Saturday, January 31, 2009

Bila Dah Pandai Merangkak Tu...


.. jauh la perjalanan dia. Kdg2 tempat yg kita x sangka dia bole pergi pon dia menyelinap masuk. Contohnya, gambar di atas. Dia menyusup masuk bawah hi-chair dia.

Okeh, 2 minit kemudia dia pon menangis sbb kepala dia lekat dekat bawah kerusi tu. Kelakar pon ada, sbb dia betul2 stuck... Hehehe... budak nakal dapat padah...

Friday, January 30, 2009

Tangisan di Tengah Malam

Dah dekat 2 minggu Aisyah kalo tido, kdg2 dlm tido dia nangis. Bgn pon mcm bad mood, nangis2 dulu dlm 10 minit baru OK. Dulu2 kalo bukak mulut sket aje, aku bg nenen, senyap la dia n sambung tido dgn aman nya. Lately nih, trick tu dah x menjadi, sbb dia refuse, siap tolak2 tanda x nak. OKeh...

Smlm adalah antara yg terganaz la dia melalak dlm tido. Asalnya dia dah susah nak tido dah. Dia ngantuk, mata tergaru2, susu dah bg, tp resah. Baring x jd, meniarap x jadi. Tp tu standard la kebelakangan ni utk dia, tp slalunya selepas berbolak balik itu dia bole tido semula, cuma posisi dia agak pelik. Kdg conquer satu katil sbb dia tido menelentang, tp x kisah la, janji dia tido, aku pon dpt tido.

Smlm payah sket. Dekat sejam lebih fussing, last2 tertido atas dukungan ayah dia. Dlm pkl 2.30 pg tu dia terbgn. Dan menangis dgn kuat nya! Sampai teresak2. Jenuh la aku dukung dia satu rumah, baca Lailaha illal lah, pastu ayah dia sapukan minyak kat perut takut2 sakit perut. Mana la tahu, td aku buat pasta goreng utk dinner and then blend kan sket utk dia. Takut2 dia x tahan cili ke (tp pelik gak sbb sblm ni dah pernah wat menu yg sama, tp x sakit perut). Sembelit ke? Nmpk something2 ke? Panic weh...

Terlintas gak di fikiran aku, mungkin kah? Tp umah yg kami duduk ni x pernah kosong, sblm ni pon family melayu yg duduk, so mesti la ada org constantly semayang or ngaji, dan skang pon bilik tu mmg konfem ada org smyang 5 kali sehari sbb ayah Aisyah x ke mana2 ... x kan lah... dah la dah duduk 2 bulan lebih dah... hisy...

Disebabkan bila bwk keluar bilik dia diam sket, kami amik keputusan utk bentang duvet and tido luar beramai2, lampu psg. Masa tu aku x berenti2 baca Ayat Kursi kat Aisyah, dan hembus2 satu badan dia.

Alhamdulillah dia pon tido la. Tp dlm waktu Subuh gitu, dia start balik. Mula2 nangis sambil mata pejam, pastu jd melarat and menjerit2. X kan la sampai Subuh ada lagi kot benda2 ghaib itu, desak hatiku. Terpaksa la aku n Hubs gilir2 solat Subuh sbb kena pegang Aisyah yg menangis2 ni. Takut juga jiran2 marah, sbb tau2 la omputih ni pentingkan quiet and peace. Sblm ni x pernah jd issue, so x takut sgt. Bila dah nangis camni, cuak jg, andai kata org lain dgr.

Masa Ayah dia gi amik wudhu' and dalam Aisyah meraung2 tu x hengat dunia tu, aku ternampak sesuatu yg mungkin menjadi peenyebab kpd perlakuan luar biasa Aisyah yg sedang melalak2 mcm nampak apa tu. Mula2 aku x percaya jg, tp lama jgk aku tgk. Putih je bendanya. Samar2... Kalo x tgk betul2, mmg x nmpk...

Nervous, aku terus panggil Hubs kluar bilik air suruh dtg tgk kan skali. Konfem kan betul ke apa yg aku nmpk dia. Dan Hubs terkedu. Dia pon nmpk jg!

.
.
.
.
.
.
Benda putih yg dimaksudkan itu adalah merupakan sebatang gigi yg tgh cutting its way through Aisyah punya gusi! And the gum is swollen! Oh My God, our baby is teething!!! Patut la meragam x tentu arah.

Aku sungguh x expect sbb aku ingat baby tumbuh gigi like at 9 months ke. Plus they say kalo baby cam cpt nak berjalan, lambat tumbuh gigi. Since Aisyah dah bole bertatih2 sorg2 dah, bole berjalan sambil pegang sofa from one end of the sofa to another, aku x terpikir pon dia akan teething seawal ni. Aku bkn jenis yg keep tab psl perkembangan dia sgt, sbb aku rasa, dia ada time frame dia sendiri, pening2 pikir pon x guna. Wat tambah stress aje. Mcm la x cukup kerja research nak dipikirkan kan?

Mungkin jg sbb aku dok UK, so x de la nak kena compare ngan anak2 sedara mara etc, sbb jauh. Kat Msia mungkin akan tertekan jg dgn soalan2 spt, 'Aisyah dah bole jalan belom?', 'Dah pandai naik walker?', 'Dah tumbuh gigi?' etc... Apa bole buat mmg budaya kita cam tu :D

Anyway, sorry kalo awal2 td post ni misleading. Doa2kan la semoga Aisyah tabah n x demam menghadapi saat teething (dan semoga rumah kami jauh dari gangguan Syaitan - mana lah tahu, kan?)

P/S: Any advice on soothing swelling gums/teething tips for babies are welcomed.

P/S/2: How long aaa, this phase takes place? Sampai penuh gigi satu mulut ka, baru dia x meragam? Lama tu....

Thursday, January 29, 2009

Aisyah Dah Pandai Merangkak...

Alhamdulillah.. Aisyah dah bole merangkak at age 7 months.. Dia dah pandai merangkak tu 2 minggu lalu lg, tp aku lambat perasan sbb dia jrg2 wat (Hubs je yg update coz he's with her 24/7 kan). Pastu bila dah perasan, asyik x sempat nak rakam plak, sbb kamera ntah di mana, n dia buat utk short period of time aje, lps tu dia selang seli kan dgn mengengsot balik.

Video ni diambil dlm minggu lps, masa ni dah bole merangkak, tp kdg2 dia mengengsot. Skrg dia dah pro dan finally figured out kot, kalo merangkak tu lagi cpt and less tiring, so dia dah tinggalkan aksi mengengsot tu for good (oh, anakku dah besar! Sayu nye.. Lepas ni x de chance la nak tgk aksi mengengsot, kalo nak jg, kena ada Aisyah ver 2.0, hehe...).

Dlm video ni nmpk mcm dia nak langgar dinding tu kan, tp dia dah ada built-in collision detection rupanya.. hehe... Pas tu, dulu dia x berani gi lps kayu putih tu (kira cam divider la antara living room and kitchen, bilik, etc), tp dalam video ni dia agak hesitant, mungkin sbb gelap, lampu dapur x bukak, tp pergi jg. Skang ni, huh, x kira dia merangkak aje. Pernah sampai dalam bilik air, so pintu skang mesti tutup.

Anyway, sorry la bubuh video lama sket, gaya terkini dia x sempat nak rakam sbb dia sgt pantas. Rumah kami kan kecik aje, so kalo sibuk duk rakam dia nnt dia masuk bilik air la, dapur la etc. Bole tahan aktif la. Skang kalo aku solat dalam bilik, dah pandai cari tu, merangkak dari luar dulu then elok2 melabuhkan punggungnya ke atas sejadah aku tempat sujud. Comei gitu. Nasib x terkekek2 dlm smyg... :P


video

Wednesday, January 28, 2009

Macam Summer Tapi Winter Lagi






Ni adalah gmbr2 sekitar UoP. Mcm bole wat shooting filem Hindustan gitu. Cuaca cerah, cantek, angin sepoi2 bahasa dari laut, tp masih sejuk. Hai kat UK ni, semua gmbr pon nmpk mcm x pernah tukar baju. Apa bole buat, musim winter, sejuk lg. Pakai baju cantik2 kat dlm pon, jaket itam tu jg yg menghiasi gmbr... Dan tudung kelepet itu adalah trademark aku dah sejak dtg UK nih... Sabor je la... Yg penting, aku mandi everyday, okeh? These were taken last Friday (sila abaikan tarikh kat tepi gmbr, sbb kamera aku weng... berapa kali mau adjust setting date la, nak ikut date suka hati dia aje).


PS: Eh, baru perasan, gaya aku amik gmbr serupa aje tiap2 kali (rujuk gmbr #2 dan #4). Ingatkan salah upload gambar, tp betul la. Ni dua tempat berlainan, dan diambil pd masa yg lain walau pon dalam jarak masa setengah jam kot from each other, tp nmpk cam aku tukar background aje ek. Chet! Oh, ini harus belajar dari ANTM ni lps ni mcm mana nak mempelbagaikan gaya. Teruk sungguh skill aku!

Aisyah Bila Nampak Ibu





PS: Aisyah dah bole duduk tegap tanpa sokongan :-)

Tuesday, January 27, 2009

Meeting Ngan SV

Okeh, wat catatan sket.

Hari Isnin tu SV aku masuk lab. Rajin dia, bila dia nak wat reserach, mmg dia stay kat lab la, wat projek dia.

Anyway, aku grabbed masa ni utk jumpa dia and update la progress aku. Yg mana aku telah bertukar dari platform Windows dan sedang mencuba dgn Linux, without much success yet, might I add. Tp dia ada bg contact person utk aku discuss this with, so nak x nak aku kena email org tu. Huhu... And aku rasa dah sampai masanya kena ketepikan rasa malu utk tanya2 org. Malu bertanya, sesat jalan kan?

Aku then proceeded discussing my 3-month report. SV aku very helpful, in which dia siap tulis lg keypoints and refined out sama2 the title of my research (for the time being - masa start ari tu dlm report tulis Music and AI aje, hehe). So we went on to discuss pengisian utk bahagian Intro, Recent Work and then jumped onto Problems. Then we noted down the tools that I would use. Also, he said I should write a paragraph on the experimentation with certain tools and some basic analysis of results if I have any at that time, but if I don't, write about my account of what I had learnt to use and knowledge that I had gathered so far.

I then seeked some advice from him of how to manage dividing my time between reading and programming. He gives some pointers, and told me not to feel guilty like I am right now whenever I started reading (bcoz I am still stuck on programming, so bila membaca tu rasa cam bazir masa). Tp dia bgtau yg reading tu most be done paralelly, no matter what. And sometimes, when you are stuck on something, and you leave it for awhile and work on something else, you'll probably be able to solve it when you come back, kata beliau. OK, lega...

Yes, ET. Mmg lepas jumpa SV kita lega, walaupon keja kita still hampeh. Mengapa kita takut kat SV, Tuhan saja yg tahu, sbb diaorg mmg nak tolong kita pon kan. Ntah la, perasaan malu2 ni nak kena tolak tepi la, tp susah, sbb budaya menyepi yg di'cultured' sjk sekolah rendah itu sukar dihakis. Maka cikgu2 sekolah rendah sekalian di luar sana, galakkan lah anak2 murid anda bertanya soalan dalam kelas dari usia yg muda, dan jgn marah atau ketawakan jika soalan mereka appear 'slightly out of context', kerana kesannya, oh, 30 tahun kemudian pon still terbawa2.... Mungkin kurikulum skang dah lain, x tahu la... tp masa aku belajar dulu, begitu la keadaan nya... hopefully dah berubah for the better.... Huhu... Nasihat ni jg adalah utk diri sendiri, sekiranya aku esok balik mengajar.... aku harus galakkan interaksi dalam kelas dan jgn buat kelas yg monotone aje, meski pon senang kalo asyik tukar slide aje kerjanya... heheh :P

Sunday, January 25, 2009

You Know You're PhD Student When ...

Everytime you open your mouth, it's about your research progress (or the lack of it!).

Scenario: Me walking into the lab. Head hanging down.

Mr L (yg digeruni itu, tp dah jd kawan baik): So, did you solve your problem?

Me: No. I'm giving up using Windows coz there's just so many incomplete packages and I've started to run it using Linux now. I know it's a long shot coz I have to re-do everything all over again, but I really do hope it works this time.... blah ...blah (goes on to describe in detail about problem).

Mr L: Err...? (Five seconds of silence) ... I meant, did you solve the problem you had with the council tax?

Me: (Slaps forehead).. Oh God! I'm so sorry. I thought we were talking about my installation problem....

Yeah. You're a PhD student when all you can think of and have been talking about is your work, your work, your work, so much so, that you've even had nightmares in your sleep night and you totally lost track of who you've spoken about your work and who you haven't.


It's gonna be a long three years, isn't it?

In addition, I do have a problem with the stupid tax. Ada mix-up sket. Bosan betul. Tp dah pegi city council td. Harap2 settle...

Hari Aku Jadi Angelina Jolie Kejap

Sbb nya aku terkena allergic reaction to something that I ate. Bila dikenal pasti adalah satu potato chips yg ada bahan chemical tuh.


Asalnya aku mlm waktu mlm Rabu tu, pastu rasa bibir cam tebal2 n sengal2. Dah tau dah reaction, tp ingatkan esok pg x de apa2, hilang la tu, sbb x pernah allergic tu apa2 pon. Masa tu kelihatannya seperti Angelina Jolie dah.


Bgn esoknya, rasa bibir kebas. Tgk cermin, oh sudah mcm Jay-Z. X pe la, solat Subuh dulu. Then tgk cermin lg. Oh tidak. Sudah rupa mcm kuda la.... Sah x leh gi lab ni, wat malu aje...


Telefon klinik nak wat menyelit2 kalo ada org cancel, tp fully-booked. Biasalah, health system kat UK yg ntah apa2 ni, x de kekosongan. Makanya, aku diminta tunggu sehingga Dr akan call balik rumah.


Lps sejam baru Dr call. Dia ckp cekedis yg aku mkn tu la puncanya. Dia suruh amik ubat Cetrizine (Antihistamine) and makan sebijik. Kalo ptg x hilang jg, mkn lg.


Kat farmasi aku baru perasan yg Cetrizine ni x sesuai diambil kalo breastfeeding. Pharmacist tu suggest Piriton, tp dia bgtau ada dua pendapat la. Masih controversy. Ada yg kata ok. Ada yg kata x ok kalo BF. Sudah...


Disebabkan bibir masih tebal, maka aku pon beli la. Nak mkn tu berpikir2 dulu. Siap check internet lg, tp x membantu sbb mcm2 pendapat.


Last2 aku decide utk mkn ubat tu, and gi school supaya aku x yah BF Aisyah hari tu. Sampai je lab, kepala aku hanyut sbb ubat tu caused drowsiness.Ingat kan bole lawan, tp mmg x bole. Menguap2 lg. X pernah la menguap sebegitu dpn PC kat lab. Last2 kepala pusing, balik umah balik. Tido.... Zzzzzz...


Spjg hari tu aku avoid Aisyah, sbb takut dia x nak EBM kalo nmpk aku. Pastu lebih sedih bila terpaksa pump dan buang dlm sinki. Huhu... byk la plak susu tu, kalo x, x dpt sebyk tu. Mungkin sbb aku tido byk n x stress sbb x wat keja, so susu byk...


Lebih kesian lg ialah Aisyah nangis nak nenen tp x leh kasi. Dan agak kejam bila aku terpaksa pump dpn dia. Terpaksa la dia minum stok shj utk hari tu. Masa ni la baru terasa perlunya wat stok byk2.... Ni baru kes ubat sebijik, kalo warded mcm kes Yzma ke... huhu...


Last2 after 12 hours, aku pon rasa dah Ok kot nak bg dia susu. Dah asyik pam, buang, pam buang aje. And x sempat nak pull up my shirt, budak itu sudah terkinja2 atas katil, seolah2 mengerti... yeay yeay, Ibu dah nak kasi... Bkn main laju dia minum... Masa tu rasa hiba sgt sbb terpaksa 'halang' dia lebih 12 jam ...


Mlm tu dia tido dgn nyenyak skali. X tau sbb puas dpt susu atau sbb kesan drowsy ubat tu ada lg dlm susu. Hmm... sebenarnya aku rasa sbb no 2 tu kot. Tp Alhamdulillah bgn esoknya dah x de apa2... hehe...

This photo just melts my heart...



Another Aisyah & Ayah moment... :)

Saturday, January 24, 2009

Ni mangkuk Ibu ke...

... topi Aisyah?

Aisyah suka sgt main mangkuk plastik ni... apa bole buat?

video

Friday, January 23, 2009

Mischievious Aisyah..

Ada budak tu, merangkak pergi ke kotak toy dia lepas org dah kemas2 semua...




Panjat sket...

Alamak kantoi! Say 'Cheese!'

Thursday, January 22, 2009

Aisyah Is My Mini-Me..

She inherits my good looks (ahem2, acah je), but she does inherit a good deal of looks from me, the eyes, the lips, the chubby ankles, not to mention a whole lot of likes and dislikes yg semuanya turun temurun dari yours truly.

But last Saturday, aku dah cukur rambut Hubs sendirian berhad you, dgn menggunakan mesin pencukur rambut, dan she never looks more like her Dad than ever!

Betul x?




Tp her pout is still sebijik like mine, kan? Ntah kenapa dia masam kat sini. Sbb tarik puting dia kot, nak amik shot ni, marah dia...

Wednesday, January 21, 2009

Aisyah Sudah 7 Bulan!


... dan dah pandai mintak adik! Erk?!

(kata org2 tua ler, bila dah pandai isap ibu jari kaki tuh, minta adik la tu).


Hai... dah ready nak jadi Kak Long ke Aisyah? hik hik....




Aisyah Main Bola

video

Aisyah dah pandai main dgn bola. Kalo dia rajin, dia merangkak2 la kejar, kalo dia malas, seperti yg diexhibitkan pada hujung video ini, dia wat bo-layan sahaja. Hehehe...

More About Oyis

Dpt tag ni dari K Diana. Sorry lambat buat, sbb agak busy lately ni... Mula2 mcm x sempat buat, dah buat macam seronot plak.

“The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”



1. I am a 'Mama trying to get her PhD'
Ye, tgh juggling n managing

2. I really want to go to 'my graduation ceremony'

Ni jubah UoP. Semuga sampai cita2 nak pakai secara rasmi jubah ini


3. My favorite place is 'home'

Or the mall... hehe


4. My favourite thing is 'blogging'

Yea. Lagha. Apa bole buat


5. My favourite drink is 'Apple Juice'
Yum

6. My favourite food is 'Pizza'

Double Yum


7. My favourite color is 'Pink'


PiNk yg penyanyi ti juga saya suka lagu2 dia


8. I live in 'Plymouth'



Plymouth UK, bkn USA (ada jg yg nama serupa)


9. I was born in 'Kelantan'


Kawe oghe Klate... Ado masalah ko?


10. My college was 'Challney Community College, Luton' (1997)



Nostalgia sungguh wat O Levels kat sini (GCSE). Rasa mcm lightyears dulu...


11. My favourite story is '50 First Date'


Tiap2 kali tgk mesti nangis. Titanic came a close second, though.



12. My hobby is 'Bloghopping'

Mcm x de hobby je aku nih. But ni honest la nih. Bole je bubuh membaca ke, berkenalan ke, mendengar muzik ke (mcm kecik2 dulu), tp oh-so-cliche la

13. I wish for 'a happy family'

Cliche or not, mmg aku doakan ni hari2

Aku tgh dgr lagu 'Menjaga Hati' oleh Yovie & Nuno. Mcm best la plak. Bakal jd fav song ni, tp x leh lawan lagu Cinta Abadi by Blackrose, sbb tu lagu chenta aku & Hubs... hehe....

Ok, aku x tag sapa2. Semua nak silal lah buat di blog masing2. Semua adalah di'welcome' utk men-self tag diri sendiri. Come on, y'know you want to.... (bunyi lucah plak!).

Monday, January 19, 2009

Don't Judge A Book By Its Cover

Ada satu mamat ni kat lab aku, kita panggil dia L je la. Rupa dia agak intimidating, sbb dia simpan jambang, tp x de la nmpk tua, dlm 30-an kot. Dia selalu busy atau buat2 busy, xtau la, sbb kdg2 aku tgk dia dok menonton movie kat YouTube pon ada gak. Or sometimes aku caught dia skype dlm bahasa ibunda dia. Anyway, dia yg paling sikit skali berckp ngan aku, x tau sibuk ke apa ke. Main angkat2 kening je kalo nak helo kalo aku masuk lab. Pas tu dlm beberapa kerat je manusia yg dlm lab aku tu, dia yg paling technical skali kot kerja, sbb yg lain2 byk Art-based students kan, mamat ni computing based. Lagi la aku intimidated, mesti terror giler nih dia nih. And aku pernah tgk skrin dia bukak Weka Tools yg aku guna masa MSc dulu. Huh, sungguh nosey aku, tp janji sket habuk pon aku x sentuh brg dia eh.

Minggu ni Prof aku ke London bersama beberapa students dari lab aku, ada meeting. Yg tinggal, aku ngan L ni aje. Masa dia tgh wat kopi tu (tanda2 org nak break kejap), aku memberanikan diri utk buat2 kawan ngan dia, plus, yeah, I got bored. Aku tanya dia tahun berapa, apa projek dia, bla blah blah..

Rupanya mamat ni dah tahun 4. Sangkakan baru tahun 2. Tu yg dia busy slalu tu, sbb scholarship dia dah nak habis. Pas tu baik plak tu org nya. Kitaorg bincang2 psl research,and also life back at home, hinggakan aku bole confided in him yg aku sebenarnya cam stuck sket programming, plus aku intimidated by org kat lab sbb aku rasa aku paling sket skills in techical part, and juga musical part. Terus dia ckp, dia masa dtg pon sama mcm aku, if not lg teruk (x tahu la betul ke x kan?). Dia hanya tahu sket2 je Java, sampai sini la kena blaja Matlab, lagi baru nak tahu tools tu, tools ni. Sometimes berbulan2 blaja satu tools tu, last2 x related pon. Lagi dia ckp, ada aje hari2 yg dia dtg, stare dekat blank skrin sampai balik, sbb x tahu nak wat mcm mana. Aku gelak. Aku ckp la, aku pon ada feeling cam tuh, tp nnt aku x leh tido mlm sbb aku guilty. Dia gelak, ‘You’ll manage to get past that guilty feeling later on.’

Semua2 benda tu amik masa, kata dia. Dah la masa dtg dah yakin nak buat suatu projek tu, skang ni mmg dah menyimpang habis dah, kata dia. Mmg kita akan rasa mcm bazirnya la masa baca macam2, and when it comes to writing stage mcm dia skang, dah x berguna sgt apa yg dibaca dulu sbb only a small portion je related. But you need to read, otherwise you won’t get a broad knowlodege of everything. Document everything, pesan dia.

Dia kata setakat nak develop something, it’ll probably take a year maximum, but the learning process and the maturity that comes with it, itu yg amik masa lama. So dia pesan jgn takut, tp jgn plak take it slow. Awal2 mmg nmpk cam x de progress, but without knowing, you will already have learnt a lot. Aku rasa betul sgt apa yg mamat ni ckp. Sbb dlm span yg 3 bulan ni pon, aku masih x keruan, tp I think it’s not all wasted down the drain. I know more than I ever knew about Concatenative Music. Heck, dulu nak sebut pon x bole, let alone nak tahu apa kejadah Concat Music ni kan? Granted, kalo aku terror programming aku dah probably lebih cpt wat keja drpd skang nih, but this is my course, and biar la kalo aku kena amik lama sket drpd org lain pon. It’s part of learning la kan.

Lebih best lagi, dia apologize kat aku. Dia kata, ‘Maybe I should’ve been more welcoming. You came at a very awkward time. Everyone here is already finishing their thesis, so everyone already has an absolute goal to work to. It never used to be this way. The lab used to be so full of people. We were closed and was a very strog group. We had lunch everyday together. And then we would just jammed together, or go out for drinks, or even go someplace together. And you could come in in the middle of the night and there’ll still be people sleeping in the lab. Now, there’s just 4 people left, coz everyone is finishing.’

Oh. Begitu rupanya keadaan lab aku yg hidup segan, mati x mahu ni. Mmg pernah wujud la environment yg begitu, yg mana org buat xmas celebration ke, party ke, blah blah blah spt yg aku slalu dgr, tp Prof aku nyer approach is habiskan satu batch dulu baru amik batch baru. Mamat ni ckp, ramai yg mohon nk jd student Prof M, tp dia dah 2 tahun tau x amik student baru, sbb nak abiskan batch by batch. Oh takut nya!

On the bright side, a lot of people are finishing, and dgr khabar nya mmg Prof M nak amik student baru for next term. Mmg benar la kata mamat L td, sbb org lain dah so ahead, x kan la aku x psl2 nak ajak discuss psl preliminary ideas ke, Tanya psl resources ke etc. X sesuai.

Ok. At least aku dah tau yg mamat L ni ok sebenarnya. Mungkin dia pon segan nak ckp lebih2 ngan aku, sbb aku pompuan. Mungkin jg sebab dia ingat aku Muslim, so x leh ckp ngan org laki ke? Mana la tau kan? Btw, aku ckp gak, lab ni x de pompuan ke? Terus dia gelak besar, dia ckp, dulu ada minah ni, nama dia Q, tp dah balik China dah. Budak tu pon slalu tanya soalan tu dulu2. And slalu gak kena bully sbb ke mana2 diorg pegi, Q sorg je la yg female, so target yg senang la utk dibuli.

L ckp skang dia pon rasa bosan, sbb dah x de geng. Tu yg dia nak siap PhD cpt2 tu. Nak balik negeri jg. Tp di kata, kalo ada apa2, jgn segan ye minta tolong dia. Baik rupanya hati dia. Kitaorg leh plak borak sampai benda personal. Dia siap ckp dia ada makwe kat London, tp dia x tau benda tu akan work out ke x, sbb dia nak kena balik Negara dia after PhD. At least aku very lucky, dia kata, sbb dah ada family. X payah pikir camne nak settle down lepas ni. Personal info tuh dia share… Dia start PhD pon masa umur aku, so hopefully, aku pon dpt grad right about his age la nnt… Insya Allah…

Oh, and you know what? Masa nak balik sat ni, dia siap masuk bilik aku and wish, Good Bye. See you tomorrow, tu. X pernah2 buat. Kira ok la ek lab mate aku yg baru tp dah lama ni?

Poyo je entry aku. Mcm wanita desperate nak cari kawan je. Tp tu la hakikat dia, bila di Negara org ni, hmm… mmg sgt la terasa kesunyian nya. Survival betul. X pe, what doesn’t kill will make you stronger, aight?

Aisyah & Ayah

Hubs slalu nyanyi lagu ni,

Ada seorang budak, namanya Aisyah,
Dia juga berkawan, namaya Ayah,

Kami berkawan baik, sama serumah,
Belajar bersama, main bersama,

Hey, hey, hey,
Hey, hey, hey,

Aisyah & Ayah...

*diadaptasi dari lagu lagu kanak2 darjah dua dulu... semua org pon tahu lagu ni :P

Dan tiada yg lebih sesuai menunjukkan saat2 Aisyah & Ayah selain daripada gambar2 di bawah ini. Berbunga2 hati tgk gmbr ni hehehe...


"Aisyah esok rajin belajar tau, jgn lawan ckp ibu ayah, rajin ngaji, solat x tinggal, bla... bla..'

Ntah apa pesanan yg diberikan masa ni kpd Aisyah, terlopong aje budaknya, tekun mendengarkan. Btw, Aisyah dah boleh berdiri bergantung2an kat kusyen, kotak, almari, etc...

Sunday, January 18, 2009

Demonstrasi Anti-Israel







Td gi demonstrasi Anti-Israel kat Sun Dial, Plymotuh town centre. Jgn bimbang, tunjuk perasaan secara aman, x de rusuhan, mahu pon gas pemedih mata atau kena sembur air gatal :P


X sangka ramai jg omputih yg anti-Israel nih. Dlm 500 kot td. MP Plymouth pon ada kat situ, utk take note demand rakyat dia. Semoga membuahkan hasil.


Lps marching keliling town, kitaorg stop dpn Marks & Spencer n tunjuk perasaan kat situ plak. Rupa nya M&S ni penyokong kuat Israel. Oleh itu, mari la kita memboikot produk mereka. Kalo omputih pon bole buat, apa lg kita yg Islam.


Ada ramai yg bawa banner n poster, malu plak aku sbb dtg berlenggang aje. Yg paling kreatif ialah ada sorg ni bwk anak patung yg dipotong tgn n dicat merah (berlumur darah), siap pakai stokin belang2 pink and white. Sgt menyayat hati, sbb Aisyah ada the exact socks kat rumah. X leh imagine kesedihan kalo peristiwa ini menimpa kami. Nauzubillah...


Ya Allah, selamatkanlah saudara2 ku di Gaza... Amin...


Saturday, January 17, 2009

Lab Sweet Lab

Dah kenal rumah kan? Meh kenal Lab aku plak. Computer Music Lab, 206, Smeaton Building, UoP.

Ni adalah view yg first skali selepas masuk lab aku. Betul2 depan ni adalah meja2 utk postgrad wat keja, tp yg wujud adalah seorg sahaja kat luar ni. Yg lain2 ada yg dah balik negara so wat writing secara remote je kot. Juga di dalam ruang ni ada sink, microwave and kettle. Ala2 pantry la gituh.


Anyway, lab ni cam L sket bentuk dia. Sgt heavy dgn brg2 music atau elektronik lab aku nih. Kalo turn left ada bilik EEG, kat sini la aku solat hari2. Juga bilik aku pump EBM.




Kalo diamati gmbr yg 1st tadi, sebelah kiri juga ada satu pintu. Ye mari ke pintu itu sbb itu bilik aku. Aku rasa asalnya, ni bilik post doc. Aku yg x berkenaan ni pon diberi duduk bilik ni. Segan mmg segan, tp bersyukur, sbb x open sgt. So time aku malas nak gi bilik belakang utk solat, aku solat open air je kat sini. Pumping pon sama. Ha ha ha...

Ok jeng jeng jeng. Ni view dia bila masuk bilik aku. Yg paling ujung belah kiri is my desk. Semak kan? Nama pon wat keja. Kalo fizikal aje dah semak mcm ni, believe me, kat dlm kepala lg la. Cannot explain, okeh?




Dari desk aku, kalo jengok ke kanan, ada buku2 bacaan aku. Yg kertas putih kat dinding tu adalah jadual waktu sembahyang kat Plymouth. Bkn apa, waktu solat cepat sgt berubah, kdg nyaris2 terbabas kalo jadual tu x de depan mata. Bila dah tampal tu, senang sket nak rujuk. Also aku letak gmbr2 yg memberikan aku motivasi yg kuat utk belajar kat sini. Gmbr aku n Hubs kawen, gmbr Aisyah n also gmbr aku n tutor frens masa sesama gi NaCSPC kat Penang 2005. Ooopss.. aku x pilih kasih, utk the rest of the geng, aku letak wallpaper kat PC aku gmbr we all mkn2 kat Pizza masa KA nak berangkat. Maaf la kalo sesapa x de dlm gmbr tu, yg penting, x lupa di ingatan.


Ok, kalo tgk straight ke depan, sah2 nmpk PC kan? Depan lg, x de pape, dinding aje. Tingkap pon tarak. Tu yg senang pumping tuh.


Ke kiri, pusing... maka nmpk la pintu. Yg akan membawa ke ruang pantry td tuh. Sebelum pintu tu ada meja sorg lg ahli bilik ni, 'T'.


Kalo toleh ke blkg ada member aku 'A' punye meja. Meja dia ngadap library. Syok wooo...ada view, sbb kitaorg kat tingkat 2. Dia rajin dtg lab. Weekend pon dtg. Ni 2nd PhD dia tau. Dia dah ada satu PhD dah. Gilo sungguh! Kitaorg bertiga je dlm bilik nih. A, N, dan T. Hehe..


Tu la dia lab aku. Now you know what I face each day!

Thursday, January 15, 2009

Pressies



Ada 2 wishes nak dibuat pada hari yg berbahagia ini.



Pertamanya, nak Wish A 'Happy Birthday to my Mum'! Semoga panjang umur, sihat sejahtera, dimurahkan rezeki and selalu2 la dtg Plymouth hendaknya... Amin...


Yang keduanya, nak wish congrats to my fren Nabil yg telah slmt bergelar bapa semlm kpd puteri comelnya Sara Nafisa. Praying for all the good things to come your way!


Kenapa letak gambar Aisyah dalam kotak utk entry ni? Sengaja.


Ok, Ok, sbb makna gmbr tersebut adalah symbolic. It's a two-fold thing, you see.


Utk my mom:
Expect a gift in the post coming your way. No, I have not posted Aisyah back to Msia in a box, but it's the next best thing. (wink wink!)


To Nabil:
Okay, babies don't come out of a box, in fact they only come out after much pushing or in my case, a lot of prodding and shoving into an open stomach, but it's the greatest gift that life can bring! Rejoice! I'm happy for ya, mate!


Wednesday, January 14, 2009

The Simple Life - Home Sweet Home!

Ruang Tamu

Bilik Tidur


Bilik Air


Dapur




Bless this house, O Lord we pray,
Make it safe by night and day . . .

Bless these walls so firm and stout,
Keeping want and trouble out . . .

Bless the roof and chimneys tall,
Let thy peace lie overall . . .

Bless these windows shining bright,
Letting in God's Heavenly light. . .

Bless the folk who dwell within,
Keep them pure and free from sin . . .

Bless us all that we may be,
Fit O Lord to dwell with thee . . .






Tuesday, January 13, 2009

Sedikit luahan rasa psl study.

Funny how sblm jumpa SV smlm rasa cam nak mati ajo, sbb ketakutan. Progress mmg ada, tp still tang running this tool still stuck.

Apa2 pon dlm pkl 4 lebih gitu, diskas la psl apa yg aku dah buat and apa yg belom mampu aku buat. Bincang punya bincang, dia bg la one more week to work on this. Dia x concerned sgt, sbb dia kata biasa la tu, ada technical errors here and there. But I still felt like shit la coz dari sblm xmas lagi wat benda ni x sudah2.

Anyway, saki baki meetingnya agak menceriakan aku sbb dari segi LR, aku sudah bole menghabiskan ayat2 yg bakal keluar dari mulut dia. Maknanya, dari segi reading I'm the right track. Oh sukanya! As a matter of fact, ada nama someone yg dia suruh rujuk tu, aku dah baca dah pon and bole bg review dekat dia. Tersenyum simpul SV aku, so brg kali dia dah x tenseion sgt aku x dpt lg run kan tool tu. Hehe, good job. Pat on the head utk diri sendiri. Hik hik... Kalo sapa nak tahu, kami nak venture ke arah Concatenative Music. Kot2 la korg berminat nak read up....

SV also mintak wat a small concept system. Kiranya mcm mock system je la, so as I am not lost for the remaining of my PhD years. With this mock system, semua pon bole mock, mock dataset, x payah optimize any parameters or anything, just prove kan apa input, and apa output. Kiranya mcm wat objective yg kukuh la, dia x mo berckp2 atas angin or hot air semata2. Mcm menakutkan la expectation dia. Tp dia reassure, semua students dia, dia supervise mcm ni and bole pulled thorugh. Semoga aku jua begitu...

Ada juga part aku bg idea 'bernas' aku sendiri, and demonstrate satu laman ni kat YouTube yg mana projek muzik itu telah berjaya, tp SV aku kata, system tu mcm x de intelligence. 'I want something of a more intelligence than that'., kata beliau. Hehe.. malu kejap, sbb mmg pikir punya pikir, oh mmg senang je benda yg aku tgk tu, kalo terror programming la. Mmg x de research input langsung pon, sbb mamat yg buat tu pon create benda tu for fun aje. But still, aku rasa x rugi tgk keja dia sbb at leats I got a clearer idea of what ppl are doing with musical signals, albeit just for fun.

Kemudian kami diskas psl 3 month report kami yg bkl mendatang x lama lagi, and the things I should write down in it. No biggie, as long as I have a preliminary result from this tool. Hopefully, I pray to Thee Oh Allah, I will finally get this tool to run and then I can just plonk in some numbers to see what the output is.

Tp kegumbiraan ku x kekal lama, for hari ni lps diskas ngan member aku psl kat mana silapnya aku, ada beberapa library files still missing, dan tanpa file2 tersebut, x dpt la aku run tool tersebut. Plus, aku rasa mcm sgt budus sbb kwn aku buat dlm sejam lebih aje apa yg aku sangkut for nearly three weeks itu. Oh stupid, stupid, stupid nyer la terasa!

Xpe la, stupid, schmupid... janji I am a whole step further and this much closer to getting this thing executed. Doakan kejayaan aku wokeh?

Disclaimer:
Aku bkn wat post ni utk menunjuk progress ke apa. But my family reads this, and they have always been asking how I am progressing with my study, and it's kinda difficult to give a long answer over the phone, and I usually reply, 'Boleh la...'. I know they want to know more details than that, especially since my Dad pon dah pernah wat PhD, so he's a bit concerned kalo aku avoid soalan2 begitu :P
So Ayah, this is for you. Semoga Ayah n Umi tahu where I stand right now and keep the prayers coming my way!

Anyway, satu lg aku tulis ni utk remind kan diri sendiri my ups and downs buat PhD. Ada hari yg rasa mcm suicidal, ada hari yg rasa on top of the world, biar lah hari tu utk tempoh 8 jam kerja hanya dpt debug satu line je pon. But I want to savour and remember it all. Biar jgn lupa diri esok2 kalo dah berjaya.

That's all. Harap pembaca semua x sangka yg bukan2. I'm sure pembaca2 lain yg tgh wat PhD/MSc atau study apa2 saja mesti bole relate kan? Semoga kita semua dicerahkan hati utk menerima ilmu, dipermudahkan apa jua urusan serta semoga kita semua berjaya dgn apa yg telah diusahakan itu hendaknya. Amin...

Kita Orang Islam


“Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina. Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka. Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin. Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka. Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih. Dan sampaikanlah Sholawat kami kepada Nabi Muhammad.”

Amin untuk saudara-saudariku di sana…

Hari Ahad lepas, kat London ada wat tunjuk perasaan utk serangan Israel ke atas Gaza. Ada org offer utk pegi dgn bus, tambang GBP20 je, tp kami x pergi sbb aku x berapa sihat dan Aisyah pon kecil lg. Rasa sedikit ralat juga, sbb nmpk kat TV x kurg hebat org2 di Msia wat demonstrasi (ye, sampai ditayang di BBC news okeh?). Tp memikirkan hal belajar dan sebagainya, memaidai lah rasanya kami berdoa dari jauh dan menghulurkan seberapa yg mampu aje.


Selepas berita Gaza kena serang Israel tu, aku terpikir2 jg akan terasa perbezaan x duduk kat Plymouth ni. Kalo ikut cerita member2 Melayu yg ada di UK/USA sekitar peristiwa 911 tu, mmg terasa ketara la kan prejudisnya tuh.


Alhamdulillah, x de beza, cuma ada la ptg Sabtu tu, ada satu kereta penuh ngan budak2 laki dok vroom2 sibuk nak ajak lumba masa dekat traffic light merah. Bongok. Aku kan tgh menonggeng tolak stroller Aisyah ke atas bukit sbb Aisyah nak ikut gi Uni (aku nak amik bahan bacaan tertinggal, sbb esoknya nak jumpa member nak discuss sket benda yg aku x paham, so nak x nak kena gi Uni otherwise x sempat study. Aisyah x nak duduk ngan Ayah dia, so bawak la dia ke lab, sbb bkn nak stay lama pon kan).


Anyway, diorg yg sewel itu x berhenti di situ sahaja, malah turut membuka tingkap kereta dan melaungkan, 'Get your own country!' sebelum berlalu pergi. Chis! Kalo x de Aisyah ndak juga aku bg the finger. Tp mengenangkan risiko (sbb ntah2 org mabuk, dah ptg hari minggu kan), aku wat x dgr aje.


Ek eleh, get your own country konon. Ingat best sgt negara dia yg x pernah nmpk kelibat sunshine nih? I got my own sunny country la, thank you very much. Tok nenek moyang dia yg sibuk tergila2kan Malaysia satu ketika dulu, nak colonized org kita, x ingat? Jahil history sungguh. Maleh nak layan org yg belajar x pandai nih, townies, bak kata Kak Masitah, heheh.


Oh well, ptg tu, nak beli sweet potatoes utk buat makanan Aisyah. Dalam Internet ckp, budak2 biasanya suka sweet potatoes nih. Maka menanar la aku carik kat kedai. Tetiba jumpa kat Somerfield. Masa belek2 packaging tuh, ternampak 'Origin of Produce: Israel'. Hmm.. Letak balik la, x jadi... Ini lah antara sumbangan aku yg mampu utk boikot Israel.

Alhamdulillah kat kedai lain jumpa lg sweet potatoes tu. Dapat la aku buat ubi manis lenyek utk Aisyah. Last2 aku yg mkn byk sbb dia x suka pon. Ni kes memilih lg la nih... huhu...

Monday, January 12, 2009

Blog Rocks Award

Thanks Mummy H&H for this award. Malu nyer, sbb rasa x layak, tp flattered gak sbb ada juga yg sudi follow blog saya yg x seberapa ini.

So I'm passing the torch on. Here goes.



The rules:
1.Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.


2.State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.
(1) ET
(2) EON
(3) Che Fadh
(4) ISO
(5) K Dlyn


3.Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.


4.Show these rules…SIMPLE!