aku suka tgk 'kegilaan' org shopping kat London ni. Kat Plymouth x de nih gini. Mcm pedalaman sungguh rasa Plymouth tu haha. Aku masuk kedai2 yg x de or x besar kat Plymouth, mcm John Lewis dan jg Selfridges. 









Pastu Khairol yg dah jd Londoners ni bawak kitaorg masuk ntah celah jalan mana2 (Carnaby Street?), tp enjoy sbb mmg niatnya nak sightseeing and people watching je. Sempat beli donut utk budak2 (dan mak bapak budak jg), mkn kat tgh2 Piccadilly Circus.






Antara yg aku rasa best giler duk London ni, opportunity for cultural exhange tu byk. Theatre aje dah bersusun2 ada. Musical2 ni mmg right up my alley la bebeh, so terliur2 tgk especially kat Piccadilly Theatre yg tgh showing Ghost The Musical (Ghost tu antara citer fav aku dan mak aku) and also di Palladium plak showing 'Wizard of Oz' yg kalo x silap aku pernah dah tour diaorg sampai kat Plymouth not long ago (Thea*tre Ro*yal Plymouth adalah antara teater yg kelasss jg, so show dia byk yg from London direct, sbb status dia 'royal' yg appointed by Queen Elizabeth - harus la banggakan nama Plymouth jg kan) . Tp apakan daya, masa x ada (and show pon semua nya full house dah booked berzaman2 lg oleh org lain, kata Khairol, which I was not surprised). X dpt tgk ceritanya, tgk kelibat usherer dia kat luar je pon ok lah. Kebetulan lalu area sini around 6.45 ptg mcm tu. Theatres usually open their doord at 7 pm for a 7.30 pm show, so dpt la tgk gaya org masuk tehatre. Smart betul pakaian. Even uniform usherer pon kemas giler. Yg tgk theatre plak mesti org kaya2 nih, main turun drpd limo betul2 dpn pintu theatre je huhu.. 






Satu je x gemar shopping experience di London ni, terlalu sesak dan ramai. Pastu gedung nya terlalu besar compared to Plymouth (even utk kedai yg sama i.e. Primark), so nak cari legging utk Aisyah di kawasan children section pon payah nya nak jumpa. Masa nak byr plak, queue pjg, walaupon kaunter yg di buka jauh lebih byk drpd di Plymouth la. Then paling x manis, cashier nya masam2 keletihan. Kalo di Plymouth, cashire nya rajin betul menegur, "Ohh.. what a lovely hat you've got there", or "Looks like you're all set for summer", or kalo beli pakaian tebal2 nak masuk winter, "It's getting colder isn't it? It's freezing!", apa2 je lah. Mungkin ni lah dia beza org bandar dan org kampung. Aku x leh nak blame depa di London gak la, sbb kalo gaji lebih kurg sama dgn org di Plymouth, tp kena serve berganda2 ramai customer, mmg x larat la kan. Plak tu working hours pjg (kedai2 dia bukak sampai 9 or 10 pm). Kalo di Plymouth, huih, jumpa kedai yg buka sampai pkl 6.30 ptg tu kira dah besar rahmat.


Malam tu around 9 pm kitaorg pon berterima kasih dan berpisah dgn keluarga Khairol. Utk dinner nya, kitaorg jd lapar mata sket (sbb last night in London kan), so beli mkanan sket2 tp from lain2 kedai. Aku nya dinner beli Subway (Halal) sbb teringin nak mkn selain Vege Patty sbb di Plymouth x de halal langsung. Hubs plak smgt nak mkn Lamb Ribs. Utk Aisyah belikan wedges dgn ayam goreng from Chicken Cottage. Punya la kemaruk sbb x de nih kat Plymouth.




Ikut hati nak aje aku stop kat sini, tp teruskan. Loya dah nak cerita bersambung2 nih. 



Day 3 London


Lps Subuh kami mengemas2 utk check out. Aku plak sibuk dah rehearsed apa nak bentang kat representative from Uni aku (tentang progress PhD). Meeting pkl 10 am dkt Malaysian Hall (Paddington > Bayswater).


Meeting was ok, tp aku agak disheartened after sbb fokus nya not so much on how much I have done and how long will it take to complete, tp mcm lebih kpd tgk kpd quantity over quality (bilangan jurnal, not quality of research / experience spt summerschool, workshop or other knowledge exchange opportunities I attended). Apapon, for the time being, aku nak fokus kat siapkan PhD ni dulu. I have publications, but they are not good enough kot bcoz they are not journal. X pe lah, take it as a challenge and balik kerja nanti aku publish lah sebanyak2 nya, think positive!


Sbb rasa hampeh slps meeting tersebut, aku jd terlupa nak amik gmbr Malaysian Hall. Dah mkn tghari kat kantin Malaysian Hall baru la teringat nak amik gmbr. Masa ni tggu Hubs solat Zuhur. Ni dia gmbr kantin Msian Hall, mmg feeling2 kedai makan Msia habis la, pakej dia lengkap lauk pauk sedap from paru to ikan bilis sambal petai (lama gilaaaaaaa dah x mkn), to air sirap bandung to air laici, to akak kantin yg pesen garang2 suara tinggi. Aku x faham knp ramai makcik kedai garang2 ngan customer, mcm x nak kasi beli pon ada jg. Cth yg kena kat diri aku, aku tercangak2 tgk kuih (sbb semua mcm best), pastu kena sergah, "Dik, kalo ckp nak kuih apa kita boleh amik kan. Jgn berdiri aje kat situ." Padahal x de org blkg aku (bkn la queue pjg sbb aku terhegeh2). Pelik eh? X pe la, kata nak feeling2 Msia, dpt la feeling2 Msia yg authentic gitu, dok?





Sblm balik sempat berjanji utk bertemu dgn member Hubs bernamaWak Krik kat sini. Actually kena panggil Dr Wak Krik sbb kawan tu baru lulus viva (dtg balik UK semata2 utk viva). Tahniah Dr! Smg x lama lg aku bisa mengikuti jejak kalian (dia and wife). 



Bertolak pkl 4.06 ptg. Sampai Plymouth dkt pkl 8 mlm. Alhamdulillah...


TAMAT